Sahabat

Selasa, 1 Januari 2013

Scabbies : Kudis Buta (Part 1)

Assalamualaikum semuaaa...

Tiba2 hari ni terasa nak kongsi satu pengalaman yang boleh dikatakan menyeramkan dan menggerunkan. Hehehe.. menyeramkan sebab nama "kudis buta" tu dah sentiasa dimomok-momokkan oleh ibu bapa kita dari kecik lagi kan. Pendek kata kalau dapat kudis buta tu bermakna orang tu sangat pengotor dan menggelikan. Tapi itu dulu laaa.. masa zaman mak bapak kita dulu. Zaman sekarang ni boleh juga dapat kudis buta.



Well.. my stories goes like this..
Kalau korang masih ingat satu ketika dulu daku ada menyelamatkan seekor kucing yang dibuang dan masa tu dia tengah mengandung. Kami namakan kucing tu "Mummy". Dia tinggal dengan daku lebih kurang 1 - 2 bulan sebelum dia melahirkan baby-baby yang sangat comel. Mummy memang ada penyakit kat kulit dia. nak ubat beriya pun tak boleh sebab dia tengah pregnant. So.. daku mandikan dengan air suam dan letakkan sedikit saje syampu mandian dia. Kalau letak banyak2 nanti takut effect baby-baby dalam kandungan dia pulak nanti kan.

After few months dia pun give birth to 4 cute kittens. Semuanyaaa sangatttt comel. Geram menengoknya. Masa give birth tu pun daku kena jadi bidan sebab entah kenapa Mummy tak tau nak keluarkan anak dia dari dalam kantung. Kebetulan daku MC hari tu sebab tak berapa sihat. Anak2 dia semuanya tak dikeluarkan dari kantung dan tali pusat tak diputuskan. So.. daku putuskan dengan gunting yang daku rendam kejap dalam air panas. Anak2 dia semua selamat dan sihat alhamdulillah. Cuma satu je yang terkilan... mereka mewarisi penyakit Mummy. Takkan nak pisahkan masa baby... tapi bila tak pisahkan penyakit kulitnya berjangkit.

Daku bawa ke vet dan vet kata ini adalah fungal infection. Vet juga kata only after umurnya lebih dari 3 bulan baru boleh bagi ubat dan mandian untuk fungal infection tu. Sementara nak tunggu 3 bulan tu tersiksa daku tengok bulu-bulu mereka bertompok-tompok. Kesian betul. So.. daku asingkan mereka dan letak dalam satu bilik khas untuk mereka dan Mummy. Daku lah yang pergi membersihkan, menukar tempat tidur serta makan minum mereka. Kemudian.. daku duduk di tengah-tengah mereka.. pastu confirm laaa daku kena gomoi dengan mereka. Yang naik sampai atas kepala lain.. yang menyondol-nyondol nak masuk ke kelengkang lain.. yang panjat sampai naik kat bahu pastu duduk bersantai kat bahu lain.. hmm.. seronoknya.

Kemudian daku mendapat sakit gatal-gatal. Mula-mula sikit.. dan bila pergi doktor dia cuma kata jangkitan kuman. Hmmm.. iye la agaknya.. daku bukan doktor nak kata doktor tu tak betul kan kan. Hehehe. So pakai laaa krim untuk infection. Tak baik juga.. pastu pergi doktor lain pula.. doktor kata fungal infection.. pakai krim anti-fungal.. pun tak baik. Dari cuma ada berbijik2 di pergelangan kaki terus naik ke tangan.. kemudian ada di badan dan muka.

Daku rawat perlahan-lahan dengan krim yang doktor beri. Tapi yang paling tak tahan ialah apabila waktu bertukar kepada malam.. masa maghrib la maknanya.. kegatalannya nau'dzubillahimin dzalik.. hanya Allah yang tahu betapa mengenyamnya dan betapa nak menangis. Pernah garu sampai berdarah. Pastu fikir semula apa faedahnya garu macam tu.. tapi gatal tak tahannnnn... so daku garu keliling biji-biji tu je... walaupun tak puas.. tapi ok laaaa.

Kemudian jadi sangat tak tahan sampai dah habis krim daku pergi jumpa doktor lain. Kali ni doktor tu tengok je dia terus je tanya.. "mana kamu pergi ni?.. ada pergi mana-mana hutan ke apa ke?"... haahhh? hutan mana pulak laaaa. Daku jawab la "tak ada". Dialog daku lebih kurang begini...

Doktor : Mana kamu pergi ni? Ada pergi mana-mana hutan ke apa ke?
Saya : Hutan? Takde la doktor. Kenapa tanya macam tu pulak?
Doktor : Sebabnya.. kamu tahu tak apa penyakit kamu ni?
Saya : Tak tau doktor.
Doktor : Ini dinamakan scabbies. Tahu scabbies?
Saya : Err....
Doktor : Scabbies tu dalam bahasa melayunya.. hmmmm.. kudia buta
Saya : Hah! Kudis buta? Macamana pulak saya dapat kudis buta?
Doktor : Itulah sebabnya saya tanya kamu mana kamu pergi.
Saya : Takde pergi mana-manalah doktor.

Kemudian doktor bertanya pasal persekitaran rumah hinggalah kepada haiwan peliharaan. Barulah daku teringat pasal anak2 kucing tu. Daku ceritakan tentang mereka dan doktor tu kata.. "ya.. itulah puncanya". Pelik laaa pulak kan.. daku katakan pada doktor dari pembacaanku di internet fungal anak-anak kucing tak mendatangkan kesan pada manusia. Kata doktor pula.. "memang fungal tu tak mendatangkan kesan.. tapi kutunya tu apabila beralih kepada manusia boleh menyebabkan penyakit kudis buta especially kalau fungal infectionnya tu agak teruk". Ohhhh macam tu rupanya.

Yang lebih meyakinkan daku dakwaan yang penyakit itu adalah kudis buta ialah tanpa diminta doktor terus menjelaskan simptom-simptomnya. Antaranya :


  • Ia bermula dari kaki, kemudian naik ke tangan, next is badan dan akhirnya muka. Yesszzaaa.. daku dah ada simptom sampai ke muka. Sangat mengerikan. Woohoo
  • Ia sangat gatal pada waktu malam. Macam yang daku cakap tadi.. bila menjelang maghrib je ia menyenyam tak hingat dunia. Doktor kata.. "ia menjadi gatal pada waktu malam kerana pada ketika tu scabbies mites akan bergerak-gerak mencari makan dan merebak. Adoii.. bila dengar macam tu terus badan daku jadi menyenyam. Hahahaha
  • Ia bermula dengan satu benda seperti gigitan nyamuk yang ada bulatan air kecil di tengah2nya. Huhu.. sangaaatt laaa tepatnye.
  • Dan beberapa fakta yang mengejutkan daku ketepatannya. Hehehe.


Pastu doktor pun beri daku ubat "scaboma lotion" which dari pemcabaan di internet akan meninggalkan kesan kepada organ dalaman. So daku tanya kepada doktor dan beritahu dia apa yang daku baca tu. Dia kata.. "yes.. it does have effect.. tapi untuk penggunaan yang melebihi dos dan untuk jangkamasa yang berpanjangan. Kalau hanya seketika untuk mengubati penyakit ni takde kesan sampai macam tu". Ok.. it's a relief.. at least.. apart from the fact that I HAVE SCABBIES!!!! Huwaaaaaa.

Gambar diambil dari http://whatalive.blogspot.com
Untuk pengetahuan korang.. kudis buta tu mulanya macam gambar kat sebelah ni.

Ia bermula dari atas sikit dari pergelangan kaki. Atau boleh la kata kat area bawah betis.

Pastu tetiba ada kat tangan. Kemudian kat badan dan sedar-sedar je dah ada kat muka. Adoii.






Seperti yang diketahui.. kudis buta ni bukan senang nak baik. Walau dah dapat ubat doktor tapi masih tak hilang.. cuma berkurang sikit je. Nak tau macamana daku hadapi kudis buta ni? Sambung di part 2 pulak ye. Tak larat nak menaip dah ni.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...