Sahabat

Ahad, 13 Februari 2011

Percutian Di Tioman

Kali ini tiba2 teringat tentang percutian di Pulau Tioman beberapa tahun lepas yang meninggalkan kesan yang sangat mendalam di dalam hati daku ni ha. Hmm.. memang best.. nyaman bak kata orang Sarawak. Tempatnya cantik, udaranya nyaman, airnya sejuk menyegarkan.. hmm apa saja yang tak best tentang Tioman? Semuanya best.

Untuk pengetahuan korang daku pergi dengan Syadiyah dan encik suami selama hampir beberapa bulan. Masa tu daku tak kerja full time. Daku buat freelancing work.. so takde masalah nak bercuti.. just inform client dan pastikan kerja dah siap sebelum pergi.

Cuba tengok gambar sebelah ni.. adoooiii.. memang best tau air kat sini. Almaklumlah.. kalau ikutkan laut di sini adalah Laut Cina Selatan. Hanya disebabkan kawasan chalet yang kami tinggal ni terletak di kawasan Barat Tioman yang menghadap ke Semenanjung Malaysia maka lautnya tak berapa bergelora kalau nak dibandingkan yang di Timurnya yang betul2 menghadap laut lepas Laut Cina Selatan. Tempat yang kami sangat suka ni dinamakan Nipah.

Nak pergi Tioman ni perlu sampai ke Mersing.. atau dari Pahang pun buleh.. tapi daku tatau.. daku pergi melalui Mersing saja. Untuk ke Mersing sama ada menaiki kenderaan sendiri atau menaiki bas ekspress itu mengikut pilihan masing2. Daku selalunya suka naik kenderaan sendiri sebab lebih selesa. Cuma yang tak berapa selesa sebab jalan Mersing yang berbelok2 bagai ular kena palu. Heheh.. sudah berbunyi seperti Abang Karam Singh pulak. Sampai di Jeti Mersing.. perlu beli tiket la seperti biasa untuk naik Feri ke Pulau Tioman.



Di Jeti Genting
Yang uniknya perkhidmatan feri kat sini ialah ia dah jadi macam bas awam.. hehehe.. apa taknya dalam perjalanan nak menuju tempat utama tu ada beberapa perhentian dia perlu berhenti untuk ambil dan turunkan penumpang. Hehehehe. Kalau kat Langkawi sekali je kan.. haha.. tapi kat sini berkali2 dia berhenti. Especially kalau tempat yang korang tuju tu ialah tempat bernama Salang. Salang tu perhentian akhir sekali. Untuk pergi ke Nipah, daku perlu turun di Jeti Genting. Hah namanya dah macam Genting Highland kan. No no.. ini Genting di Tioman. Heheh. Dari jeti Genting.. daku kena naik bot kecik untuk menuju ke Nipah. Memang adventurous. Sape yang suka adventure memang akan suka semua ni.

Perjalanan ke Nipah menaiki bot kecik tu memang mendebarkan sesiapa yang tak pernah naik bot kecik. Huhu.. apa taknya.. air dia nak dekat sama je levelnya dengan tempat duduk. Pastu ada percik2an air. Seolah2 air tu macam nak masuk dah dalam bot tu. Pastu keadaan bot tu yang terumbang-ambing.. wah wahhh.. especially masa berselisih dengan bot lain yang menghasilkan ombak kecil.. waduh waduh.. masa mula2 naik ni.. memang istighfar dan mengucap memanjang. Masa tu la terbayang jaws la, buaya la.. wekekeke. Penakut jugak daku ni kan. Hahahahaha. Orang Tioman hari2 pakai bot untuk ke sana sini.. takde pulak komplen kan. Hehehehe. Atas ni antara perjalanan menaiki bot. Itu Syadiyah purak2 tido tu.. ayah dia pun sengeh je melayan budak sorang neh. Korang perasan ke tak.. ada tag yang Syadiyah pakai tu.. itu nametag namanya... yang mama dia print khas untuk dia siap dengan gambar sekali. Ke sana sini dia pakai.. macam pakai tag nama apa je. Hehehe.

Di sinilah chalet tempat kami menginap. Ada 10 bilik je. Kami suka kawasan ni sebab ia terpisah dari kawasan lain. Kalau nak ke mana2 cuma ada 2 option.. sama ada naik bot atau redah la hutan belantara kat belakang tu. Off course naik bot tu option yang menjadi pilihan hatiku.

Ketika di sana.. daku ada buat snorkeling... wallauwee.. best ooo. Hehehe.. best punya best bila daku ingat semula mula2 nak snorkeling tu buat daku gelak sendiri. Kisahnya.. kan kena pakai alat snorkeling tu kan ada goggle dengan tiub tu. Pastu sebab daku ni tak berapa nak pandai berenang dan asthmatic kena pakai safety jacket. Aku ok je. Bila dah berenang sampai ke tengah sikit.. kami pun mulalah nak bersnorkeling. Waima tenggelam je muka daku ke dalam air daku mendengar dari tiub pernafasan tu bunyik nafas daku yang macam orang nazak.. punyalah kuaaaatt... aaahhhhhhhh huuuuuuuu ahhhhhhhhh huuuuu.. hahahahaha.. kengkawan.. itu namanya pernafasan nervous break down.. wekekekeke. Masa daku terus je keluarkan muka dari air, buka tiub nafas tu dan gelak sorang2 dulu. Hahahaha. Pastu try lah untuk mengawal pernafasan supaya lebih macho. Huhu.

Snorkeling Set
Lama kelamaan baru lah ok nafasku.. bunyik cam biasa. Bila ombak besar sikit, tiub nafas tu masuk air sket.. maka start la nafas neves tu. hehe. Best woooo... di kawasan daku snorkeling tu daku nampak coral yang bentuknya seperti sebuah meja rata yang besar.. kemudian di atasnya terdapat berbelas2 ekor sea urchin.. atau nama melayunya landak laut. Adeh.. neves lagik daku nengok landak tu macam dekat sangat.. wekekeke. Pastu di atas pasir di dasar laut tu pulak daku nampak ada sea cucumber aka Gamat yang saaaaangaaatt besar2 saiznya.. huhu. Itu yang terbesar daku pernah tengok. Dalam gambar pun tak sebesar itu. Daku nampak juga ikan2 yang selalu bermain2 di karang2 lembut berenang2 sana sini. Pastu tetiba sekumpulan ikan ntah apa namanya lalu di depan daku.. subhanallah.. cantiknya dan bestnyeeee...

Tengah khusyuk menikmati pemandangan daku teringin nak tengok permukaan pulak. Daku angkat kepala.. adoii.. dah jauh daku dari daratan rupanya. Errrr.. mana suami dan brother in law ku? Ewah.. best2 diorang pergi ke tempat lain dan tinggalkan daku sengsorang kat tengah2 ni. Ampesh betul. Daku pun cubalah berenang ke tepian. Tapi membuat daku panik bila kayuhan dan renangan ku berjaya dikalahkan oleh ombak. Wele wele.. ombak tu lagi kuat rupanya eh. Daku ni dah penat nak berkayuh.

Dalam pada daku bersnorkeling tu Syadiyah memang heaven kejar kucing, kejar ketam kecik2, kucing kena buli.. ketam pun kena buli gak ngan dia. Bukan tu je.. wak Jalil pun kena buli gak ngan Syadiyah yang panggil dia Tok Jalil. Hehehehe. Wak Jalil tu layankan je ler.

Pastu daku terfikir sambil menikmati keindahan dasar laut, sambil berenang menuju daratan mungkin takkan terasa tau2 je nanti dah sampai kan. Maka daku menghalakan badan ke arah daratan, pastu berkayuh la sambil tenggelamkan muka melihat dasar laut. Lama sikit daku angkat la muka nak check dah sampai ke.. to my surprise.. daku masih lagi di tempat yang sama tapi yang paling takleh blah.. daku menghala ke tempat lain.. bukan ke daratan. Wakakakaka. Apadaaaaa. Lemao betul mama Syadiyah ni. Hmmm.. Lepas tu daku lebih determine untuk sampai.. lebih deras daku mengayuh dan lebih kerap daku melihat hala tuju kayuhan. Lama jugak wokeyyhh baru sampai ke daratan. Fuh.. penat gilerrrr la. Masa tengah mengayuh tu ada jugak rasa nak mintak SOS je. Bukan sos cili tau.. tapi pertolongan cemas. Nak je kasitau.. "tolong la hantar bot.. daku ni tak sampai2 ke pantai walaupun ada kat tepi pantai je ni ha. Wekekekeke. Nasib baik sampai jugak.. safe la satu situasi memalukan diri. Hehehehe.

Bila dah sampai tu.. masa tu baru nak masuk Zohor. Mandi2 pastu solat Zohor.. pastu tebabom.. tido santak sampai nak dekat Asar... letih woo snorkeling especially untuk orang yang dah jarang exercise macam daku. Hehehe. Malam tu barulah daku dapat tahu di kawasan ini terdapat banyak juga coral yang cantik2. Dan orang laut semuanya tahu.. kalau ada coral.. maka adalah jerung. Daku tanyalah pakcik tu.. "abeh kat sini ada jaws ke?".. dia jawab.. ada.. malam2 ni lagi banyak.. kalau mancing anak2 dia je yang banyak kita dapat sebab kat tepi2 pantai kan.. kalau kat tengah2 sana ada la yg besar2 tu"... aiiyaaarkkk.. ngape laa tak dikasitau daku siang tadi. Seb baik takde apa2. Hehehe. Salah seorang anak owner chalet sebelah tu bagitau daku dia pernah snorkeling kat kawasan yang hubby ku dan BIL ku pergi tu sebab di situ antara tempat coral yang cantik.. berwarna-warni.. dan kat situlah dia dengan abangnya terserempak seekor jerung. Adeiii adik oii.... seramnyaaaa daku mendengar.

Selang beberapa hari kami decide untuk pergi ke Pekan Tekek untuk melihat2 apa yang ada di sana. Maka kami menyewa bot la maknanya kan. Lupa nak kasitau.. kat kawasan Nipah ni alat perhubungan hanyalah satellite phone. Handphone semua takde coverage baik Maxis, Digi, Celcom.. apa merepek.. semua tak ada ye.. hanya satellite phone oleh Telekom Malaysia. Itu pun ada kala signal kat screen phone tu tunjuk low dan hampir takde.. maka bergerak2lah dengan telefon tu mencarik2 signal yg kuat. Hahahaha. Lawak.

Bila sampai je di pekan Tekek tu kami pergi ke kedai yang dikatakan Duty Free. Memang betul duty free tapi main item yang menikmati duty free tu banyaknya arak. Busan betul. Inilah salah satu perkara yang daku paling tak suka di Tioman. Arak dijual sewenang2nya tanpa sekatan malah jauh lebih murah dari tempat lain kerana status Duty Free dia tu. Orang boleh beli berdozen2 tanpa sesiapa pun mempersoalkan. Meluat pulak daku bila tengok yang beli tu ada orang Melayu yang mengusahakan chalet. Untuk guest katanya. Ada aku kisah untuk guest ke untuk sape? Arak tu haram, menjualnya juga haram walaupun tidak meminumnya yg memang sah haram. Hampeh betul. Wutevaaaa.

Pastu kami berjalan2 melihat2 keadaan.
Landak laut di jeti Tekek

Kawasan lapangan terbang Tekek.. wekekekeke

On the way masa pergi dan balik menaiki bot tu pemandangan2 di bawah sempat daku rakam.. enjoy.
Berjaya resort

Berjaya Resort




Restoran chalet Japamala di pinggir laut.. unik


























Untuk pengetahuan korang sejak hari kedua daku di sini.. hidung daku yang memang ada masalah sinus ni yang memang suka tersumbat salah satu ni terus je lapang.... takde tersekat takde bersin takde apa. Wahahahaaha best wooo.. dapat rasai semula nikmat yang telah ditarik sikit ni. Daku punyalah gembira memang rasa macam taknak tinggalkan tempat ni. Oleh kerana tempat ni agak terpencil, maka sistem airnya pun mana ada orang nak tolong buat. Air yang mengalir di dalam toilet setiap bilik di chalet tu ialah sistem yang dibuat sendiri oleh owner chalet. Diorang buat piping menggunakan buluh2 besar yang dipasang dari air terjun yang ada lebih kurang 2 km dari chalet.. pastu dialirkan terus ke satu tank air di chalet.. dari tank barulah ia di distribute ke setiap bilik. See... tiada rawatan air ke apa ke.. memang fresshhhhhh.. pernah daku buka paip air tetiba ada daun kuar dari paip.. huhuhu.. I laik.

Kat sini juga setiap pagi Syadiyah memang tak pernah tak "hilang". Masa kami solat subuh dia masih tido. Daku sambung tido.. dia pulak ilang. Ilang merayap main kucing.. main ketam. Pastu main air. Tapi dia dah diperingatkan kalau nak main air kasitau mama dulu. Nasib baik Syadiyah ni jenis dengar kata. Dia memang tunggu mama kalau nak main air. Oleh kerana berjemur dengan panas pantai all the time.. warna kulit dan jadi warna apa dah budak Syadiyah ni.

Suka betul Syadiyah duduk kat sini. Bebas dia. Daku pun tak takut nak biarkan dia berkeliaran sebab kat kawasan ni ada beberapa orang je.. semua kita kenal.. pastu Syadiyah bukan boleh ke mana2 pun.. dalam kawasan ni juga la dia. Masa kat sini.. mulut dia yang bising tu kurang bisingnya sebab dah terlalu banyak aktiviti dia maka mulutnya pun tertutup seketika.. wekekeke. Selipar memang tak pakai la dia.. dah jadi macam anak orang asli laut. Sesuai la kulit dah makin gelap, rambut kerinting, pastu tak pakai selipar.. wekekekeke. Anak orang asli pun dah moden skrg ni.. Syadiyah memang peghak abes masa kat Tioman neh. Tengoklah gambar2 dia ni.




Kat sini juga memang kebanyakannya pelancong asing. Dari Itali, Jerman dan macam2 negara lagi. Syadiyah ni bukan ke "global" orangnya.. satu hari tu daku cari2 Syadiyah ni mana dia pergi.. rupa2nya dia berbual dengan seorang pelancong lelaki di tepi pantai. Kat sebelah tu girlfriend mamat tu la tengah sunbathe.. daku pun datang sebab nak bagitau dia main tempat lain jangan kacau orang. Daku sampai je kat situ daku terdengar Syadiyah kata.. "uncle.. ni isteri uncle ke?".. si orang Itali yg memang "faham sangat" bahasa Melayu tu terus je senyum dan angguk2... Syadiyah sambung lagi.. "uncle.. isteri uncle ni tak malu ke pakai baju macam ni? nampak perut, nampak peha... dada pun nampak". Mamat Itali tu pun senyum lagi dan angguk2 kat dia.. wakakakakaka.. addoiiiiyaaiii.. Syadiyah oo Syadiyah.. asal boleh je ko ni bebual ngan orang macam orang paham bahasa ko kan. Pastu siap kritik pulak tu. Seb baik itu mamat tak paham apa ko cakap.

Lalu daku pun say sorry kat mamat tu sebab Syadiyah mengganggu. Dia kata.. "no, it's ok, she's fun, adorable. She really knows how to make friends".. haiyaiyaiyaiii.. Syadiyah kalau dikatakan tak pandai berkawan daku memang tak tau lerrrr. Hehehehe. Dia kata lagi.. "it's ok.. we enjoy having her here".. pastu aku tanya pulak.. "don't you mind now knowing what she's talking about coz she can only converse in Malay".. dia kata,.. "no problem.. we will try to understand each other".. awek dia pun senyum dan angguk2.. wakakakaka.. dah macam itik ngan bercakap ngan ayam. Hahahaha. Pastu Syadiyah boleh pimpim tangan uncle dia tu bawak uncle dia jalan dari hujung pantai sini sampai hujung sana pastu patah balik sini.. pastu main bola dalam air pulak dengan uncle ngan auntienya. Tengoklah gambarnya.. atas tu. Masa main bola pun Syadiyah siap bagi arahan.. "uncle.. jangan tendang macam tu.. tendang macam ni.. ha.. cepat uncle cuba".. pastu uncle salah buat je.. dia bising lagi.. uncle yg tak faham apa2 tu pun senyum dan gelak je laaa. Adoiii Syadiyah.

Aktiviti malam kat sini.. kami rajin jugak buat bbq sebab bila mancing dapat ikan.. ada dapat macam2 ikan.. ada anak ikan yu pun dapat.. tapi tak sedap.. yuckie. Ni nak kasi korang terliur laaa.. daku memang suka makan ikan kat sini.. mana nak cari ayam kat sini kan.. daku hari2 makan ikan pun tak kisah kat sini.. sebab ikannya fresh wooo.. korang imagine la ikan selar papan sepanjang lengan daku ni.. lebarnya jangan cakap la kan. Memang best.. takyah nak masak apa2.. goreng je pun sedap.

Uniknya kawasan tempat daku tinggal ni, ia terletak di kawasan pertemuan antara Sungai dan Laut. Belah belakang tu sungai which is air tawar.. depan air laut.. di kawasan pertemuan kedua2 air tu memang agak deras. So di kawasan belakang tu kami selalu dapat jala ikan ala2 ikan bilis tapi besar2.. dipanggil "rengau".. ia bergerak dalam kumpulan.. so kalau kena tangkap pun beramai2. Ada biawak besar2 kat sebelah sana sungai. Biawak ni selalu rajin menyelinap masuk kat dapur chalet tempat daku duduk ni. Sebab tu pintu dapur kena selalu tutup. Tak caya.. nengok gambarnya ni... Masa kami cuba nak halau dia keluar tu.. abes kena libas dengan ekornya.. wohoho.. daku meloncat naik ke tiang terus.. dah macam cicakman dah daku melekat.. punyalah seram ngan libasan ekornya yg panjang tu. Hahahaha.

Malam di kawasan ni memang sangat indah.. tak ramai orang.. kami buat unggun api dan bbq.. makan bersama2 kami je iaitu pekerja2 dan owner chalet ni. Pastu tengok Astro.. pastu makan.. main pasir.. macam anak daro den tu and da geng tu. ada pondok kecik di sini yang unik. Dibina sendiri oleh Wak Jalil pekerja kat Chalet ni. Wak Jalil asalnya dari Indonesia dari kawasan Danau Toba. Wak Jalil juga yang bina musolla yang open dari buluh2.. sangat kreatif dia tu. Daku tak jumpa gambar musolla tu.. nanti jumpa daku up.. ini gambar pondok rehat dulu ye..

Sorry gambo penuh yg ada tak berapa cantek pulak... ada gambar yg cantik sket tapi bahagian dalam... meh tengok..







Payung ni dengan katil sebelah tu pun Wak Jalil buat.
Gambar dari dalam pondok.. besh woo.

Gambar dari tangga naik ke pondok



















Ini Wak Jalil. Dia teringat cucu dia bila tengok Syadiyah.

Gambar Chalet di malam hari.

Aktiviti Syadiyah waktu malam.
Ini di tengah2 laut kalau air pasang
Ada kura2 yg datang bertelur. Ini 2 telur yang dah menetas.
Santai depan bilik. Masa ni air baru nak pasang.. nampak tak tu.
Kat sini dari pagi sampai malam.. 24-7 memang dengar bunyi ombak je.. kecuali masa air surut. Sebabnya bila air surut kita boleh jalan sampai ke tengah2 laut tu.. begitu landainya kawasan tu. Memang best. Gambar Syadiyah yang first tu sebenarnya diambil waktu pagi iaitu air sedang surut.. kalau korang perasan gambar chalet kat belakang nun jauh di sana... ha kalau waktu air pasang airnya sampai lagi 10 kaki je dari tangga chalet... boleh imagine tak. Kalau ombak kuat sket.. gigi air tu boleh menghempas sampai ke tangga chalet. Besttttt tau keee. Jadi malam2 kan senyap sunyi.. hanya dengar bunyi air laut.. ombak menghempas pantai.. romantik gitueeee. Hehe. Pastu ada cahaya bulan mengambang pulak kan. Kat sini juga pintu bilik tak pernah tutup walaupun tengah tido.. waktu siang je laaa.. sebab takde sape nak masuk pun. Hehe. Malam2 je daku tutup dan kunci semua.





Ini gambar Syadiyah dengan anak orang jerman masa kitorang dah nak balik. Cuba tengok kulit Syadiyah tu.. nak kata tan dah bukan tan dah.. hahaha.. dah betul2 hitam terbakar. Anak orang jerman ni memang unik mukanya.. tengok dia senyum tu.. menawan kan senyumnya.. hencem boy. Hehehehe.

Sebenarnya kan.. banyak lagi gambar dan cerita nak kongsi.. tak larat la pulak.. nanti lain kali pulak ye. Hehehehe.



Interested to go? Contact 016-6376612 (Husin).

2 ulasan:

  1. ha....baru la ada box comment..
    tioman memang cantik..tp kenangan pahit buat aku..
    kehilangan arwah abg aku kat sini..heart attack..uwaaaa...sadis btul tgk klinik kesihatan tu...kat situlah tmpat sahkan kematian dia & tmpat berbalas surat utk insuran claim :(

    BalasPadam
  2. Hehehe.. dah boleh eh.. hehehe.
    Ye la Izah.. memang kalau dah ada kenangan sedih tu sampai bila2 akan ingat kan. Ha'ah klinik kesihatan tu la je yang ada kat situ Izah. Itu pun kat pekan Tekek. Kalau kat tempat aku dok tu kat Nipah memang takde apa langsung.. hehehehe.

    Isk Izah.. ko takmo kongsi ke kisah sedih tu Izah. Aku tak berapa tahu dan nak juga tahu detail dia sebenarnya.. hehehehe. Kalau sudi nak citer la kan kan kan. Kalau tak takpe... ada orang yang tak suka nak kenang lagi...

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...