Sambungan...
Sebagai conclusion kengkawan.. tanda2 seseorang itu menghidap diabetes tu banyak. Tapi bagi suami daku.. dia terus diserang hyperglycemia iaitu keadaan di mana kandungan gula dalam darahnya pada tahap yang sangat tinggi. Akibat dari serangan hyper itu ialah mulut berbau "buah2an", dahaga teramat sangat, kerap buang air, berpeluh2 yg banyak ketika tidur, vision menjadi kabur. Semua tu suami daku mengalaminya.
Orang dan para doktor selalu mengaitkan diabetes dengan keturunan. Sebenarnya kalau diikutkan.. diabetes bukan penyakit yang di bawa dalam maklumat genetik seseorang.. ia bukan sakit turun temurun. Tapi doktor selalu bertanya.. "parents ada sakit diabetes?" setiap kali seseorang tu suspected diabetic. Jadi secara tak langsung pesakit pun ingat ianya sakit keturunan dan ramai pula doktor yang malas menerangkan kenapa sebenarnya mereka kata begitu.
Well kengkawan.. sebenarnya ia lebih kepada faktor pembesaran. Dari kecil kita dibesarkan oleh ibu bapa jadi secara langsung.. tabiat pemakanan dan cara hidup ibu bapa kita akan kita ikuti. Kalau cara pemakanan mereka dan cara hiudp tanpa senaman membawa kepada terjadinya diabetes maka tidak mustahil kita juga yang makan cara yang sama seperti mereka untuk turut mendapat penyakit tersebut. Sebab itu la semua doktor mengingatkan kita agar menjaga pemakanan sebelum kita mendapat diabetes sama seperti ibu bapa kita. Maknanya ia dikawal dari pemakanan dan juga cara hidup. Heheh. Ada fehem ke fren.
Next kalau suamiku ni awal2nya diserang hyperglycemia.. doktor tak terus turunkan level glucose nya terus ke tahap normal dengan memberikan insulin terus menerus. Kenapa? Sebabnya penurunan kadar gula dalam darah yang drastik boleh menyebabkan seseorang itu pitam dan akhirnya pengsan. Keadaan ini dinamakan hypoglycemia. Hypo memang selalu berlaku kepada pesakit diabetes. Sebab tu doktor selalu pesan.. pesakit diabetes yang on medication perlu membawa 2 - 3 biji gula2 bersama mereka all the time. Takut2 kalau ubat yang dimakan yang telah ditetapkan dosnya oleh doktor menurunkan kadar gula ke kadar yang tak berapa nak normal.. maka hypo akan berlaku.. terlalu kurang gula dalam darah pun tak boleh ye. Jadi ketika itu berlaku.. hisaplah gula2 yang dibawa sebagai bekal itew. Hehehehe.
Diabetes terbahagi kepada 3 jenis. Type 1, 2 dan GDM. Secara ringkasnya yang type 1 tu perlu bergantung kepada insulin dan kemungkinan untuk tidak bergantung kepada ubat amat tipis dan menurut perubatan.. peluang untuk pulih memang nil. Type 2 pula jenis yang masih boleh dikawal. Kalau tak dikawal.. penghujungnya mungkin perlukan insulin sama seperti yang type 1. GDM pula maknanya Gestational Diabetes Mellitus. Ia jenis diabetes yang sering berlaku kepada wanita mengandung. Selalunya ia akan pulih sendiri selepas melahirkan.
Friends, penyakit diabetes ni seringkali dikatakan sebagai sebahagian dari penyakit tiga serangkai. Kencing manis, lemah jantung, darah tinggi. Sebabnya.. apabila seseorang mendapat salah satu daripada penyakit ni, dalam jangka panjang disebabkan pengambilan ubat yang berterusan, ketidaknormalan organ dalam badan, kandungan kimia yang tinggi dalam darah (sebab ubat).. maka akan berlaku kerosakan pada organ.. satu demi satu. Permulaannya selalunya ialah kerosakan buah pinggang. Bila tak normal juga boleh menjemput penyakit lain yang menjadi kawan baik kepada diabetes iaitu lemah jantung dan juga darah tinggi.
Disebabkan itu lah SIL daku tekankan pada encik suami dengan kata2.. "hang kalau tak jaga diabetes hang ni.. dalam masa 5 tahun percayalah.. hang akan datang pusat dialisis ni dan jadi sama macam depa ni. Kalau hang jaga elok pemakanan, excercise apa suma.. boleh la tahan 20 - 25 tahun.. at least masa tu hang dah tua pun dah nak mati.. tapi cemana pun kalau buleh takmau sampai jatuh sakit dan susahkan keluarga kan. So hang pikiaq la sendiri".
Ok kengkawan.. rasanya sampai di sini sahajalah kisah diabetes yang daku nak kongsi. Panjang sungguh kan. Hehehe.. sudah lama daku berkira2 nak bercerita... tapi belum dapat lampu hijau daripada suami.. tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni dia siap cakap.. "macam tu rupanya menghidap diabetes kan.. awak kongsilah pengetahuan ni dengan kengkawan.. maybe boleh jadi panduan..". Alhamdulillah.. hari ni selesai juga tanggungjawabku untuk "menyampaikan". Kalau ada apa2 pertanyaan boleh la tanya encik google tapi kalau nak tanya daku pun boleh.
Assalamualaikum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
salam fah...nak share kat sini my experience 'keturunan diebetis'...my late mum ada penyakit kncing manis tapi Alhamdulillah dia sntiasa sihat semasa hayatnya & meninggal pun sbab accident manakala my late sis pula dpt penyakit ni memang dari gaya hidup tak sihatnya yg tak boleh berpisah dgn air 'bikarbonat' or lebih fofular dikenali dgn air gas. so arwah kak ida ni penyakit kencing manisnya telah membawa kepada rawatan dialisis (buah pinggang) dan juga kehilangan pandangan mata (penghilatan semakin kabur kesan dari pembuluh darah dlm urat mata tu yg semakin jelas dan tebal dari hari kehari)...penyakit dia menjadi krital setelah mengandungkan anak ke 2. so...sebagai seorang yg mempunyai pengalaman kehilangan ahli keluarga tersayang dari penyakit ini membuatkan aku sentiasa berjaga-jaga pemakanan ku especially bab minuman. & luckly aiqal anti air gas sbab dari dia kenal erti minta air lagi tak diajar air tersebut...penah juga test bg dia try dia akan terus tersedak dan kata tak sedap ma..haha..ooops.. my comment dah bleh buat entry blog jugak ni mama syadiyah oit...hehe
BalasPadamokeh dah khatam.. Tengkiu sebab sudi berkongsi cerita dan info berguna fren..
BalasPadamWa'alaikummusalam Izah.. terima kasih sebab sharing kisah ko kat sini Izah. Kisah yang boleh dikatakan tragik. Betul tu Izah.. pemakanan dan minuman tu sangat penting untuk dikawal. Aku selalu dengar je kisah kau dari jauh.. sebab aku tak sampai hati nak tanya sendiri. Tapi jangan ingat aku tak amik tau.. aku amik tau sebab aku sayang ko. Muah muah.
BalasPadamYeszzaaa.. say NO to air gas. Syadiyah sendiri pun tak pernah teringin nak minum air tu. Bagus Aiqal kata tak sedap ye.. hehehehe. Tapi suamiku ni memang sukeee air gas. Sebelum kena tu memang kerap juga dia minum walaupun dah kena bebel dengan daku.
Hehehe.. blog kat sini pun buleh gak Izah.. no problem. Hehehe.
Aris.. silalah gunapakai mana yang boleh diapply dalam kehidupan ko ye Aris. Semoga info ni berguna untuk kita semua. No problem.. daku memaaaaaaaang suka berkongsi.. hehehe. Tapi dalam bentuk ayat panjang dan kisah panjang.. kena sabo je la nak dapat info dari daku. hahahahaha
BalasPadam