Sahabat

Rabu, 30 Mac 2011

Polis Trafik - Kerana Nila Setitik

Sumber Gambar : Google
Hari Sabtu hari tu daku balik kampung kat JB dengan Syadiyah. Bukan main seronok dia dapat balik jumpa nenek Timah dia tu. Hehehe. Macam bertahun tak jumpa. Kesian Syadiyah... kesian emakku sebab rindu berjauhan. Tapi lebih baik berjauhan dan rindu2an.. daripada berdekatan dan bergaduh-gaduhan.. hehehe. Apa taknya.. tak sampai 2 hari kat sana berpeluk2, cium2 lepas rindu.. pastu tetiba je bergaduh dua orang ni. Yang sorang marah yang sorang lagi melawan. Adoii.. pening kepala mama hang ni Syadiyah oi.


Selasa, 22 Mac 2011

Minggu Peperiksaan Al-Amin

Selepas seminggu bercuti, Syadiyah kena bertempur di medan peperiksaan pulak. Peperiksaan bermula pada hari ini 22 Mac 2010 hingga 25 Mac 2010. Hehehe. Seperti biasa.. sejak dari dulu masa Syadiyah tadika.. dia yang nak exam daku yang berdebar-debar. Mengalahkan masa nak duduk exam masa buat degree dulu. Hehehe.

Ini adalah kali pertama Syadiyah menduduki peperiksaan sejak kali pertama menjejakkan kaki di dalam darjah satu. Hari ini peperiksaan berkaitan subjek Bahasa Arab, Tasawwur Islami dan English. Hoho.. daku yang berdebar2. Malam tadi dah buat revision dan berikan sedikit latihan ingatan untuk Syadiyah. Dia tu geram betul lah.. malas nak mengingat.. bila kita suruh dia ingat Almaktabah tu apa.. dia jawab.. "entah.. tak ingat".. adoooiii.. langsung taknak try. Tu yang geram tu. Hehehe.

Ahad, 20 Mac 2011

Rinduku Padanya.....

Beberapa hari lagi akan tiba April.. dan hari ulangtahun kelahiran Allahyarham bapaku Mat Dzid. Kemudian daku terkenang semula sejak pemergiannya beberapa tahun selepas itu berturut-turut orang2 lelaki yang daku sayang dalam hidupku mengikut jejaknya. Kesemuanya dengan kisah tersendiri.

Allahyarham bapaku.. Mat Dzid bin Jamil meninggal dunia beberapa hari selepas hari lahirnya.. meninggal akibat "Acute Myeloid Leukaemia" pada 26 April 1998 manakala lahir pada 2 April. Sepanjang hidupnya beliau tidak pernah jatuh sakit. Memang kagum sangat melihat dia. Sakit seperti selsema, batuk pun sangat2 jarang. Tapi beberapa tahun sebelum beliau meninggal, beliau telah disahkan menghidap diabetes. Sebagai seorang tukang masak kapal tentera laut, tidak ada yang mengejutkan kalau beliau menghidap penyakit itu. Cuma yang mengejutkan bagi daku sebab beliau seorang yang sangat menjaga makan. Suka makan ulam-ulaman, petai, jering.. pendak kata semua yang pahit2 tu boleh dimakan selamba je.

Sabtu, 19 Mac 2011

Jalan2 Cari Makan : Taharah (Kg. Pandan)

Ni nak kongsi sket pasal sesi makan2. Daku dengan officemate memang rajin menjelajah mencari makan. Especially hari Jumaat kan.. sebab rehat 2 jam.. maka masa ni pi jauh sket la. Hehehe. Ada satu tempat makan yang memang puas hati la daku dan kengkawan makan. Dan ada pulak menu minuman yang special... mang juice. Memang sedaaaapppp.. seyes.

Tempatnya bernama Taharah terletak di Kampung Pandan.. dekat sangat dengan Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan

Inilah rupa mango juicenyaaa.. memang sedap I tell you ok. Tak dapat nak explain cemana sedapnya.. tapi memang best la.. kalau nak tau rasalah sendiri. Hehe



























Khamis, 17 Mac 2011

Unmarried Parents : What Will You Do???

Salam semua. Kali ini terasa nak berbincang dan berkongsi beramai2 isu yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Isu mengenai "Unmarried Parents". Ini bahasa halus dan berlapiknya, kalau bahasa terangnya "ibu bapa luar nikah". Daku lebih suka sebut unmarried parents daripada "illegitimate child"... bunyinya bagiku sangat buruk dan memalukan si anak sedangkan si anak tu tak buat salah apa pun.

Well, isu kali ni bukan baru dalam masyarakat kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ni. Sudah sekian lama perkara ini terjadi. Kalau nak singkap semula sejak bermula isu "luar biasa" ini... masa baru2 ia terjadi, begitu banyak dan ramai yang mengecam perbuatan terkutuk ini iaitu zina. Namun begitu seperti juga isu2 lain.. semuanya hangat2 tahi ayam... mula2 panas, kemudian suam-panas, kemudian suam dan kemudian suam-suam kuku dan akhirnya SEJUK. Apabila seringkali telinga dan minda disogokkan dengan kisah2 begini tak kira kisah benar dalam berita di TV, newspaper atau kisah yang dicipta sendiri dalam drama, movie... ia membuat telinga dan minda kita terasa "biasa" dengan kisah2 begini. Walau dalam memberikan komen yang tidak menyokong perbuatan begini namun tanpa kita sedari api perjuangan untuk membanteras gejala2 sebegini semakin padam oleh keterbiasaan mendengar kisahnya.

Isnin, 14 Mac 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA

BANNER BEN ASHAARI

1) LELAKI pilihan anda ?
Lelaki pilihan hati seringnya idealistik. Idealistik selalunya tak mudah dicari. Lelaki pilihan saya mesti punya didikan agama yang cukup untuk mendidik isteri dan anak. Bila ada agamanya maka attitudenya insya-Allah terpelihara juga. Wajah - senang mata saya memandang. Badan - Sihat untuk memapah saya bila sakit.


2) Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Perlu seksi dari pandangan mata saya. Seksi saya definisikan sebagai seorang yang sangat menarik hati.

3)LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ? 

Tidak. Lelaki seringkali dikatakan berkorban sebelum memiliki cinta kerana seringkali terjadi bila setelah memiliki cinta mereka sangat yakin cinta itu milik mereka selamanya. Take things for granted is the best to describe it. Sedangkan mereka tak sedar wanita perlu di"orat" setiap masa. Ini salah satu perkara yang buat wanita terus rasa dihargai. Sebab tu lelaki sering dikaitkan dengan pengorbanan sebelum mendapat cinta.


4) Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Sabtu, 12 Mac 2011

Tadika Transit

Best friends sejak Atfal - sama2 masuk Al-Amin
Dulu semasa Syadiyah diterima masuk ke sekolah Al-Amin, daku memang sangat teruja. Even sampai sekarang pun daku rasa bersyukur sebab Syadiyah diterima bersekolah di situ. Oleh kerana pelajar2 tahap 1 (Darjah 1 - 3) berada dalam dalam sesi petang Syadiyah perlu berada di sekolah awal kerana sesi sekolah petang bermula pada pukul 11.30 pagi.

Maka daku terpaksa mencari satu tempat untuk dijadikan daycare Syadiyah bermula dari 7.30 pagi hingga ke sekurang2nya pukul 11 pagi dan juga kenderaan yang boleh menghantar Syadiyah ke sekolah pada waktu yang ditetapkan. Bertanya dari pengalaman parents yang terdahulu, daku dapati lebih mudah kalau gunakan perkhidmatan bas sekolah yang memang mengambil dan menghantar pelajar2 Al-Amin. Ok but first, daku kena lebih dahulu cari daycare untuk Syadiyah jadikan transit dan bersiap sedia selama 3 - 4 jam setiap hari. Cari punya cari.. ada yang terdekat dengan sekolah Al-Amin.

Jumaat, 11 Mac 2011

MELUR JELITA DATANG... JENG JENG JENG ! PART 2



Assalamualaikum Jelitawans dan Mr Jelitawans yang dihormati,
Syarat – syaratnya mudah saja…
1. Banner Melurjelita.com.
Letak di side bar blog anda.
  • Bunga Melur

2. Tajuknya MELUR JELITA DATANG…JENG JENG JENG!
3. Kalau dah buat atau nak sertai segmen ini…tinggalkan komen dan link anda di entry ini ya.
Tinggalkan di sini ya. jangan di entry lain atau di shoutbox…saya geget nanti..hehehe
4. terbuka kepada semua bloggers, Jelitawans atau Mr Jelitawans
5. Wajib letak link Melurjelita.com di bloglist anda. Saya juga akan letak link blog anda di bloglist saya.
6. Tarikh tutup 15 mac 2011
Itu saja, senangkan…tak mahu la letak syarat susah – susah. Bukan saya nak cari menantu pun..keh keh keh
Ok…Sudi – sudikan la menjoinkan diri. Nanti saya terjah dan promote blog anda di sini.

Sabtu, 5 Mac 2011

Temasya Sukan Jubli Perak Pusat Pendidikan Al-Amin - 05.03.2011

Stadium Saidina Hamzah UIA Gombak
Hari ni ada Temasya Sukan sempena sambutan Jubli Perak Pusat Pendidikan Al-Amin. Kalau tak silap dah 25 tahun PPAA. Yang menariknya ia menggabungkan 3 buah sekolah Al-Amin iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL), Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG) dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG). Bila dah sampai sana barulah tahu SMIAAG pun terbabit sama sebab Mokde ku call dan tanya daku ada di mana. Hehehe.. maknanya cousin ku Saiyidah Hanisah pun ada di situ.

Syadiyah berada dalam rumah kuning SRIAAKL manakala Hanisah pula rumah biru SMIAAG. Hehehe. Memang seronok tengok budak2 ni beratur. Teringat semula zaman2 sekolah dulu berpanas di tengah2 padang berpeluh2 tapi kerana semangat kesukanan dan semangat patriotik sekolah... ditahankan juga kepanasan dan kehausan itu. Hehehe. Ok laa... sebenarnya daku mengikuti ni tak sampai habis pun sebab tak tahan. Lagipun Syadiyah pun takde ambil bahagian dalam acara2 lain selain dari perarakan/perbarisan.

Jom kita tengok gambar2 dulu:

Selasa, 1 Mac 2011

My Clumsy Week aka Minggu Lemao Ku

Salam all,

Kali ni nak kongsi kisah yang sangat membuat daku rasa cam serba tak kena. Kalau dah serba tak kena tu confirm laaaa bila buat apa2 serba tak jadi. Huhu.. I don't know.. but this might be the clumsiest week I've ever been through. Hmmm. Bukan sikit2 benda yang buat daku rasa clumsy.. semuanya daku sentuh serba tak kena.. semua yang daku buat serba tak jadi. Hmmm... pastu mengeluh tak sudah2.. apa nak jadi ni Ifah oii..

Bukan kali pertama daku rasa macam ni. Seumur hidup ni dah ada lah beberapa kali tapi takdelah yang seteruk ini. Yang paling extreme tentang ke"clumsy"an daku kali ini ialah sampai tahap daku terseret kereta orang. Muahahahaha.. waima terseret je kereta orang itu.. daku boleh dok termenung dalam kereta sambil tunggu tuan punya kereta tu nak buat apa. Otak macam mintak time-off sambil berkata.. "kasik aku rehat minggu ni buleh ka? Kalau ko nak fikir.. pakai lutut la".. adei. Memang mata daku pandang sehala je masa kena tu.. dan otak pulak taknak memberikan jawapan logik kepada persoalan utamaku.. "apa aku nak buat ni eh" (lepas langgar kereta orang). Huhuhu.. boleh tak korang imagine.

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...