Sahabat

Ahad, 6 Februari 2011

Lawatan ke Zoo Negara - 03.02.2011

Salam semua.

Ni nak kongsi kisah lawatan ke Zoo Negara. Asalnya berjanji dengan K. Ummi (RatuHati.com) untuk pergi pada hari yang ditetapkan (Khamis). Tetiba dapat tau sahabatku Aris nak pergi ke Desa Waterpark bersama dengan seorang lagi sahabatku Hasrisa. Terasa nak pergi la pulak sebab nya Syadiyah dah banyak kali mengajak ke situ. Hehehe. tapi akhirnya Aris pun cancel ke situ dan ke Zoo Negara.

Janji punya janji.. Aris yang jauh dari Cheras dengan perut bulat tu sampei dulu. Not to mention the hero Ayip. Hehehe. Beliau menginform kepadaku umat manusia punyalah ramai.. "tahap stadium" katanya. Wahahaha. Daku sampai lewat 10 minit dari Aris. Tak padankan mak buyong.. dia dah jauh ke depan berjalan. Hehehehe. Maka tertinggallah daku di belakang. Malas pulak nak ngejor. Kalau pi zoo ni kena nikmati sati persatu sampai puas baru besh. Daku fikir Aris akan lama la sket kat sana. Tapi memang betul laaa.. orang nan ramai tapi ni bukan tahap stadium ni Aris.. ni dah tahap Convention Centre ni Aris oii.

Dalam pada berjalan slow2 menikmati pemandangan tu dan amik gambar2 Syadiyah tu.. daku tunggu juga di manakah K. Ummi neh. Selain dari agenda melawat penghuni2 zoo.. kami juga ada sesi belajar menangkap gambar guna DSLR.. hehehehehe.


Haiwan yang mula2 menyambut kedatangan kami.




Mula2.. cik Zirafah ni menyambut kami. Tapi mereka dok sibuk makaaaan aje kerjanya. hehehe.

Pastu encik perkasa ni pulak sambut kami.
Pastu encik gajah ni pulak yang yang sambut kami. Kat situ ada jual batang2 tebu pendek2 berharga RM3 untuk diberi kepada gajah untuk makan. Seronok laaa gajah tu dapat makan tebu banyak2. Bila dia sambut je tebu tu terus masuk mulut.. pastu krap krup bunyiknyaaa.. adei.. macam keropok je dia ratah batang tebu tu. Betapa kuatnyeeee dia.
Syadiyah pun mula2 seriau nak dok dekat2 pagar tu sebab cik gajah tu beso sangat gamaknya. Hehehehe. Tapi bila dia tengok jauh je gajah tu nak mencapai tebu2.. dia pun berani la jugak. Ni antara senyuman paksa rela. hehehe.






 
Burung Flamingo
Burung2 flamingo ni antara yang menarik perhatian. Buleh je diorang dok statik.. tak gerak2.. penyamaran yang berkesan.. jadi cam patung pulak kan... hehehe. Macam2 kaya keras mereka ni.. ada yang nampak seksi.. ada yang nampak ganazzz.
 
Jalan berjalan.. tetiba sampai kat tempak landak.. alalalala comeinyaaa dia. Geram pulok nengok. Budak 3 orang tu ke mana?? Mereka dah ke depan sket.. mengacau Hyena yang sedang tido.. auuu auuu auuuuu.. dah macam serigala pun ada.. wekekeke. Hyena tu sabo je daku nengok. Dalam pada baring tu mata dia macam nak terbuka2 sket.. agaknya dia sedang berdoa banyak2 pada Allah agar diberikan kesabaran yang lebih kuat menghadapi peminat2 kecil macam budak 3 orang neh. Hahahaha.
Ingatkan ada sekor je.. tetiba datang lagi sekor.. alalalala comeinyaaaaaaaaa mereka ni kan. Comel sangat2.















Pak Belang ni tido pulak siang2 kan. Bila nak petang tu sebelum zoo tutup.. kami sedang duduk di tepi tasik yg ada flamingo tu.. kami dengar bertalu2 mereka dan species mereka ni berbunyi.. huhu.. dah waktu mamam agaknya.. lapo katanya.











Kalau tak silap ini flamingo merah. Lupa pulak nak snap penerangan yang dah disediakan kat situ.
Rakun ni memang tak reti dok diam. Dalam berbelas2 shot.. ini saja gambar dia yang nampak still. Hmmm.. maklumlah makanan depan mata.. ramai pulak offer.. rambang mata awak ye rakun.. ke sana ke sini.. hahahaha.













Orang Utan ni pulak sedang berehat. Seronok dia berehat. Tapi ramai betul orang masa tu.. maka matanya terbuka je lerrr. Pastu ramai yg baling2 makanan.. suke le dia dapat mamam.








Encik yang sorang ni pulak.. sangat laaa garang. Tapi yang ini kurang. Yang mula2 tu lagi garang. Tak sempat nak amik gambo yang lagi satu tu sebab garang benar. Tak menyerang dan menanduk jeee kerjanya. Siap asah2 tanduk yang besar dan tajam tu kat pokok sebelah dia. Huhu.. seramsss I. Yang ni tanduknya kecik je.





Bley tak imagine. Budak rambut keriting tu dah darjah satu. Budak yang sebelah tu baru tadika. Hehehehe.. comel ke bantut istilahnya? hahaha.. alalalala.. anak mama comel kan kan kan. Muah. Suka tengok mereka bersahabat.. best jerrr. Masturi oh Masturi. Hehe.. nama yang meninggalkan kenangan.



Akhir cerita.. sampai ke sudah memang tak jumpa Aris. Hehehehe. Pastu dapat sms dari Aris.. kata dia dah balek.. kaki sakit. Alalalala ciannya orang peknen neh. Takpe Aris.. takde jodoh nak jumpa kan.. padahal dah janji. Itu namanya jodoh. Hehehe. Kita jumpa lain kali dalam plan yang lain. Hehehe.

Kepada Kak Ummi, sahabat yg bernama Alimah, Iman aka Masturi dan Amal.. terima kasih sebab sudi menjelajah zoo bersama2 dengan Syadiyah dan mamanya. Rajin Iman melayan kerenah Syadiyah kan kan. Tak dapat nak up semua gambar kat sini sebab ada sikit sakit "M" nak mengupload neh. Hehehehe.

Salam.

Interested to go? Contact 016-6376612 (Husin)

4 ulasan:

  1. Habis tak tawafnya..lain kali bawa sepanduk atau ikat kain merah kat payung, angkat tinggi - tinggi baru la berjumpa...he he

    BalasPadam
  2. Hehehe.. Kak Melur Jelita.. takde makna abes. Masih ada yang tak sempat nak masuk. Maklumlah dia tutup pukul 5.. awal betul. At least kalau tutup pukul 6.30 ke pukul 7 ke.. bley gagah lagi nak jelajah kasi abes. Hehehehe.

    Aris tu memang takleh nak tolong dah. Masuk2 je pintu zoo tu terus daku lemah semangat nak carik Aris.. sebab orang rameeeiiiinyeeee.. cam ulat dah gamaknya. Hehehe.

    Jomla kak laen kali kita pi zoo sama2 kak.

    BalasPadam
  3. hahahaha baru berkesempatan membaca..padan ler tak jumpa.. kamu masuk ikut main enterence. den plak melawan arus adeh deh.. jenuh menscan sorang2 yang terselisih. tak gak nampak muka ifah maupun kak as.. ishishish

    BalasPadam
  4. Hehehe.. welkam Aris. Ye lerrr.. tapi kan masuk mana2 pintu pun boleh je jumpa sebenarnya. Tapi takde jodoh. Daku pun sama Aris.. dok memerhati semua orang mengandung yang daku jumpe. Hehehehe. Bayangkanlah sibuk perhati pompuan mengandung, sibuk panggei Syadiyah, sibuk amik gambo.. hmm letih wooo.. tunggu K. Ummi pulak.. adei dei dei.

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...