Sahabat

Sabtu, 24 Mac 2012

Dialog : Part 1

Dialog 1

A : Hello B, aku dengar kau ada masalah dengan laki kau betul ke?
B : (Terdiam sekejap). Takdelah mana ada. Sape yang bagitau kau?
A : Ade la.
B : Takpe.. nanti kau cakap kat orang yang cerita kat kau tu...
A : (mencelah).. aku tak ingat la sape bagitau aku
B : Oh ye ke.. lupa dah. Takpe.. kalau kau ingat nanti kau bagitau kat dia.. asal pergi jumpa kau tu bawak cerita mengumpat.. dah takde kerja ke? Jaja cerita orang. Tak payah kepoh hal rumahtangga aku... jaga hal rumahtangga sendiri.
A : Hmm.. aku lupa la siapa.
B : Takpe.. kalau kau ingat la nanti. Aku ni memang popular gile kan.. ngalahkan artis dari hal kerja sampai hal rumahtangga aku semua korang nak jadikan bahan cerita.


Dialog 2

A : Wei.. orang belakang nak lalu laa. Gerak la
B : (Pandang je melalui tingkap kereta)
A : Apa la ko ni.. wei.. kereta belakang nak lalu la.. gerak laaa
B : (Pandang lagi sekali)
A : (Tak senang duduk, dah sampai nak bangun dari tempat duduk dia.. dia pemandu bas, penumpang semua pun memandang B)
B : (Buka tingkap) Ada apa hal cik?
A : Awak tak dengar ke kereta belakang hon, diorang nak lalu la. Awak gerak la.
B : (Dengan berangin) Saya dah on lampu hazard, tak reti ke kalau lampu hazard tu apa maknanya. Tadi belakang saya kosong, apasal diorang masuk lane belakang saya juga dari jauh dah nampak. Yang awak pun sibuk2 ni apa hal? Tak payah la sibuk, saya tahulah apa saya buat.
A : (Tutup pintu bas sambil geleng2 kepala)
B : Ada yang makan pelempang ni karang. Takde budi bahasa langsung, mentang2 aku diam je dari tadi.



Dialog 3

A : Saya taknak kerja sini lagi
B : Kenapa pulak?
A : Sebab saya nak timba pengalaman lain
B : Tempat baru yang kamu nak pergi tu pun sama jugak macam kat sini
A : Selain tu saya nak cuba join kat tempat baru tu
B : Sini pun kamu baru je join
A : Saya taknak buat kerja yang setakat kerja clerk je.
B : (Berdesing je telinga dengar statement tu) So selama ni awak buat kerja clerk la walaupun senior exec, padahal orang lain buat lebih dari tu.
A : Saya tak boleh kerja bawah C
B : Kenapa pulak?
A : Tak tahulah kenapa

B bagitau C

C : Kalau dah takde alasan lain yang logik dan boleh diterima untuk keluar dari sini, kenapa nama saya pulak yang disebut? Tak pasal2 saya jugaklah yang buruk?



Dialog 4

A : Aku tak suka dengan C tu sebab dia suka simpan document
B : Dia simpan document kau ke?
A : Taklah
B : Document yang dia simpan tu buat kau kena marah ke?
A : Taklah
B : So, apa masalah?



..........

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...