Sahabat

Jumaat, 11 Februari 2011

Mendapat Diabetes (Part 5)

Sambungan....

Daku kata daku yakin yang diabetes boleh sembuh atas beberapa sebab. Pertama... Ustaz selalu ingatkan kita berdasarkan Al-Quran bahawa tidak ada penyakit yang tidak boleh sembuh kecuali mati.. dan semuanya itu adalah dengan izin Allah. Ustaz juga menambah.. tapi perlu ada usaha.. maka tak mustahil lah kalau diabetes sebenarnya ada penawar. Kedua, dari artikel yang daku baca dari wanita tu, berdasarkan pengalamannya sendiri dia dapat sembuh terus daripada diabetes, tanpa bergantung pada ubat.. makan seperti orang biasa tanpa mengganggu kandungan gula dalam darahnya. Ketiga, daku pernah tengok penyakit yang lebih teruk dari diabetes iaitu cancer payudara.. boleh pula sembuh tanpa perlu pembedahan bagai.

Dalam masa yang sama.. hati daku kuat mengatakan pasti ada cara untuk menyembuhkan suamiku. Penawarnya pasti ada. Daku teruskan mendapatkan informasi di dalam internet, majalah, dari doktor sendiri. Pada hari kedua daku ambil EL lagi.. hati daku masih tak tenang... lagipun hari ni ada appointment sambungan dengan doktor. Tapi bukan di Sg. Buloh.. kami pergi ke klinik kesihatan Kelana Jaya.. asal boleh je lerr.. mana yang sempat. Syadiyah dah dihantar ke sekolah la off course kan. Takkan dia pun nak monteng same macam mama dia.. hehehehehe. Bila ke klinik.. bacaan glucosenya masih lagi tinggi... 13. Lupa pulak nak kasitau.. masa di hospital Sg. Buloh tu.. doktor beri insulin kan.. doktor berhenti setakat bacaan glucose 17 sebab dia taknak suamiku pengsan. Hehehehe.

Kat Klinik Kesihatan ni sekali lagi daku jadi polis pencen. Suamiku diam.. dia tu memang tak reti nak tanya itu dan ini. Kalau dia tanya pun confirm orang tak faham sebab ayat dia berterabur.. sebab tu dia dijodohkan dengan daku.. si pembuat ayat teratur.. wekekekekeke.. perasan abes le plak. Maka daku jadi cam jurucakap dia la kiranya. Daku tanyalah macam2.... dan penghujungnya jawapan masih lagi negatif.. "penyakit diabetes ni memang takde ubat puan.. memang tak boleh baik". Hmmm.. skeptic kan kan. Daku tak putus asa walaupun wajah suami tu macam dah berkata "okla kalau cam tu.. saya terima je le penyakit ni".. oh ho.. nehii for me ok. Selagi belum berusaha jangan kata "OK". Hehehehe. Maka daku teruskan pencarian di internet walaupun besar harapannya jawapan yang daku jumpakan tu adalah sama.
My SIL yang kerja kat Pusat Hemodialisis Yayasan Felda tu call daku dan minta kami datang sebab dia ada belikan suamiku beberapa makanan tambahan yg dirasakan berkesan untuk menangani diabetesnya itu. Daku dah tak ingat.. hehehe.. tapi kalau tak silap antaranya kapsul pegaga, kapsul peria. Semua itu keluaran Yayasan Felda. Maka suamiku pun mulalah makan semua tu juga.

Seterusnya daku bawa dia ke NADI lagi.. masa ni masih tak dapat jumpa dengan nurse tu... tapi mesin tu dah dapat. Lepas beli je mesin tu terus je kami test.. masa ni dah hari ke 3 daku EL. Memang taknak fikir pasal kerja dah masa tu.. bila orang office yang sangat merimaskan itu call daku kata.. "I have very urgent and important matters.. more important than work and I still have annual leave, I have finished doing all my work, theres nothing pending.. closing is done last week... what else do you want from me". Howooooowww.. masa ni daku memang hangen je. Apa taknya.. mangkuk2 yang tak menghargai pengorbanan aku tu nak suruh aku korbankan suami aku pulak ke? Dah terlalu banyak masa aku korban dan habeskan kat office.. tak bley ke aku habeskan masa dengan hubby pulak yg obviously "lost" dan perlukan guidance pada ketika ini. Daku memang beraangeeen je bila dengar suara mangkuk2 itew. Padahal semua benda dah siap. Kalau aku takde.. ngape taknak refer dengan finance manager ku yang sama2 mangkuk tu? Abeh aku sorang je ler yang kena run finance department? lebih baik aku je jadi finance manager.. hampeh.

Dalam masa yang sama doktor berikan bergumpal2 dan berplastik2 ubat kepada suamiku. Satu ubat besar yg perlu dimakan setengah jam sebelum makan 2 kali sehari.. maknanya boleh makan 2 kali je la sehari. Nasib kau la suami.. dah kena tarik dah nikmat makan.. selama ni makan la banyak kali mana pun.. tapi sekarang.. kwang kwang kwang. Lagi satu ubat kecik yang dimakan sekali sahaja sehari. Seminggu pertama daku tak kisah la.. daku tahankan je mata yg melihat dan mulut daripada bercakap melarang suami makan ubat.. takpe.. permulaan kan.. makan je ler. Yang penting sekarang kena stabilizekan dulu tahap glucosanya.

Dalam masa yang sama juga.. daku belikan bermacam2 sayur2an yang pahit untuk dia makan dan daku kawal pemakanannya. Nasi, lauk semua daku kawal. Setiap kali sejam lepas makan daku mesti ambil bacaan dan catit.. untuk buat rujukan sendiri. Masa ni daku tahu la makanan apa yang ada kandungan gula yang tinggi. Hehehehe. Dalam masa seminggu sahaja dari hari mula2 menjejakkan kaki di hospital Sg. Buloh, bacaan glucosa suamiku sudah turun antara 7 - 9. Maknanya dah semakin ok. Bermakan juga kawalan pemakanan yang daku lakukan semakin berhasil.

Tapi dalam pada itu dia masih lagi bergantung kepada ubat. Minggu ke2... daku minta dia kurangkan pengambilan ubatnya. Yang besar tu setengah biji setiap setengah jam sebelum makan 2 kali sehari. Yang kecik pun setengah biji je sehari. Pastu daku teringat pula kepada seorang doktor pakar yang keluargaku sebut2 di Johor Bahru. Lalu daku call emak dan bagitau nanti kami nak balik JB.. nak jumpa doktor tu. Mak ku terkejut dan tanya kenapa.. daku kata.. "takde apa.. saja nak check.. Ipah kan nak cuba dapatkan anak".. hehe.. pandai jeeee bagi alasan erk.

Pada hari ke 4 daku pergi kerja. Sibuk la semua kat situ tanya kenapa daku EL lama sangat. Ada la yg baik dengan daku tanya.. "ko nak berenti kerja ke?", "ko EL hari tu pi interview ke?". Hehehehe. Ada2 saja. Daku tak beritahu sesiapa pun penyakit encik suami sebab dia dah pesan padaku jangan cerita pada sesiapa. Katanya dia belum bersedia menjawab pertanyaan orang. Hehe.. wokkkeeyhh lah babaeeyhh.

Kemudian daku plan untuk ambil cuti sebab nanti nak jumpa doktor yang daku katakan tu.

Untuk pengetahuan korang doktor tu adalah doktor pakar bagi penyakit cancer. Dia dan isterinya kedua2nya merupakan doktor on call sebuah hospital di Singapore. Yang istimewanya mereka ni ialah mereka ada kelayakan perubatan moden dan juga perubatan alternatif. Selain tu mereka buat produk ubat mereka sendiri. Tapi mereka tak kata ubat sebab produk mereka dibuat berasaskan tumbuh2an. Ubat mereka pun diberi berdasarkan keperluan setiap pesakit.

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...