Sambungan...
Dalam pada jiwa sedang bergolak.. tiba2 nama suamiku dipanggil.. "encik Russel".. bingkas suamiku bangun. dengan daku2 dan Syadiyah sekali mengekor dia. Hehehehe. Macam anak kala jengking.. tak lepas langsung. Hehehe. Suamiku duduk di kerusi.. pegawai perubatan tu tanya.. "sakit apa bang".. hmmm soalan yang sangat cliche dan buat daku sentiasa tertanya2.. takde soalan lain ke diorang nak tanya. Kalau tau sakit apa takde le datang sini kan. At least tanya la.. "apa yang buat abang rasa abang tak sihat".. atau.. "sebutkan simptom2 yang sedang abang alami sekarang". Hehehe.. banyak lak songeh daku ni kan..
Suamiku pun mula bercerita.. "saya rasa dahaga sangat. Minum air berbotol2 pun tak hilang dahaga. Pastu pergi toilet 5 minit sekali. Sekarang ni mata saya kabur... tak berapa nampak muka orang.. bentuk nampak.. tapi mata hidung semua tak nampak.. semua blur". Pegawai perubatan (PP) tu kata.. "hmmmm.. ok.. meh bang kita check glucose ye." Pastu dia pun amik la glucometer tu kan pastu dia cucuk jari hubby dan amek darahnya. Tunggu beberapa saat.. tit tit tit.. bunyik mesin tu.. PP tu pun tengok lerrr.. berderau darahku bila dia tersenyum dan geleng kepala. Terus je daku terjah dia.. "kenapa dik.. berapa bacaannya?" sambil rapat dekat dengan PP tu. Terus je dia tunjuk padaku.. "Naudzubillah..." kataku.. apa taknya.. mesin tu pun sampai tak tau berapa bacaan glucose hubby ku sampai dia tunjuk kat screen "HI". Ish ish ish. Untuk pengetahuan korang ler.. mesin tu boleh baca sampai bacaan maksimum 32.. jadi kalau tetiba mesin tu takleh baca dan tulis "HI" je.. berapakah agaknya bacaan glucose suamiku ketika itu? Ada yang mau teka??? hmmm.
PP tu tanya kepada suamiku.. "keluarga abang ada penyakit kencing manis ke?"... dia jawab.. "ada, arwah ayah saya". PP tu berkata lagi.. "tinggi ni bang.. apa abang makan ni?".. suamiku dengan naivenya jawab.. "memang ada minum air gas.. tapi banyaknya air mineral.. pastu makan nasik.. " addooiiiii.. memang la makan nasik.. takkan la makan kusyen pulak abang oiii. Hmmm.. daku masa tu tak terkata apa dah.. cuma boleh senyum sindir je pada encik suami yang memang degil bila disuruh jaga pemakanan. Nak marah pun tak guna.. perkara dah berlaku.. apa2 pun daku kena lebih strong dari pesakit sebab pesakit dah memang sakit.. daku yang sihat ni la nak kena sokong dia kasi tak sakit lagi. Hehehe.
Pastu PP tu suruh kami ke bilik rawatan untuk berjumpa dengan doktor sebenar. Agak lama jugak menunggu. Sambil tunggu tu suamiku berceritalah padaku apa yang dia rasa dalam seminggu kebelakangan ni. Semua tanda2 sudah jelas.. tapi kalau dah tak reti tu tak reti la jugak kan.. maka takde lah nampak ada kaitan dengan diabetes ke apa ke. Yang daku nampak cuma kaitan dengan buah pinggang je sebab kerap kencing. Hmmmm.. suami oh suami.
Bila doktor panggil.. doktor tu tak suruh masuk dalam bilik pun.. dia terus panggil suamiku untuk ikut dia ke wad kecemasan. Dia terus minta nurse uruskan sebuah katil untuk hubby dan pasangkan drip pada tangannya. Suami diarahkan baring. Semasa nurse cucuk nak buat drip tu.. Syadiyah sibuk pulak kata.. "nurse.. jangan la kuat2 sangat.. nanti ayah sakit"... "ayah.. sakit tak ayah?.. kalau sakit ayah pegang tangan Syadiyah ye.. kesian ayah". Adoiii.. masa dia tegur nurse tu daku nak gelak pun ada... nurse pun baek2 muka ketat terus je tersengeh.. hehehehe. Tapi bila dia berpesan pada ayahnya.. buat daku terasa syahdu.
Suamiku diberikan insulin oleh doktor sebab glucosenya tersangaaaat la tingginya. Doktor pun sampai tak tanya apa2 pun.. wekekekeke. Dalam pada dia berbaring menerima insulin dalam badan.. ku lihat suami termenung seketika.. daku kata.. "bang.. cemana.. best ke masuk insulin? hehehe" sambil sengeh cam kerang busuk kat dia. Dalam hati masih ada tak puas hati tu. Pastu dia kata.. "hmmm.. cemana boleh kena eh".. ewah.. dia tanya pulak cemana boleh kena... ini yang buat daku nak bukak pentas ceramah ni. Tetiba Syadiyah berkata.. "mama.. ayah kena tidur sini ke?".. daku kata.. "tak tau lagi.. kenapa?".. "Syadiyah taknak ayah tido sini mama.. Syadiyah taknak tinggalkan ayah kat sini.. kesian ayah". Aduhai anak solehah.. kamu memang penyejuk jiwa mama.
Tiba2 Syadiyah bersuara lagi memecah kesunyian.. "ayah.. ayah dah rasa ok ke? mata ayah dah nampak belum? tangan ayah yang kena cucuk tu sakit tak? nak Syadiyah urutkan?" sambil dia letakkan kepala di dada ayah dia.. tangan kanannya mengusap2 dada ayah dia.. pastu dia sebut lagi.. "kesiaaaaaaannnn ayah". Terus daku nampak mata suamiku berkaca2.
Dia tak pernah sakit atau terbaring. Jadi bila tiba dia jadi begitu.. dia pun tak menyangka Syadiyah sebenarnya sangat mengambil berat tentang dirinya walaupun selama ni mereka selalu bergaduh.. ayah menyakat.. anak menjerit pastu menangis.
Bersambung.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
uikss...bilanya ayah syadiyah dpt diebetes ni fah?once dh kena pemakanan tu kena pantau sgt2..nanti effect kat buah pinggang & mata tau! aku ada sejarah jaga pesakit kencing manis yg m'bawa kpd kesan2 mcm tu..take care ayah syadiyah!
BalasPadamerr...rasanya aku missed part 1 ni! hehe...
hehehe.. Izah.. dah lama dah dia kena.. sekarang ni keadaannyaaaa.. hmmm.. kalau nak tau tunggu sampai final part yeeee.. barulah tau keadaan penyakitnye. Hehehehe. Surprise & suspense. Wekekeke.
BalasPadamselalu mmg buat saspen. hehehe.... rajin tu menulis panjang lebar. wat novel jelah fah....
BalasPadamAla Hasliza.. daku neh takat bercerita je takpe laaa.. nak buat novel kena berplot2.. begitu begini.. alalalala.. tak pandai laaaa.. huhu. Hegegege.
BalasPadam