Sahabat

Sabtu, 12 Mac 2011

Tadika Transit

Best friends sejak Atfal - sama2 masuk Al-Amin
Dulu semasa Syadiyah diterima masuk ke sekolah Al-Amin, daku memang sangat teruja. Even sampai sekarang pun daku rasa bersyukur sebab Syadiyah diterima bersekolah di situ. Oleh kerana pelajar2 tahap 1 (Darjah 1 - 3) berada dalam dalam sesi petang Syadiyah perlu berada di sekolah awal kerana sesi sekolah petang bermula pada pukul 11.30 pagi.

Maka daku terpaksa mencari satu tempat untuk dijadikan daycare Syadiyah bermula dari 7.30 pagi hingga ke sekurang2nya pukul 11 pagi dan juga kenderaan yang boleh menghantar Syadiyah ke sekolah pada waktu yang ditetapkan. Bertanya dari pengalaman parents yang terdahulu, daku dapati lebih mudah kalau gunakan perkhidmatan bas sekolah yang memang mengambil dan menghantar pelajar2 Al-Amin. Ok but first, daku kena lebih dahulu cari daycare untuk Syadiyah jadikan transit dan bersiap sedia selama 3 - 4 jam setiap hari. Cari punya cari.. ada yang terdekat dengan sekolah Al-Amin.


Daku pun terus la berjumpa dengan pengurus di tempat tersebut. Mereka ada usahakan tadika dan juga tadika transit. Tadika transit tu khas untuk daycare sahaja untuk pelajar2 macam Syadiyah la. Mula2 daku bertanya untuk transit pagi sahaja iaitu dari pukul 7.30 hingga 11.00 pagi berapakah yurannya. Daku juga beritahu, petang lepas sekolah iaitu pukul 6.30 petang Syadiyah takkan datang situ lagi sebab daku akan ambil dia terus dari sekolah. Maknanya Syadiyah di situ hanya 3 - 4 jam sehari. Katanya feenya RM100. Pastu daku tanya lagi.. "termasuk mandi, makan minum sekali lah ye".. jawabnya.. "ha'ah.. ada makan sekali". Ok fine.. aku tak kisahlah.. yang pentingnya dapat pastikan keselamatan Syadiyah dan sediakan dia untuk ke sekolah setiap hari dah memadai bagi daku.

Kemudian pengurus tersebut cadangkan untuk gunakan perkhidmatan bas sekolah yang memang ambil pelajar2 sekolah Al-Amin dari transit mereka setiap hari. Daku setuju dan terus je call pakcik tu dan confirm. Syadiyah pun dah daku daftarkan di transit tersebut. Semuanya settle untuk persekolahan Syadiyah. Sekurang2nya untuk 3 tahun yang pertama ni sebabnya selama 3 tahun dia akan belajar dalam sesi pagi. Melainkan kalau sekolah tukar jadual.

Hampir sebulan daku dengan senang hati menghantar anak ke tadika transit tersebut. Apatah lagi bila melihat petugas yang menjaga kanak2 di situ adalah perempuan dan menutup aurat pula. Alhamdulillah.. sangat bersyukur... sekurang2nya anak2 ditunjukkan perkara yang baik.

Setiap hari daku bertanya dengan Syadiyah mengenai apa yang dia belajar di sekolah, cara dia belanjakan duit saku yang daku beri dan apa masalahnya di sekolah Al-Amin dan tadika transit. Dari situ daku dapati dia sering membelanjakan sebahagian besar duit saku sebaik menjejakkan kaki di sekolah Al-Amin. Amboi.. awal tu. 10.45 dah mula makan macam2? Daku tanya padanya kenapa beli macam2 bukankah sudah makan di tadika transit? To my surprise, Syadiyah answer "mana ada mama, makan apa? takde makan apa pun?". Daku tanya lagi.. "sarapan takkan lah cikgu tak bagi.. mesti ada bagi sarapan kan?".. aku surprise lagi bila Syadiyah menjawab.. "takde laaa mama. Mana ada breakfast ke apa ke. Tiap2 hari bila Syadiyah dah nak naik bas sekolah baru kereta yang bawa lauk dalam periuk tu sampai. Mana sempat nak makan?".

Daku terus je SMS the caretaker kat tadika transit tu. Daku tanya.. "kat tadika transit memang takde sediakan sarapan pagi ke?". Dia jawab.. "ada puan tapi cuma roti dan biskut2 la.. kenapa puan?".. daku balas.. "takde apa2, just tanya". Daku tak berterus terang dengan caretaker tu sebab bukan pada dia yang daku tanya masa mula2 nak register Syadiyah kat situ. Tak kuasa punya pasal, daku ambil keputusan sediakan sendiri sarapan untuk Syadiyah.

Baru kelmarin hal ini berbangkit semula setelah 3 bulan Syadiyah di transit tersebut. Sebabnya suamiku bertanya Syadiyah tentang sarapan dan sebagainya. Suamiku terkejut sebab tiada sarapan disediakan. Daku jawab padanya daku dah tahu dari bulan kedua hari tu tapi malas nak bising2. Lagipun daku boleh sediakan sendiri. Tapi lebih mengejutkan bila Syadiyah beritahu air juga tidak disediakan. Wah.. ini sudah lebey.

Well... kini daku dah rasa menggelegak lah sket kan.. sebab ada few things yang daku rasa sudah lebey:

  1. Yuran RM100 sebulan hanya untuk anak daku mandi dan tumpang duduk 3 jam kat situ? Semahal2 Atfal dulu pun RM350 termasuk yuran sekolah, daycare, makan, tidur, ajar solat dan aktiviti tambahan masa daycare. Tapi kat sini diorang cuma tengok anak daku "watch cartoon movies" yang diorang selalu buka dan kemudian bersedia untuk ke sekolah.
  2. Logiknya setiap orang pun tahu, even orang2 dewasa macam kita2 ni pun perlukan sarapan pagi. Inikan pulak untuk anak2 yang nak pergi sekolah. Boleh ke korang biarkan budak2 pergi sekolah dengan perut kosong? Roti dan biskut kering je yang ada.. itu pun bila Syadiyah mintak. Kalau tak, kebulurlah anak aku pergi sekolah.
  3. Dahlah takde sarapan, air pun takde disediakan? Air pun susah sangat ke nak sediakan? Bankrap agaknya tadika transit ni kalau sediakan air minum? Hal air ni daku belum tanyakan pada caretakernya. Tapi daku tahu Syadiyah tak bohong.
  4. Masa mula2 daku nak daftar Syadiyah dulu katanya "termasuk makanan". Makanan apa yang dia maksudkan? Makan hati?
Namun, ada beberapa hal yang daku memang rasa Alhamdulillah, tadika transit ni dapatlah bertolak ansur. Contohnya ketika ada raptai hari sukan where Syadiyah needs to be in school as early as 7.30. Daku hantar dia terus ke sekolah and then minta pakcik bas hantar dia terus ke tadika transit ketika sesi berakhir pada 11.30 pagi. Maknanya dia kat tadika dari 11.30 pagi sampai 6.30 petang tak seperti hari biasa dari 7.30 hingga 10.30 saja. Maklumlah, daku bayar hanya untuk 7.30 hingga 11.30 je kan.

Sebelum penghujung bulan March ni daku akan suarakan ketidakpuasan hati daku kepada pihak pengurusan. Daku tak kisah kalau mereka nak charge extra untuk sediakan sepinggan bihun goreng dan secawan air koko untuk Syadiyah. Kalau nak daku bawakan bahan minuman sendiri dan letak kat tadika tu pun daku tak kisah. Kalau takat makanan boleh daku bawakan bekal, tapi kalau sampai air untuk sarapan pun kena bawak dari rumah, daku rasa sudah sampai tahap "lebih" aka "melampau". Daku memang ada bekalkan Syadiyah air tapi air masak saja dari rumah dan manalah cukup untuk dari 7.30 pagi sampai 6.30 petang. Daku tak galakkan Syadiyah beli air di sekolah atas sebab2 kesihatan.

Nasib baiklah kat sekolah pula sekolah sediakan makanan untuk rehat tengahari. Makan berjemaah.. hehehe. Makan dalam dulang seramai 6 orang. Syadiyah kata dia selalu kenyang makan kat sekolah. Alhamdulillah. Untuk rehat petang pukul 3 lebih, Syadiyah kena beli sendiri. Masa ni la dia pulun nak beli makanan remeh-temeh.. hehehe. Syadiyah oh Syadiyah.

Daku tak kisahlah sebab kanak2 memang peghak kalau mula2 pegang duit kan dan memang apa yang ada kat kantin tu macam best je pada diorang ni kan. Padahal nugget yang sama dijual di kantin tu ada je kat rumah dan selalu daku gorengkan bila dia teringin makan. Dalam tak kisah2 ni pun dari hari pertama daku dah ajar Syadiyah cemana cara terbaik berbelanja dan simpan duit. Tak boleh habiskan semua duit belanja yang daku beri. Kalau tak, esok tu dapat RM1 je. Dia memang fobia kalau dapat RM1 je.. katanya "malu" kalau kawan tahu dia kena denda bawak RM1 je. Hahahaha. Baguih laaa hang no. Alhamdulillah Syadiyah semakin ok.

Cuma back to the issue, apa agaknya perlu daku buat ye. Perlu ke cari tadika transit yang lain? Atau tutup mata je dengan tadika ni. Macamana kalau perbincangan dengan pengurusan tadika transit tu nanti doesn't bring a good solution? Any idea kengkawan?

2 ulasan:

  1. kalau dah selesa dan ok kan situ aku rasa takyah le beb...ko bawakan je thermos ke air tuppaware ke untuk bekal dia...aku rasa 100 tu dah murah sangat2...kengkadang kite bukan ape malas nak pikir banyak2..ko perli je lah derang belikan satu pack air milo ke koko ke yg ready to drink tu..cakap bagi dak syadiyah every morning...hehehe

    BalasPadam
  2. Hehehehe.. menarik cadangan ko tu. Ye la Has.. aku pun sebenarnya tak larat nak cari2 tempat lain lagi dan nak pindah2 pulak kan. Memang malas nak pikir banyak2 Has. Hmmm.. nengok la cemana.. kenalah daku pi cari thermos pulak lepas ni. Thanks fren. <3

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...