Sahabat

Jumaat, 11 Februari 2011

Mendapat Diabetes (Part 6)

Sambungan....

Pada ketika yang telah dirancang dari awal.. daku pun bertolak balik ke JB dengan tujuan untuk berjumpa dengan doktor. Sampai sahaja di rumah mak di JB, mak pun memberitahu bahawa doktor tu akan datang keesokan harinya pada waktu pagi. Daku seronok la sangat. Tapi naluri ibu kan.. mak daku bertanya lagi.. "beriya sangat ko nak jumpa dokto tu kenapa ni sebenarnya?".. daku terus je senyum pandang suami dan kata.. "encik Russel ni laaa.. dia kena kencing manis". "HAH".. wele wele emak oiii.. tekak dah juga cam petir.. takyah laaa jerit kuat sangat.. terkujat daku emak oii.. kussseeemangat. "Betul ke? Macamana boleh kena? Bila kena? Teruk ke?".. adei bertalu2 soklan.. nak jawapan ke tak ni omak oi. Hehehe.

Daku cerita la sedikit lebih kurang apa yang berlaku dari awal. Mak ku kata lagi.. "itulah.. dari dulu aku dah tegur Russel sebab dia suka sangat makan dan minum manis2.. tapi takmau dengar.. sekarang betul2 dah kena.. takpe nanti esok jumpa doktor Aziz tu kita tanya dia betul2". Hehehe.. daku angkat kening lebey kurang cam Ziana Zain la kepada encik suamiku sambil senyum sindir.. wehehehehe. Kesian memang kesian.. tapi sindir mau berterusan okeh.

Besoknya doktor tu pun datang on time. Katanya tak boleh lama sebab semalam baru dapat tahu hari ni ada surgery kat hospital. Maklumlah doktor on call kan. Kami tak cerita apa2 pun pasal penyakit suamiku. Kami cuma minta dia tolong check kan suamiku saja. Dia tekan ulu hati, dia tekan kat ari2 (errr lelaki pun panggei ari2 ke?) hehehehe.. masa dia tekan kat ari2 tu suamiku rasa sakit.. pastu dia rasa nadi.. pastu dia berkerut2 kata kat suamiku.. "awak ni ada kencing manis la Husin"... suamiku tersenyum simpul.. adei.. cemana la doktor ni boleh tahu pulak kan. Pastu doktor tu kata.. "saya tahu la.. dah lama saya kerja doktor ni.. dari oversea, balik Malaysia.. pastu jadi on call doctor kat hospital.. dah macam2 saya jumpa.. lagipun saya pun ada belajar perubatan alternatif juga.. don't worry eh.. no black magic. Kami boleh nampak la sebab dah sekian lama mak saya berjumpa dengan dia.. memang dia dan isteri tak tinggal solat.. dan asyik2 kaitkan segala penyakit dan penawar dengan Quran dan Pencipta.



Pastu suami daku kata.. "boleh ubat tak doktor?".. doktor tu tanya pulak.. "dah lama ke kena?".. "baru je doktor.. dalam 2 bulan".. "doktor ada bagi awak ubat tak?".. "ada".. "awak makan tak ubat tu?".. "mula2 makan tapi lepas 2 minggu berhenti terus. Kami cuba kawal glucose dari pemakanan. Kami ada mesin glucose tu, setiap hari kami check dan kawal makan"... "ok. bagus. Saya memang tak suka orang makan ubat tu. Ubat yang dia bagi kamu tu tahu tak namanya? Berapa jenis?".. daku pulak mencelah.. "2 jenis doktor.. yang kecik namanya bla bla bla (daku dah lupa skrg ni hehehe).. yang besar namanya bla bla bla"... "ok.. tu ubat standard la bila orang kena diabetes".. pastu doktor tu pegang tangan suami dan rasa nadinya.. dia berkerut2 dahi macam mengira sesuatu.. pastu dia berhenti dan berkata.. "sekarang ni glucose level awak lebih kurang 6 - 7.. maknanya dah tak berapa tinggi. Awak pun baru kena kan.. insya-Allah boleh baik. Tapi kena ambil supplement la".

Daku pun mencelah lagi.. "boleh baik ke doktor? baik terus ke atau masih kena berpantang? sebab saya diberitahu diabetes ni tak boleh diubati". Doktor tu pun menjelaskan.. "sebenarnya diabetes ni boleh diubati kalau kena dengan cara dan ubatnya. Ok.. macam ni.. diabetes ni terjadi sebab pancreas kita dah tak berupaya menghasilkan insulin secara semulajadi. Pancreas ni yg perlu kita pulihkan. Macamana nak pulihkan dia.. melalui darah. Darah dah memang ada dalam badan kan.. takkan nak tukar2 macam tukar minyak hitam pulak kan. Tapi darah dalam badan kita ni akan di renew setiap beberapa bulan sekali. Jadi kalau dalam masa 2 - 3 kitaran renewal darah tu awak boleh maintain kandungan glucose dalam darah.. dalam erti kata lain maintain kesihatan darah tu.. maka pancreas awak akan baik.. especially sebab Husin ni pun baru kena.. jadi peluang untuk baik adalah cerah".

Wah.. berkobar2 doktor tu menerangkan namun tak sekobar daku yang mendengar. Daku pandang suamiku yang mukanya kembali bersemangat dan teringat ketika daku sibuk mencari2 jawapan di internet dulu.. dia pernah berkata.. "awak mengadap internet tu lagi buat apa.. dah doktor kata diabetes tak boleh baik.. tak boleh baik la. Awak nak baca pasal pompuan yang pulih dari diabetes tu buat apa.. padahal semua doktor pun kata tak boleh baik. Pompuan tu pun sebab nak jual dia punya buku je kan... kalau awak beli.. confirm awak kena tipu.. ntah apa2 yg ada dalam buku tu". Masa tu daku rasa cam nak tempeleng je.. dia yang sakit, daku yang bersemangat nak cari ubat.. dia pulak yang putus asa. Kalau taknak tolong dah lah.. at least jangan patahkan semangat daku sama macam dia sendiri patah semangat. So pada ketika daku tengok dia tu.. ada sedikit pandangan sindiran.. hehe.. sindir lagi kan. Daku ni memang penuh dengan sindiran. Wekekekeke.

Doktor tu sambung pulak.. "ubat la segera Husin.. awak muda lagi.. maaf cakap laaa ye nanti jangan sampai awak ada isteri tapi awak boleh tengok jerr".. wallaauweeee.. doktor oiii.. sempat pulak dia berseloroh. Hampeh.. daku pulak yang tersipu2. Suamiku pun senyum palsu je.. hehehe.

Pastu doktor tu kata.. "ok saya nak bertolak ni.. sebabnya dah ada temujanji dengan patient kat hospital. Tak boleh lewat.. dia nak kena bedah.. kalau awak nak ubat tu awak kasitau.. nanti kalau saya tak sempat.. doktor Ayu boleh datang"... doktor Ayu tu isteri dia la.

Bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...