Sahabat

Selasa, 21 Ogos 2012

Sahabat

Assalamualaikum semua...

Diambil dari : http://wardahsafiyya.blogspot.com
Wah wah.. dah lama daku tak update blog ni. Bukan kata bersawang... dah nak roboh dah tiang seri. Hahaha. Sebenarnya daku sangat bz dengan kerja. Macam2 jenis sibuk... company re-org, daku tukar department, hand over and take over.. hmmm.. sangat penuh jadual. Takpe laaa.. yang penting daku selalu check juga blog ni. Hari ni daku nak berkongsi. Kisah yang sebenarnya dah lama daku taip tapi tak sempat2 nak touch up and publish. So hari ni sempena dengan cuti Hari Raya ni daku luangkan sikit masa untuk update. Bila mula balik menaip ni terasa idea dah karat abes. Hehehe.

Daku rasa korang pun mesti pernah hadapi dan jumpa dengan keadaan dan orang yang begini. Seumur hidup daku selalu juga daku jumpa orang macam ni. Tak ada bezanya orang-orang yang bersikap begini walau di mana pun asal mereka dan dari mana pun mereka tinggal.



Satu ketika dulu, daku pernah bercerita mengenai pengalaman hidupku di tempat kerja. Ketika tu daku banyak fokus penceritaan kepada bos. Rasanya belum pernah lagi daku sentuh mengenai orang-orang sekeliling. Dalam penceritaan memang seronok fokus kat satu subjek tapi dalam realiti sebenarnya banyak juga parasit2 yang mengambil kesempatan atas kesusahan kita. Kalau yang terang-terangan mengambil kesempatan tu memang daku ignore je laa.. buat bodo sudah bak kata orang. Tapi kalau yang namanya kawan tapi disebaliknya mengambil kesempatan dan menikam belakang....... kekecewaannya lebih besar.

Dalam keadaan begitu, ada yang mendekatiku dengan cara lembut lidah dari gusi. Dalam hatiku pula sangat jarang berprasangka atau berburuk sangka dengan orang lain. Apatah lagi yang namanya kawan. Sangat rajin dia menunjukkan simpati padaku atas situasi yang sedang daku hadapi. Ketika ayat2 yang menunjukkan simpati padaku diluahkan, ada kisah2 yang tak best juga yang daku dengar. Tapi semuanya daku anggap sebagai cara dia untuk menyenangkan hatiku. Mungkin dia nak tunjukkan bahawa apa yang daku alami tidaklah sebesar mana.

Dalam pada kami ber"sahabat", banyaklah juga kisah2 yang daku dengar. Yang selalunya daku angguk dan anggukkan sahaja. Tak kuasa nak bertanya sambil berfikir2 macamana nak menghentikan sikap yang tak berapa nak baik dia tu. Ada juga sekali sekala daku beri kejutan pada dia bila dia mula nak "bercerita". Jawapan standard yang daku dapat bila beri kejutan tu pada dia.. "alaa... aku nak bagitau je"... jawapan standard daku pula sejurus kata2 dia tu.. "takpe takpe.. terima kasih.. aku taknak tau".

Lama-kelamaan ketika kisah suram daku tu dah pun berlalu, dia masih lagi menyebut-nyebut dan mengulang-ulang kisah yang sama. Kali ni dia sebut bukan di hadapanku tapi di hadapan orang-orang yang daku tak terasa pun nak berkongsi cerita apa2. Yang lebih "best", dia mulakan cerita tu dengan ayat "ooo.. kalau macam tu samalah dengan dia ni.. asyik kena jee". Itu pun dia sama kan aku dengan orang yang memang buat salah. Ada la jugak terasa sikit tapi daku buangkan sebab bagiku dia "sahabat".

Kemudian sampai satu tahap daku pulak yang dijadikan bahan untuk dia bercerita pada orang. Sedikit-sedikit daripada cerita2 yang buat daku tak selesa sampai kepada kutuk mengutuk. Entah apa agaknya salah daku sampai dia sanggup buat daku macam tu. Sedangkan masa daku dalam problema... bukan daku minta pun bantuan dia. Dia yang volunteer nak "ambil tahu". Apa2 pun daku hargai.

Allah merencanakan sesuatu yang tidak kita ketahui... dalam keadaan yang terpaksa dan tak menyeronokkan tu daku dipisahkan pula dari dia. Bak kata orang "blessing in disguise". Alhamdulillah.. sekurang2nya daku tak perlu bersedia setiap hari untuk membina tembok penepis berasaskan konkrit setiap kali "cerita2" mula berkumandang. Daku merasakan satu kelegaan yang amat. Bukan sekadar jauh dari orang yang memberi daku problem malah yang mencipta problem juga dijauhkan dariku. Daku sangat2 bersyukur.

Kemudian sedikit demi sedikit daku mendengar kerancakan kutukannya terhadap daku. Kalau setakat seorang dua yang beritahu daku tak mungkin percaya. Tapi setiap orang yang datang berjumpa daku pasti akan beritahu perkara yang sama. Cara diorang bercerita tu pula bukan dengan cara "mengadu".. lebih kepada query... "saya tak faham kenapa dia suka sangat mengutuk awak sedangkan awak tak pernah sekali pun cerita apa2 pasal dia"... "betul ke dia kata awak ni bla bla bla"... dan macam2 lagi. Daku terkujat2 la jugak bila diajukan pertanyaan2 cepu emas begitu kan. Bagaimana agaknya nak explain kepada orang yang tak berapa mengenali kita bahawa apa yang dia dengar tu tak betul.

Tak berapa lama akal dan hati ku mencapai kata sepakat... "untuk apa dilayan semua ni... biarkan saja. Perkara2 begini bagaikan angin lalu. Furthermore... what goes around comes around". Ini yang daku pelajari ketika berhadapan dengan problem dan dilemma satu ketika dulu. Tak ada gunanya daku menjawab semua pertanyaan.. semakin dilayan.. akan semakin menjadi2 nanti. The most important thing.. "I'm not going to put myself as low as that". Ketika dia rancak menjalankan aktivitinya yang mengaibkan daku, semakin ramai orang yang menyampaikan kisah dan kemudian mereka sendiri mempertikaikan sikap dia. Daku tak perlu kata apa2.

Pernah juga antara mereka bertanya kepadaku... "dia tu orang yang macamana?". Jawapan daku sentiasa sama.. "dia tak seperti yang kau sangkakan. Dia adalah kawan yang baik. Dia akan sentiasa mengingati apa kesukaan kita dan belikan apa yang kita suka..... dia selalu ingat pada aku. Aku sangat terharu. Tapi dalam masa yang sama dia perlu diingatkan selalu". Ada yang menyambung.. "kalau dia kawan yang baik.. kenapa dia mengutuk kau bagai nak rak.. seolah2 korang bermusuh". Jawapanku... "entahlah.. aku tak tau.. hanya Allah Yang Tahu". Ada yang bagitau daku.. "saya pun kena teruk dengan dia"... lalu daku hanya boleh katakan.. "sabar lah ye. Tak lama mana dia boleh kutuk kau. Lama kelamaan mulut dia akan penat dan berhenti bercerita. Maafkanlah dia sebab dia belum matang dalam hidup".

Dalam pada itu ada juga yang datang padaku menyuarakan rasa sakit hati dan marah bagi pihak daku. Ngeh ngeh ngeh. "Kau ni terlampau diam. Sebab tu dia seronok pijak kau. Kau taknak ke buat apa2 atas semua kata2 dia?".

Ketika semua itu rancak berlaku.. ada beberapa kali dia datang padaku dan meminta bantuan. Ketika tu kalau daku ikutkan hatiku yang sedih dan sakit atas perbuatan dia.. nak je rasanya daku sebut semua perbuatan dia. Tapi akal dan hati sekali lagi sepakat... "ingatilah semua perbuatannya yang baik sepertimana yang dikatakan dia adalah kawan yang baik". Alhamdulillah daku dapat bantu dia dengan ikhlas. Sekian lama semua tu masih lagi maintain.. masih lagi ada.. cuma dah semakin berkurang... Alhamdulillah.. diam ku dapat meredakan tanpa memanjang-manjangkan kisah.

Kemudian... baru-baru ini daku ditukarkan sekali lagi.. kali ni bukan tukar dept sahaja tapi pindah bangunan. Semakin jauhlah daku dari dia. Sudah beberapa bulan daku berpindah ni.... lama itu juga daku dah takde mendengar semua cerita2 tentang dia mahupun cerita2 tentang daku dari mulut dia. Again... blessing in disguise. Ada hikmah disebalik semua yang Allah tetapkan untuk setiap hambaNya.

Entah kenapa tiba2 di Hari Raya ni daku terfikir... memang beginikah sahabat.. mengecewakan, menyakitkan tapi ada ketika menggembirakan. Apakah diamku itu sesuatu yang bagus atau sebaliknya. Adakah redanya cerita daku menandakan dia sudah insaf atau dia sudah beralih kepada orang lain? Baik ke daku sebagai kawan yang tak mampu menegur kesilapan dia.

Apa2 pun... daku masih lagi punya sahabat lain yang sebenar2 sahabat. Sejak sekolah lagi kami bersahabat. Walau pernah terpisah kemudian dekat semula tapi daku masih sayangkannya sepertimana kami mula2 bersahabat dulu.

Kepada semua Sahabat2 Ku yang aku sayangi... Selamat Menyambut Aidilfitri. Semoga hidup kita semua akan diberkati olehNya.. dunia hingga akhirat kerana kita bersahabat keranaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...