Sahabat

Khamis, 17 Mac 2011

Unmarried Parents : What Will You Do???

Salam semua. Kali ini terasa nak berbincang dan berkongsi beramai2 isu yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Isu mengenai "Unmarried Parents". Ini bahasa halus dan berlapiknya, kalau bahasa terangnya "ibu bapa luar nikah". Daku lebih suka sebut unmarried parents daripada "illegitimate child"... bunyinya bagiku sangat buruk dan memalukan si anak sedangkan si anak tu tak buat salah apa pun.

Well, isu kali ni bukan baru dalam masyarakat kita yang berbangsa Melayu dan beragama Islam ni. Sudah sekian lama perkara ini terjadi. Kalau nak singkap semula sejak bermula isu "luar biasa" ini... masa baru2 ia terjadi, begitu banyak dan ramai yang mengecam perbuatan terkutuk ini iaitu zina. Namun begitu seperti juga isu2 lain.. semuanya hangat2 tahi ayam... mula2 panas, kemudian suam-panas, kemudian suam dan kemudian suam-suam kuku dan akhirnya SEJUK. Apabila seringkali telinga dan minda disogokkan dengan kisah2 begini tak kira kisah benar dalam berita di TV, newspaper atau kisah yang dicipta sendiri dalam drama, movie... ia membuat telinga dan minda kita terasa "biasa" dengan kisah2 begini. Walau dalam memberikan komen yang tidak menyokong perbuatan begini namun tanpa kita sedari api perjuangan untuk membanteras gejala2 sebegini semakin padam oleh keterbiasaan mendengar kisahnya.


This time around, I would like to bring to your attention, so that your mind will start to think about the possibilities that you wouldn't want to happen at all in your life.. but it is like I said.. "possibilities". Yes, it can be prevented but still... we never know what will happen. So friends.. let us think.... bukan sebagai orang yang melihat perkara ini terjadi.. tapi sebagai orang yang mengalami.. put yourself in their shoes.. I mean.. kalau anda berada dalam situasi keluarga kepada "unmarried parents". Jangan pula melenting bila baca... tarik nafas dalam-dalam... daku sendiri pun rasa sesak nafas bila memikirkannya.. so tenangkan fikiran, lapangkan dada dan fikirkan.. bagaimana jika keluarga anda mengalami masalah ini?? apa yang akan anda buat??

Kalau seringkali kita berada di luar lingkungan masalah ini kita hanya dapat memberikan komen dan meletakkan sesal yang amat dalam di lubuk hati... kali ini apa kata berikan komen, plan or whatever name you call it.. kalau anda punya keluarga yang mengalami masalah ini.

Dari perspektif daku sendiri... daku melihat keterlanjuran sebagai satu dosa yang nyata.. ia sudah pun terjadi dan tak dapat pulak nak di "undo" macam dalam komputer kan. What's done is done... jadi what's next? Dari pengalaman diri sendiri melihat orang sekeliling menghadapi persoalan ini, daku tertanya2.. betulkah apa yang sedang mereka lakukan? Apakah matlamat yang mereka cuba capai? Benar... mereka sudah terlanjur.. tak mungkin untuk diputar kembali waktu.... jadi.. haruskah mereka dihukum???? Susahnya nak jawab soalan ni kan.. tapi agama sendiri telah memberi garispanduan terhadap mereka yang melakukan perbuatan ini.. rotan 100 kali. Jangan pula kita nak pertikai hukum agama.. tapi realitinya? Ok la.. ini bukan nak debat pasal kenapa Malaysia tak laksanakan hukum hudud.

Apa yang berlaku adalah sama ada:

  • Ibu bapa disowned anak mereka yang menjadi "unmarried parents".. ATAU
  • Ibu bapa memberikan sokongan tak berbelah bagi pada anak

I am not going to talk or discuss tentang parents yang disowned anak mereka.. sebab bila dah kata disowned tu maka.. disowned la kan.. possibilities untuk mereka berbaik pula is another issue. Now, yang daku nak emphasize apabila ibu bapa membuat keputusan untuk menerima kesilapan anak mereka dan memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada anaknya yang bakal atau telah menjadi "unmarried parents".

Daku perhatikan, masyarakat kita lebih suka untuk mengambil pendekatan untuk "tidak menyebut" mengenai apa yang telah berlaku. Logiknya kata mereka.. kalau disebut dan diungkit nanti membuatkan the "unmarried parents" (lepas ni refer sebagai UP je dah lah eh) rasa tertekan dan bakal buat benda2 yang lebih negatif contohnya buang anak, lari dari rumah, memberontak. Oklah.. bagi daku ada point la di situ kan.. tapi "tidak sebut" yang bagaimana yang masyarakat kita amalkan ni? Sokong je tanpa beri apa2 pengajaran??? Ini sokong ke atau sokong bawa rebah?? Zaman kini daku lihat ibu bapa terima apa yang anak mereka lakukan dengan cara.. layan mereka seperti tak pernah jadi apa2.. bawak mereka jalan2 seperti tak kisah kalau ada orang yang bertanya and somehow the UP tu takde rasa bersalah langsung dengan apa yang telah mereka lakukan. Silap2 pandang macam mereka bangga pula anak mereka adalah UP. Betul ke apa masyarakat kita lakukan ni? Betul ke tindakan kita ni??

Daku faham.. sebagai ibu bapa kita sangat tak mungkin untuk buang our own flesh and blood, and I am not asking us to do that. We need to support them off course, but in what manner? Supporting them to go through their life? yes, but howwww.

Daku juga faham sebagai ibu bapa, kita tak mahu anak kita rasa tersisih dan terbuang dari kasih sayang kita. Kita tak mahu mereka terus sesat setelah melakukan satu kesilapan besar dalam kehidupan mereka.. kita mahu mereka bangkit dari kesilapan mereka dan membetulkan diri mereka agar mereka lebih bersedia di masa hadapan. Kita mahu mereka tahu yang we will always be there for them in good or bad time... kita nak jadi parents yang paling baik dan melindungi mereka dari apa juga kesusahan. Tapi adakah dengan cara membantu mereka meneruskan kehidupan seperti "biasa" aka seperti "sebelumnya" akan membantu mereka untuk sedar dan bangkit dari kesilapan mereka

Bila something like this happen.. it is for reason.. tentu ada silap kita di mana2 sebagai ibu bapa... I'm not saying kita bukan ibu bapa yang baik bila ini berlaku.. no... tapi tentu ada sesuatu yang perlu kita lakukan.. mungkin kita perlu ubah cara hidup kita kepada yang lebih baik seperti yang dituntut oleh agama? Mungkin sebelum ini kita terlepas pandang banyak perkara.. tapi bila perkara begini terjadi... kita perlu letakkan matlamat kita dan cara mencapainya. Bukan dengan cara menerima dan melupakan what had happened. Terima dan lupakan bukan caranya.. not at all. Bukan bukan bukan. Terima dan jadikan ia satu iktibar dan pengajaran supaya ia tidak lagi berulang.. kerana itu matlamat perlu ada untuk kita hentikan semua ini dari berlaku lagi.. dan supaya diri kita sendiri dan ahli keluarga yang menjadi UP itu menjadi lebih baik dan semakin baik... a better person and ultimately a better family. Kalau masyarakat kita teruskan sikap terima dan lupakan ini.. banyak lagi kes2 buang bayi akan berlaku.. banyak lagi couple yang akan terlanjur.. because they never learnt the lesson and they never learn from the others lesson.

Kepada "unmarried parents".. ada nasihat dariku untukmu. Apabila perkara memalukan begini terjadi dan ibu bapa menerimamu seadanyaa.. bukan bermakna mereka berbangga dengan apa yang telah kamu lakukan. Bukan bermakna ibu bapa tidak merasa malu dan sesal dengan apa yang telah kamu lakukan. Ibu ayahmu punya pilihan untuk membuangmu.. mereka boleh sahaja tidak mengaku kamu anak.. buang kain bajumu ke luar dan biarkan kamu mencari tempat perlindunganmu sendiri.. hidup sendiri.. mencari rezeki sendiri... hadapi semuanya dalam dunia ini sendiri. Hiduplah kamu tanpa hala tuju dan hingga penghujung hidupmu tak siapa pun tahu apa bakal berlaku.. masih ada masa depankah kamu apabila ibu bapamu memilih untuk berbuat begitu????? Bahagiakah kamu??? Akan gembirakah hidupmu??? Akan adakah rahmat dari Allah untuk kamu????

Tapi adik2ku.. ibu bapamu adalah orang yang beriman... mereka menerima apa yang telah kamu lakukan sebagai satu ujian dari Allah. Mereka terus mencurahkan kasih sayang padamu dalam senyuman yang pahit untuk diukir... mereka terus berbicara denganmu dalam kelembutan yang tersekat2 di kerongkong... mereka terus mendengar bicara2mu dengan desingan kejian di telinga.. mereka terus berfikir untuk masa depanmu dalam kegelapan yang menyelimuti minda. Itu semua kerana ibu bapamu sayang padamu... bukannya bangga. Betapa mahalnya harga kasih sayang yang perlu mereka bayar. Jangan kamu ambil mudah kepahitan dan kesukaran mereka yang tidak pernah ditunjukkan padamu. Jangan kamu rasakan.. tidak mengapa untuk daku melakukan kesilapan kerana ibu bapaku pasti akan membantu dan mereka tidak akan membiarkanku.

Ingatkah kau tangan yang menyentuh dahimu ketika kau demam? Senyuman yang menyejuk hatimu ketika kau sedih? Jangan kau hina kasih sayang mereka dengan melupakan apa yang telah kau lakukan dengan meneruskan hidup seperti sedia kala... berubahlah... berubahlah menjadi yang lebih baik.. kembalilah ke pangkal jalan.. kembalilah pada ajaran agama... taatlah pada perintahNya.

Akhir sekali cuba kau fikirkan... andainya beberapa tahun dahulu ada orang yang memberitahumu... "WEIII.... KAU TU SEBENARNYA ANAK LUAR NIKAH".... apa agaknya perasaanmu?..................................apakah pula yang akan diberitahu orang pada anak yang kau lahirkan itu?? Bagaimanakah pula perasaannya? Itukah keluarga dan kehidupan yang kau idamkan??? Itukah yang cuba kau capai pada tika ini? Kesal dan insaflah......

2 ulasan:

  1. ramai yang tahu perbuatan sebegini adalah salah dalam hukum islam malah haram dan berdosa. tetapi ramai juga yang buat2 tak tahu bila perkara sebegini berlaku di depan mata. ada juga ibu bapa yang terlalu sporting sehingga membiarkan sahaja anak2 membawa pulang pasangan masing2 dan tidur sebilik sehingga melahirkan anak. bukan sorang, malah sampai 4 orang. aku pernah membuat laporan di jabatan agama berkenaan perbuatan tersebut yg melibatkan jiran ku. tatapi malangnya tiada tindakan yang di ambil. apa yang aku perhatikan, keluarga tersebut terus dipulaukan oleh masyarakat sekeliling... dah dinasihatkan supaya terus nikah tetapi alasannya xde duit... kasihan dengan nasib anak2nya.... itulah pentingnya didikan agama. ibu bapa yang berilmu pasti tidak akan membiarkan anak2 melakukan kemungkaran di depan mata...

    BalasPadam
  2. Terkejut aku Hasliza.. jiran ko.. sampai 4 anak?? Aduuuiiii. Itu bukan sporting Hasliza.. itu namanya jahil. Alasan takde duit tu tak boleh la sebenarnya kan.. sebab yang wajib hanyalah mas kahwin.. bape ringgit sangat mas kahwin kan. Duit makan dalam satu hari lebih mahal dari mas kahwin (kalau kat Johor le). Betul tu.. didikan agama penting.

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...