Sahabat

Isnin, 25 Julai 2011

Hari Bapa.. Ibu Yg Dapat Hadiah..

Salam friends. Hari ni nak citer sikit pasal apa yang berlaku pada hari bapa yang lepas. Kelakar pulak bila difikir2kan. Daku dan hubby ke Giant nak beli barang2 sikit untuk repair rumah baru tu.. nak kasi cantik lagi la kunun okeh. Then tetiba terpandang satu booth handphone ni yang memang sangat banyak. Tapi kat Giant Melawati tu hanya satu je kat escalator. So.. daku pun cakap minta dengan hubby nak singgah.. ayat standard daku.. "singgah jap bang.. nak tengok2 je".

Kemudian tetiba en hubby ku bertanya kepadaku handphone mana yang daku sebut2 sangat2 nak hari tu. Daku cakap lah modelnya dan siap tunjuk yang ada kat dalam cermin display tu. Dia pun minta jurujual tu keluarkan. Kami pun membeleklah. Kemudian bertanya harga.. seperti biasalah.. tanya itu ini kan kan. Hehe. Kemudian daku katakan pada hubby.. "bang.. dia jual murah sikitlah dari tempat lain". Then dia tanya berapa murah.. daku kata doploh hengget murah. Pastu dia mula bargain. Budak tu kata.. "abang betul2 nak beli ke.. hari ni jugak?". Hubby ku kata.. "iya".. adoi.. bila masa pulak daku kata nak beli.. seramnyeeeee...

Pastu tak disangka2.. budak tu bagi diskaun yg lebih banyak.. huhuh.. sangat peluang.. wuhuuu. Then terus je hubby ku ke atm dan keluarkan duit. Pastu dia terus bayar... CASH!!!!.. OMG.. biar betul hubby ku ni. Daku kata padanya.. jangan lah.. nanti bayar hutang kereta, rumah dulu.. beli  barang2 lain dulu.. hp boleh tunggu.. tapi dia kata.. "takpe.. ini bukannya kita tukar hari2.. ni boleh pakai bertahun2. Kalau awak yang pakai.. lagilaaa saya confirm takkan rosak".. heheh.. is that suppose to be flattering ke atau kutuksskan? hehehe.

Then terus je dia kata lagi.. "yg lama tu bagi saya pakai".. wehehehe. Pastu daku dengan adik yg jual hp tu kata.. "hari bapa tapi ibu yang dapat hadiah".. muahahahaha. Kat bawah ni hadiah "fathers day dari suamiku untuk daku".. erk... janggal bunyiknya.. hehehe




Terima kasih bang. :)

Rabu, 6 Julai 2011

Observing : Human

Salam frensss..

Source : AudioguideMalaysia
Hari ni ada nak merapu sikit. Selama ni daku banyak observe orang.. dalam bahasa omputehnya.. "human". Daku tahu bagaimana human nature. Dan sememangnya setiap orang itu berbeza. Tapi apakah perbezaan itu disebabkan oleh environment di mana manusia itu dibesarkan? Maybe kan. Tapi daku percaya we've been raised in the past but we choose who or what we are becoming.

So.. takkan semuanya nak salahkan cara kita dibesarkan. Takkan nak salahkan masyarakat.. takkan nak salahkan bangsa.. dan takkan nak salahkan ibu bapa pulak kan. Mana ada ibu bapa yang nak anaknya membesar menjadi manusia yang negatif. Sebab itu daku sangat percaya dengan theory tentang human capital bahawasanya as human age.. the more valuable they are becoming. Itu juga salah satu sebab kenapa multinational company yang memang ada transaction dan deal dengan negara2 luar apart from their own country menerima pekerja yang berumur lebih dari retirement age as long as they can perform and proof that they are performing.

Tapi 99% this won't happen dengan local company aka Malaysian company yang non-MNC. Not sure why tapi somehow or rather daku rasakan ada few things yang buat mereka tak berapa nak favor untuk ambil pekerja yang dah pass the retirement age.

Itu adalah pemerhatian daku berdasarkan umur. Ni nak sentuh sedikit tentang bangsa. Orang selalu sebut.. typical Malay, typical Indian. typical Chinees.. dan typical typical typical. Heheh. Well ada ke somekind of attitude yang memang dah dicop sebagai perangai sesuatu bangsa? Memang banyaklah kalau yang daku dengar selama hidup ni kan. Bangsa ni macam ni.. bangsa tu macam tu. But then.. takleh tukar ke mentaliti tu? Kalau pakaian boleh tukar dari bersopan masa kecik (which is masa ni parents yang control kan) kepada pakaian yang tak berapa nak cukup kain bila dah besar (masa ni parents cakap pun takde effect) adalah lebih TAK SALAH kalau tukar perangai daripada suka mengumpat, mendengar dan spread rumours, penuh PHD (hasad dengki) dan kuat membodek.. kepada sikap yang sebaliknya which is lebih baik lah kan.

Daku tak berapa dapat faham.. kenapa nak ubah dari baik kepada tak berapa nak baik tu sangat senang tapi nak tukar dari tak baik kepada lebih baik tu susah sangat? Sebab hasutan syaitan dan nafsu? Kalau semua nak salahkan syaitan dan nafsu sape pulak nak take responsibility of their own decision kan.

Samalah macam dalam satu company. Semua orang rasa dia sangat pandai dan pendapat dia sangat betul.. asyik2 nak komplen.. asyik2 nak kutuk orang lain tak bagus tapi bila diminta untuk berdiri tegak dan menyatakan pandangan (the so called betul) tu kan... takut pulak nak cakap.. takut being held responsible. Belakang bos berdegar2.. tapi depan bos macam tikus. Then bila dah komplen sepatutnya kena ada cadangan untuk overcome the problem yang buat kita komplen tu kan.. takde pulak solution.. komplen tak habis2 tapi solution satu pun takde. Macam tong kosong. Jenis macam ni la yang orang sangat tak suka.. asyik komplen dan negatif tapi taknak bagi solution dan positifkan benda yang negatif.

Adei.. pening sudah kepala aku ni. Dah juga memang tengah pening. Merapu sangat daku malam ni. Penangan ubat selsema la ni. Ok la kengkawan. Fikir2kanlah apa yang daku kata tu. Sama2 kita muhasabah diri.

Salam.

Isnin, 4 Julai 2011

Kak... Perhimpunan Haram Tu Apa??!!

Salam frensss...

Hehe... tajuk ni sebenarnya ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 tu. Kan sekarang ni tengah kecoh2 pasal perhimpunan haram Bersih 2.0 tu kan. Tetiba pagi2 tadi officemate daku bagi soklan cepu emas.. "kak... saya nak tanya sikit boleh.. saya ni tak faham.. apa benda yang perhimpunan haram tu kak?".

Daku pun explain laaa.. "perhimpunan tu nak dibuat oleh satu persatuan yang menamakan diri mereka sebagai bersih. Mereka menuntut pilihanraya yang bersih dari sebarang bias atau unsur yg meragukan sebab tu kasi nama Bersih. Perhimpunan hari Sabtu ni nak sampaikan memorandum diorang tu la. Dia jadi perhimpunan haram sebab dia tak dapat permit untuk buat perhimpunan.. maka haram la jadinya"... muehehehe

Dia kata.. "oh gitu ke. Nak buat perhimpunan pun kena dapat permit eh kak".. daku kata.. "iya.. depend juga pada no of people yang akan menyertai serta purpose. Kalau perhimpunan group discussion takyahlah"... wakakakaka.

Dia sambung lagi.. "abeh kenapa tak diberi permit?". Daku jawab.. "itu tak berapa nak pasti tapi yang banyak diperkatakan ialah tentang pengerusi persatuan tu.. Datuk Ambiga.. dia dikatakan antara yang mencipta kontroversi ketika kes Lina Joy".

"Lina Joy? Kes apa tu kak?"... adddoii budak ni. "Kes murtad". "Oooo yang kat Johor tu ke?".

Aduhai budak sorang ni.. nampak sangat tak mengikuti perkembangan dan tak membuka minda. Cian dia.

Sabtu, 2 Julai 2011

Hari Ini Daku.......

Salam frensss.

Hari ni mood tak berapa nak baik. Ntahlah kenapa atau apa sebabnya tapi cukup membuatkan daku kembali baran untuk seketika setelah sekian lama.

Tadi semasa pulang dari kerja dan dalam perjalanan nak ambil Syadiyah daku kena lalu jalan yang memang jem. Daku tak kisah pun pasal jem. Lumrah la dok kat KL kan. Kalau tak jem tu tak berapa nak "KL" bak kata mak daku. Muehehehe.

Tengah memandu daku nak ubah lane ke kanan.. daku nampak ada kereta kat belakang. Dia slow.. daku pun perlahan2 gerakkan kereta ke kanan. Dia pun lajukan lagi kereta dan masuk ke lane yg lebih kanan sebab masa tu kedua-dua lane ni kosong. Daku nampak dia melajukan kereta. Tak kisahlah.. daku biarkan je laaa sambil perlahan2 manouver kereta daku masuk ke lane tengah. Bila kereta tersebut dah seiring dengan kereta daku tetiba je dia bunyikan hon macam nak accident je gamaknya.

Daku yang tengah tak berapa nak baik mood tu terkujat la. Sebabnya daku rasa takde sebab untuk dia buat macam tu... dan tambahan mood daku tak berapa nak baik. Bila dia dah hon tu dia tekan lagi minyak sampai mengaum keretanya terus je masuk depan daku. Tak jauh lepas tu dia kena berhenti sebab dah sampai kawasan yang jem. Daku pun beratur sama kat belakang dia. Daku memang nak terus.. so daku bagi signal dan masuk ke lane kiri. Bila sampai je sebelah kereta dia daku terus pusing kepala dan pandang dia.. dia pun pandang daku balik.. daku jegilkan bijik mata dan cakap pelan2.. yela.. kalau daku jerit pun bukan dia dengar.. sama2 tutup tingkap.. muehehehe.

Apa daku kata????

"Apa masalah ko ni? Stupid". Masa tu dia tengok daku dalam keadaan rambut dia yang serabai. Pastu daku sempat pusing lagi sekali kepala.. dan tunjuk signal pusing2 kat kepala dan cakap.. "gila". Masa tu dia masih tengok daku. Huh.. panas betul hati daku masa tu. Apa masalah dia sampai nak hon2 orang tak buat salah. Hon macam nak gila pulak tu. Seb baik je mood daku masih boleh nak kawal.. kalau ikutkan hati mau je daku kejar dan potong pastu dah duduk depan dia daku brek emergency. Biar dia langgar belakang. Hampeh betul. Heheh.. itu perangai masa daku muda2 dulu la eh. Walaupun tak pernah buat sampai kena langgar tapi pernah lah daku kejar kereta orang.. hot punya pasal.

Bila daku fikir balik daku kata.. "apalah nak jadi dengan daku masa tu".. hehehe.

Apa sebenarnya moral of the story today? Takde apa2 lah kot.. cuma nak kasitau.. daku lemao dan moody hari neh. Ekekekeke.

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...