Dua tiga hari selepas tu, hubbyku sms.. tak berjawab.. call.. tak berangkat. Bagi lagi masa beberapa hari. Akhirnya selepas cuba beberapa kali, baru berjawab SMS dengan mengatakan bermula sekarang anak dia akan settlekan semuanya. Mulalah era sms antara hubby ku dan anak dia.
Daku ni tukang taip.. maka taulah semua isi kandungan sms yang dihantar dan diterima. Banyak kata2 yang tak best dari anak dia yang mungkin tidak tahu cerita sebenar. Mereka gelar kami macam along, makan hak diorang adik beradik. Sampai satu tahap dia persoalkan.. diorang yang bayar duit instalment tertunggak beberapa bulan kami tak ambil peduli. Aduhai.. cemana kami nak ambil tau.. berita apa pun kami tak tau. Lagi pun kereta tu bukan sesiapa antara kami yang pakai.. pakcik tu yang pakai untuk dapatkan income.. ketika ambil hasil sendiri yang ambil kenapa bila ada masalah kami pula yang disalahkan.
Well, kalau nak cerita semua sms tu sampai part 10 pun belum tentu abes lagi. Dari pihak kami pula ada satu perkara yang diungkit kepada keluarga mereka. Semua ni gara2 kisah lama yang ianya memang realiti. Orang yang menanggungnya which is my MIL pun masih lagi hidup. Adik beradik mereka sebelah sana pun dah mengaku dan minta dihalalkan semuanya dari my MIL. Takde niat kami untuk mengungkit tapi bila dah kata my MIL makan hak mereka adik-beradik.. daku yg takde kena mengena ni hangat hati. Walaupun ibu mertua.. daku akan protect sama macam ibu daku sendiri. Sedap2 rasa dia nak hina my MIL sedangkan kisah sebenar dia tak tau dan sedangkan orang tua dia yang berhutang dengan my MIL, tapi my MIL pulak yang dihina dan dikutuk. Ini sudah lebey. Pastu siap putus silaturrahim dengan kami.
Pakcik tu pinjam duit beberapa ribu beserta dengan barang kemas yang digadak sebanyak beberapa ribu. SIL hubbyku aka birasku yang datang ke rumah pakcik tu ambil surat gadai tu dan pergi tebus sendiri di Bank Rakyat.
Setelah harassment yang tak berhenti dari hubbyku.. akhirnya mereka bayar juga duit tu. Mereka bayar jumlah wang tunai yang diambil beserta dengan nilai duit yang mereka dapat dari gadaian barang kemas. Kalau gadai kat Bank Rakyat.. mesti ada upah simpan kan. Tapi kami tak minta pun. Birasku pun kata takpe tak payah bayar semula upah simpan tu.. dia tolong MIL dia juga kan.
Setelah setahun lebih ia berlalu, baru2 ni ia bangkit semula.. rupa2nya keluarga pakcik tu buka cerita kat adik-beradik dia. Baik2 diorang tak tau pakcik tu berhutang dengan emak kami akhirnya tahu juga mereka. Pastu yang lebih tak seronok.. cerita yang dia sampaikan tu tentulah berat sebelah.. ini sikap manusia yang kita memang expect. Daku tak terkejut. Yang buat daku "terkejut" sebab adik-beradik suamiku pulak "kisah" dengan kata2 mereka yang dah memang tak benar. Bila daku dan hubby explain apa yang berlaku.. all the smses.. barulah ipar duaiku kata.. "oh.. cam tu ke".. kalau tak caya buleh la refer kat sms yang masih ada dalam hp ku. Akhirnya mereka pun diam juga.
Sebenarnya apa yang daku nak sampaikan di sini ialah... mengenai hutang. Peristiwa di atas ni dah cukup membuktikan disebabkan hutang silaturrahim diputuskan, disebabkan hutang yang betul jadi salah, disebabkan hutang mulalah permusuhan, disebabkan hutang mulalah fitnah dan macam2 lagi.
Jadi kawan2.. kalau taknak terjebak dalam masalah seperti di atas ni bila orang minta hutang tu kalau dalam hati rasa tak boleh nak halalkan lebih baik jangan beri langsung. Sebabnya bila orang yang memberi hutang minta hutang.. ada rasa tak sedap dalam hati.. rasa malu.. dan yang kena minta pula pun rasa tak sedap jugak.. dan lebih2 malu. Masa tu macam2 boleh jadi.
Mari kita lihat apa kata Ustaz mengenai hutang... diambil dari web Ustaz Zaharuddin
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Semoga kita dipelihara Allah dari terjebak dari peristiwa seperti di atas tadi. Bak kata ustaz dalam ceramah2.. orang yang berhutang ni segala amalannya tergantung.
Salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan