Sahabat

Sabtu, 19 Februari 2011

Monolog : Andainya....

Dalam kehidupan yang serba tak pasti.. adakalanya daku terfikir tentang semua pilihan yang telah ku buat.. jalan yang telah ku pilih... apa yang berlaku kini adalah hasilnya.. jadi.. bagaimana pula seandainya daku memilih yang berbeza ketika itu. Memikirkan pilihan yang berbeza seringkali buat daku terfikir kemungkinan besar yang lebih istimewa, lebih menggembirakan, lebih baik akan berlaku. Tapi benarkah begitu?

Ku fikirkan kembali.. semua kemungkinan itu hanya satu kemungkinan dalam hidup ini. Pilihan yang berbeza belum pasti memberikan hasil yang berbeza. Hanya yang nyatanya.. pilihan kepada kebaikan akan mengekalkan kita dalam kebaikan.. untuk satu jangkamasa.. sehingga kita berada di satu lagi persimpangan dan perlu membuat pilihan seterusnya. Kerana inilah manusia sering berkata kehidupan ini penuh liku. Namun, pilihan yang jelasnya menuju kebaikan bukanlah semudah yang kita sangkakan. Ada pengorbanan yang perlu dilakukan, ada hati yang akan terluka, ada sakit dan ranjaunya.. sebelum kita benar2 berada dalam kebaikan.



Siapa kata pilihan kepada kejahatan itu mudah. Daku tak pernah lihat ia menyediakan jalan yang mudah.. ada juga dugaan di dalamnya.. hanya mereka yang punya akal dan iman akan menyedarinya lantas membuat pilihan.. membetulkan pilihan yang khilaf. Mungkin mereka terlepas pandang... mungkin mereka tak ambil peduli... mungkin.. mungkin. Andainya mereka tahu di mana penghujung jalan itu... pasti mereka sendiri pun tak akan memilihnya.

Seandainya setiap manusia tahu dengan pasti penghujung jalan yang mereka ambil, hidup ini tentu lebih mudah, tidak ada masalah. Semua pasti sudah bersedia dengan jawapan yang pasti terhadap setiap rintangan yang bakal dilalui. Tapi hidup tak semudah itu. Ada yang kata hidup ini umpama teka teki, ada yang kata hidup umpama perjudian.. ada juga yang kata hidup ini pentas drama.

Walau apa pun mereka kata, hanya dua yang kita perlukan... kitab dan sunnah. Sempurnakah kita sebagai hambaNya... sempurnakah kita sebagai umatnya.. hanya Dia yang punya jawapannya. Hidup bagiku tidak semudah teka teki.. boleh diulang berkali-kali, tidak sehina perjudian... tidak pula boleh memilih watak seperti pentas drama. Hidup bagiku adalah satu perjuangan yang akan menemui penghujung suatu ketika nanti. Penghujung yang menemukan semua manusia kepada Penciptanya. Penghujung yang abadi... tiada lagi berteka-teki, berjudi atau berdrama. Segalanya akan jadi mudah dan asli ketika itu nanti.

Ya Allah, Kau Mengetahui tidak mudah untuk menghadapi setiap dugaan yang Kau beri. Kau Mengetahui segalanya yang ada dalam hati serta kekuatan setiap dari kami. Daku pasti IhsanMu amat besar, berikanlah kami kekuatan untuk terus tabah menghadapi setiap liku dan ranjau yang telah Engkau tentukan untuk kami. Semoga kami berjaya di sana nanti.. aamiinn.. yaaaa rabbal 'aaalamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...