Sambungan....
Bila sampai je di tempat kerja kakaknya.. terkejut la jugak sis in law (SIL) daku tu. Tak pernah2 kami datang kat tempat kerja dia.. tetiba datang pulak. Hehe. Daku terus je buka cerita pada dia.. terkejut laaa SIL daku tu. Dalam pada senyum tu berkerut jugaklah dahi SIL daku tu. Hehehe. Terus je dia buka cerita pada suamiku.. suatu fakta yang menarik.. 50% daripada pesakit2 buah pinggang yg sedang menerima rawatan dialysis di situ asalnya adalah pesakit diabetes. Suamiku terkejut..
Tapi terkejutnya tak cukup sampai di situ.. SIL daku terus kata lagi.. "mereka ni semua dah tak boleh nak kerja dah.. mana ada majikan yang nak pekerjanya ambil cuti 3 hari seminggu? Mereka ni kena datang 3 kali seminggu sebab kalau tak datang buat rawatan.. kesannya fatal.. boleh membawa maut"... terbeliak mata suamiku mendengarnya.. haaaa tau takot kan.. itu laaaa.. dah den koba an.. tak nak jugak ekau mendongar nasihat den ni ha wahai abang. Ish ish. SIL ku sambung lagi.. "masa mula2 buah pinggang rosak.. mereka semua ni masih boleh buang air kecil seperti biasa.. tapi selepas 5 tahun.. urine nya semakin berkurang. Ada tu yang dah 8 tahun.. setitis urine pun dah tak keluar lagi.. semuanya akan diproses dan dikeluarkan oleh mesin dialysis". Ha.. ada faham encik suami???
Pastu SIL daku tu ada beritahu di mana nak beli mesin glucose tu. Dan banyak lagi information yang dikongsi bersama yang sangat berguna. Nanti daku simpulkan di penghujung kisah ini ye.
Tempat seterusnya dalam rangka lawatan sambil "sedar diri" kami ialah ke NADI.. iaitu National Diabetes Institute. Kami ke sana untuk dapatkan information yang perlu mengenai diabetes dan juga nak beli sekali mesin bacaan glucose tu. Bila sampai tu yang ada ialah pekerja NADI yang sangat membantu. Cuma tak dapat nak beli mesin tu sebab Ketua in charged di situ iaitu seorang Staff Nurse tidak ada.. dia pi oversea.. balik dalam masa 2 - 3 hari lagi. Ketika di sana tu walau pun tak dapat beli mesin tu.. daku sempat gak laa register kan nama hubby di NADI sebagai seorang pesakit. Pastu amik seberapa banyak pamphlete yang ada mengenai diabetes. Pastu kami juga diberitahu di situ ada dibuat talk every Saturday sebagai sokongan kepada para pesakit diabetes. Cara nak handle penyakit ni esp in terms diet. I laik.
Setelah buat apa yang patut di NADI.. kami pun bergerak.. masa ni dah takde hala tuju dah. Daku cadangkan untuk pergi Lake Garden.. tempat kesukaan daku untuk beriadah. Hehehe. Tapi oleh kerana encik suami dah serabut otaknya kan.. maka dia ajak balik je. Ok laaaa balik la rumah. Sebelum sampai rumah tu kami singgah pasar.. daku cadangkan padanya untuk beli peria katak. Daku katakan padanya arwah bapaku dulu pun ada kencing manis.. tapi tak seteruk dia sebab arwah bapaku suka makan pahit2. Peria katak ni kan pahit.
So balik je ke rumah.. dia tanya bila nak masak peria tu. Daku kata padanya.. "sorry bang.. kita tak makan peria ni.. so kita tak tau nak masak apa.. apa kata abang masak sendiri"... wekekekeke.. amik ko. Kena buli dengan daku pulak. Dia tanya.. "kalau masak macam sayur goreng boleh tak?". Daku kata.. "boleh je kot.. kia tak tau la bang.. tak pernah makan dan tak pernah tau cemana nak masak dia".. hehehe. Pastu dia pun start laaaa proses memasak peria katak itew. Macam2 dia letak dalam tu.. ikan bilis la.. suhun laaa.. wekekeke. Jangan tak tau.. suamiku memang pandai masak. Hehehe.
Bila dah siap dia kata.. "nak rasa?".. ohhh noooooooooo.. tenkiu je ler.. hehehe. Daku kembang2 tekak tengok peria yg dah siap dimasak tu. Hehehe. Pastu dia mula rasa sikit.. pastu makan seketul.. pastu dia kata "peria katak ni pahit ke? daku kata.. "katanya laaaa.. kita tak pernah makan kan". Dia kata lagi.. "tak pahit pun".. eleh eleh.. eksyen betul.. untuk pengetahuan korang.. satu plastik merah besar tu dia beli peria katak.. habes semua dia makan malam tu jugak.. hahaha. Ah sudah suamiku ini.. extreme nak baik la tu. Hehehe.
Kemudian masa yang terluang masa tu daku search internet mengenai penyakit diabetes ni. Barulah daku tahu diabetes ni ada beberapa jenis. Suamiku ni jenis yang mana.. dan apa chances untuk baik. 99.9% information yang daku dapat memang tak menjanjikan apa2.. dan semuanya mengatakan.. "diabetes tak boleh baik"... hmm.. daku masih tak puas hati.. daku tak suka pada 1 jawapan yang negatif. Daku perlu cari kepelbagaian jawapan.
Dalam pada mencari daku ada jumpa dengan satu artikel yang menceritakan pengalaman peribadi seorang wanita mat saleh ni menghadapi diabetes. Dia pun sama seperti daku.. devastated dengan setiap jawapan yang dia terima sebab semuanya beri jawapan negatif terhadap kemungkinan pesakit diabetes untuk baik. Memang selama ni pun semua orang dah di mind set kan bahawa diabetes tak ada ubat. Dan tak boleh sembuh... tapi dari cerita dia sendiri juga.. dia akhirnya berjaya membuktikan kata2 doktor dia tu salah.. diabetes sebenarnya boleh sembuh.
Well friends.. jauh di sudut hatiku daku sendiri pun percaya diabetes boleh sembuh. Ada beberapa sebab kenapa daku yakin sangat...
Bersambung....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
insyaAllah fah kalau betul cara rawatan & pemantauannya tak mustahil ayah syadiyah bebas dari diabetes tu. oh ye, Amway ada jual alat bacaan glucose dlm darah tu fah...cuma tak pasti harganya.
BalasPadamAlhamdulillah Izah.. memang kena determine. Hehehe. Dah.. dah dapat beli few days lepas dia kena tu. Sampai sekarang pun masih ada. Dan kadang kala check glucose daku dan suami.. hehehe. Daku ni sentiasa rendah jerrr.. 3 - 4. Ala2 hypo pulak kan. Sebab tu bila lapar je gigil. Hehehehe.
BalasPadam