Salam kengkawan. Hari ni terasa nak share sikit tentang pengalaman daku dan keluarga dalam perkara yang berkaitan dengan HUTANG. Sebenarnya ada banyak kisah hutang yang daku ada.. tapi ini salah satu yang daku rasa sangat memberi pengajaran kepada diri sendiri dan juga keluarga... dan mungkin pada kengkawan semua.
Kisah ni sudah hampir setahun berlalu tapi baru2 ini buat daku teringat semula bila ada saudara-mara yang bertanya "betul ke", "kenapa" dan macam2 soalan lagi.
Kisahnya bermula bila salah seorang dari bapa saudara suami menyuarakan idea kepada ibu mertuaku mengenai perniagaan yang ingin dia buka. Dia minta ibu mertuaku meminjamkan wang untuk permulaan perniagaan tersebut dan janjinya ialah memberikan pekerjaan kepada salah seorang abang iparku. Bermacam2 janji di tabur pada malam dia dengan rela hati datang dan approach ibu mertuaku. Ibu mertuaku tak punya wang tunai sebanyak itu. Ada sedikit wang tunai diberikan kepada pak sedara (adik ipar dia) dan kemudian adik iparnya meminta pula rantai yang ada di leher my MIL untuk digadai. MIL daku ni pun bagi ler sebab janjinya nak memberikan pekerjaan kepada my BIL.
Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan.. hingga hampir setahun ia berlalu tanpa menampakkan kesungguhan untuk berikan pekerjaan kepada BIL ku. MIL ku ni dah tak boleh nak diam lalu bercerita kepada anak2nya. Salah seorangnya off course la my hubby. Kami dengar memang tak seronok sebab MIL ku tu kan ke ibu tunggal.. dah tua pulak.. kenapa dah janji dengan dia tapi tak tepati. Adakah mereka sengaja menabur janji atau memang ikhlas nak bekerjasama tapi keadaan tidak mengizinkan.
Bila kami tanya dengan BIL ku tu dia kata adalah sekali pak sedara tu panggei dia datang rumah tapi lepas tu biarkan dia dari pagi sampai petang dengan alasan "tunggu sekejap". Dia duduk dari pagi sampai petang di rumah tu dan disajikan dengan pandangan "tak best" oleh keluarga pak sedara tersebut. Akhirnya dia balik begitu saja. Kemudian datang lagi dan dilayan dengan cara yang sama. Lama-kelamaan terus takde berita. Maka suamiku pun call pak sedara dan tanya betul ke ada amik duit mak. Dia mengaku. Hubby kata macamana janji dah dekat setahun masih takde apa2. Kalau tak boleh kota janji pulangkan saja duit MIL.
Bila dengar je kata2 minta duit dipulangkan.. dia pun mula berkata.. "bukan kami tak mau beri abang hang kerja.. tapi dia yang tak mau". Adei.. apa citer ni pakcik oi. BIL ku tu memang tak cari kerja tetap selama beberapa bulan dan tunggu kerja yang dijanjikan. Ingat seronok ke menunggu. BIL tu dibuat macam tali.. ditarik dan dilepas... penat sudah katanya. Tapi bila dah hampir setahun, dia pun dah ada kerja.. tak tahan nak tunggu lagi katanya. Pak sedara tu pun katalah.. "bisnes tak bagus.. ada masalah itu dan ini". Bisnesnya bukan bisnes apa... driving school saja. Dia janji nak jadikan BIL ku itu salah seorang tenaga pengajar. Duit yg dia ambil dari MIL tu dia buat beli kereta second hand untuk driving school.
Hasil berbulan2 dia dah makan. Kereta yang dijanji nak beri pada BIL ku tu dia sendiri yang guna ke sana sini. MIL, BIL memang tak pernah tengok pun kereta tu. Akhirnya hubbyku kata.. "takpe kalau macam tu, tapi minta pulangkan duit mak sebab kereta pun pakcik yang guna selama ni, abang pun tak pernah kerja dengan pakcik".. maknanya kira the deal is off la kan gitu. Dia kata nanti dia bayar. Dia minta masa.. tapi suami dah angin satu badan sebab dahlah taknak kotakan janji.. dia siap buruk2kan keluarga hubby... bukan pada orang lain tapi pada hubbyku sendiri. Memang dia sengaja carik pasal. Daku nasihatkan suami supaya jangan keras sangat sebab pakcik tu ada penyakit jantung dan dah pernah bypass. Dia kata dia tahu. Jadi, dia minta dengan lemah lembut saja tanpa marah2.
Setiap kali hubbyku call, selepas 4-5 kali baru dia angkat. Pastu dia janji "nanti pakcik call balik ye". Tapi tunggu call tak call-call pun. Hubbyku sms nisbahnya 10kali sms : 1 kali balas. Jawapan standard, "pakcik tengah ada urusan.. nanti pakcik call" dan "pakcik tengah sakit ni". Itu dan itu jugalah perangai dan jawapan yang dia beri. Daku pun sampai boring sebab daku tolong taipkan sms. Hehehehe.
Sudah makan bulan juga nak meminta dia bayar duit MIL. Akhirnya hubbyku buat cara tegas. Katanya "dah berbulan saya tunggu takde juga berita. Janji nak call tapi tak pernah call. Janji tak pernah tepati. Jadi sekarang saya nak minta duit mak saya sekali lagi. Saya minta bayar hujung bulan ni".
Mula dari situ bila call lagi teruklah dia nak angkat. Akhirnya hubby ku pergi ke rumahnya untuk bertanya apa yang sedang berlaku sampai phone call pun susah nak jawab... sms lagi la. Bila sampai je di rumahnya kami terkejut.. sebab jirannya kata dia dah pindah. Walah walah.. baru je bape bulan dah pindah.. pastu tak kasitau pulak. Padahal dulu kami rajin melawat dia.. takkan tak boleh kasitau dah pindah. Hubbyku terus cuba call dan AKHIRNYA dia jawab panggilan. Hubby saja je bertanya.. "pakcik kat mana".. "kat rumah" jawabnya.. "rumah mana satu".. "rumah pakcik le.. kan kamu tau".. "saya tau rumah pakcik di xxxxx".. "ye lah yang itu la".. "saya nak datang sekarang boleh sebab saya on the way nak balik.. kebetulan lalu dekat2 sini".. "errr... tak payahlah.. pakcik nak keluar ni.. nak pi beli barang"... hahahaha.. kantoi. Hubbyku terus terang je.. "ke pakcik sebenarnya dah pindah?"... "ohh ye kan.. pakcik tak bagitau kamu pakcik pindah.." hai pakcik.. tadi kata kat tempat yang sama.. ini kata lupa kasitau pulak.. cakap biar telus pakcik. Menipu berdosaaa.
Hubbyku dah hilang sedikit kesabaran... dia berkata "macam ni la pakcik. kami ni ada depan rumah pakcik yang lama.. apa kata pakcik datang sini. Kalau pakcik tak datang.. saya datang rumah baru pakcik tu. Bukan susah sangat nak cari.. jiran pakcik kata pakcik pindah taman sebelah ni je.. saya boleh je kalau nak cari". Dia jawab.. "hmmm..ok tunggu situ pakcik datang". Bila datang.. tu diaaa.. rupa2nya kereta yang dia janji nak beri kat BIL ku dia yang pakai rupanya. Pastu bila hubby ku minta duit.. dia kata nanti dia pergi ATM kejap... ok kami tunggu.. pastu dia datang.. katanya.. "esok boleh tak.. sebab ari ni duit tak masuk lagi". Hubby ku berkata dengan agak keras.. "boleh percaya ke pakcik punya esok? sedangkan yang tunggu dah berbulan dan bertahun ni tak nampak apa2 pun". Balasnya pula.. "ok macam ni laa.. kalau nak ambillah kereta ni.. pakcik beri kat kamu.. gunalah buat apa pun". Hehehe.. dengar macam best kan. Tapi hubbyku rasa syak sesuatu. Tak mungkin semudah tu dia nak bagi kereta tu. Hubbbyku kata.. "saya bukan nak kereta pakcik. kalau setahun dulu atau 4 bulan sebelum ni kami masih lagi boleh terima kalau pakcik bagi kereta tu untuk abang saya.. tapi sekarang dah tak lalu dah nak buat apa2 lagi.. jadi tolonglah pulangkan duit mak saya.. itu je".
Dalam keadaan panik dia berkata.. "ok lah kalau macam tu bagi pakcik masa sket.. sampai esok la pakcik sediakan duit. Duit pakcik tak masuk lagi".. hmmm tak abes2 dengan alasan yang sama. Daku yang jadi tukang ikut je ni pun naik bosan dengan ayat2 standard tu.
Bersambung........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan