Sambungan....
Kami agak lama la jugak kat JB masa tu. Antara sebabnya dah lama pun tak balik JB.. maka sekali sekala balik nak la abeskan masa lebih sikit dan berehat lama sikit dari sibuknya KL ni. Setelah berbincang dengan suami.. kami bersetuju untuk ambil supplement yang doktor tu cadangkan. Kami call doktor tu dan beritahu tentangnya. Dia kata esok tengahari doktor Ayu akan datang.
Esoknya seperti dijanjikan doktor Ayu datang membawa supplement yang dijanjikan. Oleh kerana masa dengan doktor Aziz tak sempat check daku ngan Syadiyah maka dengan doktor Ayu ni la daku minta dia check. Lagipun dengan doktor Aziz tu malu den.. sebab lelaki kan. Hehehe. Doktor Ayu pun sama juga.. rasa nadi.. tekan perut.. pastu dia tekan2 kat ulu hati. Dia kata daku kena berpantang ayam, makanan bertin. Hehehe.. ayam tu bukan ke favorite daku dari kecik wahai doktor.. mana bley nak buang cenggitu jerrr.. wele wele. Syadiyah pulak ada sedikit masalah di perutnya dan yg buat daku terkejut doktor kata Syadiyah selalu sakit kepala. Bila tanya Syadiyah dia kata "ye la mama kan Syadiyah selalu kata Syadiyah sakit kepala.. tapi mama selalu tak percaya".. patut la.. daku betul2 ingat Syadiyah main2 dan mengada2.. rupa2nya betul dia sakit kepala.. patut la sampai dia merengek dan menangis. Hmmm. Doktor Ayu kata Syadiyah takde selera makan sebab masalah kat perut tu. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan gastrik dalam jangka panjang. Adei.. memang Syadiyah tak suka makan.. nak makan memang kena paksa macam nak jalani hukuman mati pulaknya.. sampai menangis2.
So.. doktor Ayu berikan cadangan supplement untuk daku dan Syadiyah. Untuk encik suami memang dah fixed dah apa yang dia perlu makan. Untuk Syadiyah hanya susu special formulated untuk gantikan semua zat yang dia tak dapat sebab takde selera makan dan dalam masa sama ubati perutnya supaya tak bermasalah lagi agar selera makannya kembali normal selepas tu. Untuk daku.. ada lerr.. hehehe. Untuk suami.. ada 2 supplement sahaja.. fungsinya untuk membersihkan darah, melancarkan peredaran darah dan memberi sokongan kepada pancreas secara semula jadi supaya pancreas tu baik semula selepas beberapa kitaran. Begitulah lebih kurangnya. Semua sekali dalam RM700.
Kemudian balik ke KL.. bermulalah tugasan daku pagi dan petang untuk menyediakan semua supplement tu untuk suami, anak dan diriku sendiri. Hmmm.. letih woo nak ingat mana makan bila.. kena bancuh pakai air panas ke suam ke sejuk ke.. adei. Maka daku sediakan list dan tampal di almari dapur. Senang bila daku sediakan terus je tengok situ,... takyah nak bukak2 buku nota lagi. Hehehehe.
Setelah beberapa minggu berlalu.. daku nampak perubahan pada suami dan juga Syadiyah. Selera makan Syadiyah sudah kembali normal.. dah takde mengadu sakit2 kepala lagi. Pastu suami daku pulak dah tak nampak pucat lagi.. lagi satu.. nafasnya dah tak berbau "manis" seperti masa mula2 diserang hyperglycemia. Dah semakin kurang baunya.. dan perut sudah mula naik semula.. tapi dah tak membukit macam dulu la.. ok la.. boleh la lagi dengar orang kata.. "sihat perut ko.. pandai bini ko jaga makan".. hahahahaha.
Selain tu... dari catatan glucose yang kami ambil setiap hari.. dah ada improvement. Bacaan pada ketika itu sudah mencecah antara 5 - 6 sahaja. Yang lebih buat kami bersyukur ialah.. walaupun suamiku makan nasi seperti biasa.. takde berpantang sangat.. maknanya makan dalam kuantiti orang normal (tak banyak sangat la kan kan)... bacaan masih tidak melebihi 7. Suami pun seronok la dia sebab dah mula baik. Dia cuma makan supplement tu 1 kali je.. maknanya dalam 1 kitaran saja.
Sekarang kalau korang nak tau.. bacaan glucose suami antara 4 - 6 sahaja. Alhamdulillah.. dia dah pulih sepenuhnyaaa.. walaupun dia minum air teh tarik.. tapi glucosenya maintain.. macam kita yang normal. Tapi dia masih beringat supaya tak enjoy sangat macam sebelum kena dulu kan.
By the end of the day.. daku la orang yang paling gembira dan bersyukur... sebabnya usahaku tak sia2.. walau pun mendapat jawapan yang negatif setiap masa dari semua doktor kecuali pada satu masa (dengan doktor Aziz & Doktor Ayu).. dan menghela nafas yang mengeluh setiap kali membaca di internet.. rasa hangen dengan sikap pesakit sendiri iaitu suami kerana putus asa... akhirnya daku berjaya membuktikan.. penyakit yang dikatakan tak boleh sembuh sejak berzaman2 akhirnya daku dapat melawannya.. walaupun bukan dengan badanku sendiri. Semua ni daku anggap sebagai satu lagi ujian dari Allah untuk melihat how determined I am to achieve what I believe. Daku tak tau lah daku berjaya atau tidak pada mataNya.. tapi bagi diriku sendiri.. Alhamdulillah.. semuanya tidak mustahil dengan izinNya.
So.. korang.. jangan tutup dan sekat minda dari berfikir behind the norm. Sebabnya... Allah dah janji.. Dia pasti membantu mereka yang berusaha dan Dia akan mengubah nasib kita kalau kita berusaha untuk mengubahnya. Daku juga bersyukur sebab Allah ciptakan hamba2 seperti doktor yang berdua tu untuk berfikir out of the box juga.. kalau lah mereka terus berfikir dan menggantung pesakit dengan ubat2an yg dibuat dari dadah dan bahan kimia.. tentu daku masih tercari2. Mengalah? Insya-Allah daku tak akan mengalah selagi Allah berikan daku kekuatan untuk menghadapi. Alhamdulillah.
Bersambung....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan