Salam semua.
Hari ni ada Karnival Kesihatan di sekolah Al-Amin. Pagi2 dah bangun tapi bila kejutkan Syadiyah.. dia punyalah liat nak bangun. Dia kata itu sakit ini sakit.. hehehe. Kalau dia taknak pergi mamanya pun suke.. boleh ku sambung episod mimpi yang tergendala. Hehehe. Mula2 Syadiyah diam.. pastu tetiba dia kata nak pergi pulak. Ah sudah.. anakku.. masa sudah suntuk baru dikau sebut nak pergi. Maka kelam kabutlah mamanya. Mulut jangan cakap laaa.. mengomel.. suara jangan cakap la.. dari ala2 wanita melayu terakhir sampai ke tahap petir berdentum ribut mari.
Kononnya start pukul 7.30 tapi daku sampai kat sekolah nak dekat 8.30. Hmmm.... masa tu daku tengok ramai2 murid baru berkumpul kat dataran. Seorang guru mengarahkan semua Banat untuk bergerak menuju ke padang futsal di seberang sana manakala Aulad pula terus di situ. Maka bergeraklah Banat ke tempat diarahkan... sudah ada seorang instructor yang menanti untuk senamrobik. Wah wah wah.. best betul tengok keadaannya. almost everyone sporting dan ikut senamrobik. Daku pun ikut jugak walaupun ber sandal je tanpa kasut. Wehehehe. Kat bawah ni gambar2 aksi2 senamrobik.
|
Mereka2 yang bersemangat |
|
Erk.. terseksi plak.. hehehe |
|
Guru2 yang best |
|
Mummy2 yang sporting |
|
Sugar Test |
|
Hah.. yang kat belakang tu la kawan baek dia.. Arissa. Hehehe. |
Kat sini parents diberikan pemeriksaan kesihatan percuma. Murid2 pulak diberikan pemeriksaan gigi percuma dan ada pertandingan mewarna. Seronot la si Syadiyah tadi tu. Dia tu memang takleh berenggang dengan BFF dia dari tadika dulu.. Arissa Safiyah.
Daku punya BMI sudah out of alignment la. Hehehe. Terlebey skettt je. Selepas minum air kesihatan yang Izah jual tu.. berat badan daku dah turun 5kg. Hehehe. Nak kasik turun lagi 5 kg neh.
kalau selalu leh senamrobik leh kurus ni fah...
BalasPadamHehehe.. itulah Hasliza.. ingatkan nak jugak buat lepas ni.. buat sendiri pun jadiklaaa.. tapi balik je kerja terus buat kerja2 rumah tak berhenti sampai tido.. bilanyaaaa nak buat. Rasanya buat kerja2 rumah tu boleh dikategorikan senamrobik tak? Hehehehe.
BalasPadamSalam Ifah jelita,
BalasPadamAl Amin kat mana?
Salam kak Melur Jelita... Al-Amin kat Keramat/Setiawangsa.
BalasPadam