Sahabat

Khamis, 17 Februari 2011

Syadiyah Mencari Mummy

Assalamualaikum...

Chek
Kali ni nak kongsi sket kisah yang sedih campur kelakar... hehehehe. Berkaitan dengan anakanda ku lah siapa lagi kalau bukan Syadiyah. Al-kisahnya kalau korang tau.. kami ni ada banyak kucing kan. Mula2 ada Chek, pastu datang pulak Boboi.. pastu ambil pula seekor ibu kucing yang sedang mengandung. Tepat 1st September 2010 ibu kucing tu melahirkan 4 ekor anak yang sangat comei.








Boboi


BB kat fav spot tido dia.

Gebu masa kecik dgn fungal infection

Manja si manja dan mischievous jugak

Uchi tido dengan stylo nyerr.. hish kucing zaman skrg

Semua kucing2 ni menjadi kesayangan kami. Dari wangi sampai busuk pastu wangi balik.. adeiii.. letihnya bela ramai2 neh. Hehehe. Nak dijadikan cerita, pada suatu ibu si anak2 kucing ni kami cuba letakkan di luar rumah. Dia memang mengiau nak masuk rumah.. tapi kami saja nak tengok dia pi jauh ke tidak. Balik dari kerja kami tengok dia dah takde.. dok panggil2 pun takde.. beberapa hari lamanya tak nampak batang hidung. Hmmm.. mesti pergi berkawan kat mana2.

Daku ingatkan setelah hampir 3 bulan dia dah takde Syadiyah dah lupakan. Tapi rupa2nya setiap hari pun dia sebut dan tanya.. "mana agaknya Mummy pergi eh mama".. hehehe.

Setiap petang hujung minggu Syadiyah akan bermain dengan anak jiran sebelah who happen to be 2 years older than her. Sibuk la mencari kertas la, pen la.. dan bermacam2 lagi. Daku ingat "projek menyepah" biasa la tu kan.. so daku buat tak kisah je la. Ambik je la mana paper yang ada dan pen yang ada.. nak guna tak kisah pun.

Esoknya tu daku bawa Syadiyah pergi berjalan ke suatu tempat. Dari pagi sampai ke petang kami baru balik ke rumah. Ketika menaiki tangga daku terperasan di dinding berdekatan dengan grill pintu setiap rumah ada satu sticky notes yang kaler pink tu. Pastu tulisannya "macam ku kenal yaaaa.. tapi mungkinkah?".. daku pun mendekati sticky note tersebut.. cuba korang tengok gambar neh dan baca betul2.

Siapa yang nampak kucing ni sila bungi Syadiyah


Adddoiiiiyyyyaaiii anak den..  dah pandai buat iklan pulak. Satu tingkat ada 4 rumah.. sebelah 2 rumah.. dia letak kat tengah2 antara dua buah rumah.. ada 4 tingkat.. dia start letak dari tingkat 1 je.. G tak letak.. maknanya 8 note eh kengkawan.


Cengginilah bentuk2 nota dia. Wording lebih kurang sama.. yang takleh blah cuba korang tengok kat gambar tu.. memang ada nampak gambar kucing.. kaki cukup, telinga, ekor, misai, siap corak kat badan pun cukup.. tapi tang yang warna biru tu ada sedikit menyentap jiwa.. kalau nengok betul2.. apakah dia? yeszzaaa.. puting.. hahahahaha.. puting kucing tu.. ada 4 eh kengkawan.. wekekekekeke.

Daku konon2 tak suka la dan suruh Syadiyah bukak balik semua iklannya tu sambil kata nanti kena saman baru tau sebab buat sampah. Tapi dalam hati daku menggeletik jeeee nak gelak besar2. Err... gambar mummy kat bawah ni.. hehehe.. sama tak dengan lukisan Syadiyah? hahahahaha


Hehehe.. Mummy cantik kan.. cuma comot sket je hidung dia... sama tak? Syadiyah ooooo Syadiyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...