Tiba2 seorang nurse memberitahu daku.. "kak.. kanak2 tak digalakkan duduk sini lama sebab wad ni macam2 penyakit ada.. kecemasan kan". Hah.. ye la.. betui laaa.. ngape le daku bley tak terfikir pasal Syadiyah ni. Pastu daku pandang suami.. daku kata padanya.. "kesian tak tengok Syadiyah sedih pasal abang sakit?".. suamiku hanya mampu terkelip2 matanya.. "laen kali.. kalau kita tegur.. dengar la bang.. bila abang sakit.. bukan abang sorang je sakit.. kita dan Syadiyah pun sakit juga.. sakit perasaan kitorang tau.. kesian Syadiyah tu". Dia cuma senyum pahit.. mungkin menyesal.. dan muka dia pun ada memek penyesalan.. dan ada tunjuk sket rasa insaf.
Pastu daku kata pada dia.. "kita tunggu abang kat luar eh.. nanti nurse tegur lagi"... "Ala... Syadiyah taknak keluar mama.. Syadiyah nak teman ayah kat sini... takkan nak tinggal ayah kat sini".. kata Syadiyah merengek. Suamiku berkata.. "Syadiyah tak boleh duduk sini lama2.. ada penyakit kat sini.. tak bagus untuk kanak2.. Syadiyah tunggu ayah kat luar ok.. tunggu tau". Syadiyah jawab.. "ok ayah.. ayah jangan pergi mana2 tau.. Syadiyah tunggu kat luar.. Syadiyah tak tinggalkan ayah tau".. berkaca lagi mata suamiku. Itu mata dia.. abeh korang tak ingat mata aku pulak.. sedang lelaki pun berkaca matanya.. daku lagi laaa bergenang terus.. pastu daku kesat. Kesian tengok Syadiyah.. bimbang betul dia pada ayahnya.
Ada serupa tak? Hehehe. Sibuk mengusung bantal busuk dia ke hulu hilir. :P |
Dalam kereta daku suapkan dia nasi lemak tadi. "Sedap mama".. katanya. Hehehehe. Daku tak hidupkan engine kereta sebab tak perlu pasang air-cond. Maklumlah kan ke hujan renyai2.. sejuk nya dah cukup dah.. takyah air cond. Syadiyah menguap.. tapi dia paksa matanya agar terus buka. Daku kata padanya.. "Syadiyah tido la dulu.. nanti kalau ayah dah siap.. mama kejut Syadiyah ok". "Syadiyah taknak.. Syadiyah nak tunggu ayah jugakkk". "Ye la.. kita memang tunggu ayah.. tapi sambil tunggu tu.. Syadiyah tido la dulu. Mama pun nak tido ni.. ngantuk.. penat. Nanti kalau ayah dah sudah tu dia call lah kita". Syadiyah pun cuba lelapkan mata.
Daku pun lelapkan mata.. dalam pada nak lelapkan mata tu daku dengar kesek kesek.. itu bunyi baju Syadiyah yang bergesel dengan kusyen kereta setiap kali dia bergerak dan memusingkan badan ke posisi kiri dan kanan. Nampak sangat dia resah. Tak sabar2 agaknya dia nak jumpa ayahnya.. walaupun tak sampai lagi satu jam berpisah. Daku tanya.. "Syadiyah kenapa?".. "panas laaa mama"... haaa.. panas.. errr tengah2 hujan dan angin sejuk tu dia kata panas. hmmmm.. ok la daku buka kan air-cond. Dia begitu juga.. pastu bila daku tegur lagi.. dia terus je kata dengan berterus-terangnya.. "mama.. bila ayah nak balik ni. takkan nak tinggalkan ayah kat sini pulak".. adoii anakku.. "Kita tak tinggalkan ayah laaa.. kan kita tunggu kat dalam kereta ni. Mama rasa kejap lagi nanti ayah dah boleh balik. Syadiyah sabar laa ye.. tido dulu ok. Nanti ayah call mama kejut Syadiyah ye". Lepas tu barulaaaaaa dia tido dengan aman. Hmmm.. anak oh anakku. Selagi tak mendapat kepastian.. selagi tu dia tak tenang. Semoga kau terus menjadi anak solehah ya Syadiyah.
Hampir pukul 1 pagi.. baru la hp ku berbunyi. Suamiku yang call. Dia kata sekejap lagi dia dah boleh balik la. So daku kata.. "nanti dah sampai kat depan pintu masuk tu abang call kita.. kitorang ada kat parking ni.. nanti kita fetch kat sana je". Syadiyah yang nyenyak tido terus terbangun.. terus je dia kata.. "mama.. tu ayah ke? ayah dah boleh balik? kita nak ambik ayah ke ni mama?" dengan mata yang merah2 sebab tadi tengah tido kan kan. "Ye Syadiyah.. ni nak ambik ayah laaa ni".. adoii rimas betul dengan kebimbangan dia tu. Hehehe.
Dalam perjalanan pulang.. suamiku berkata.. "setiap sejam sekali doktor check glucose saya.. lepas 3 - 4 jam tu... doktor kata cukup insulin ni buat masa ni. dia tak bagi turunkan lagi bacaan glucose tu sebab dia takut saya pengsan". Hahah.. pengsan?? cam memain pulak bunyiknya kan..
Perkara ni bukan setakat sini saja.. daku dah tak boleh nak pi kerja esoknya.. pertama sebab mengantuk, letih.. kedua sebab bimbang. Bimbangkan si suami yang ntah apa nasibnya kalau berterusan diabetes. Daku terus je ambil EL. Tempat pertama yang daku bawa suami pada hari pertama EL tu ialah ke Pusat Dialysis Felda.. iaitu tempat kakak sulongnya bekerja. Tujuan daku untuk berikan kesedaran padanya. Alang2 dah terhantuk tu.. biar dia tersedar terus.. jangan masih lagi dibuai mimpi. Hehehehe.
Bersambung..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan