Sahabat

Khamis, 10 Februari 2011

Mendapat Diabetes (Part 1)

Hmmm.. nak letak tajuk serba tak kena. Nak kata diserang diabetes, dijangkiti diabetes, dihinggapi diabetes.. semuanya sangat tak kena. Samalah juga dengan sakitnya yang memang serba tak kena bagi orang yang menghidapinya. Hehe. Daku teringin nak kongsi cerita ni sebab daku rasakan ia dapat jadi panduan jika dikongsi. Seperti ketika ia baru2 datang.. daku tak perasan langsung dan daku tak terfikir langsung kaitannya dengan diabetes sebab tak pernah baca mengenainya. So.. today, I feel like sharing this.



Kisahnya bermula semasa daku masih bekerja di company yang lama tu. Seperti biasa bila pulang dari kerja, hubby akan fetch. Ketika tu, hubby baru saja 2 - 3 hari bertukar kerja baru. Daku perhatikan dia macam pelik je. Pipinya cengkung, matanya nampak macam tak cukup tido.. nampak betul2 keletihan macam orang buat kerja yang sangat berat. Daku tanya padanya, "Abang ok ke.. nampak macam tak sihat". Dia kata.. "ntah laa rasa penat je pastu asyik haus je.. sebab sekarang ni kan musim panas". Mula2 tu daku puas hati je la dengan jawapan dia.


Sehari demi sehari berlalu dan daku perhatikan keletihan dia tu tak berkurangan malah semakin teruk. Perutnya yang memang membukit dulunya tiba2 je rata.. rata habes.. dalam masa 4 - 5 hari je. Wow.. takkan tukar kerja baru ni penat sangat sampai jadi macam tu sekali kan. Kemudian daku lihat kedahagaan yang dia tunjukkan bertambah dan bertambah. Semakin buat daku curiga bila 5 minit sekali dia pasti ke tandas. Maklumlah.. minum air berbotol-botol... sebotol mineral water yang besar tu tak sampai sejam dah habes. Pastu ke tandas je la kerjanya.. kejap2 cari tandas. Bila habis air mineral dia pi beli air tin pulak.. ada air berkarbonat.. ada yang biasa macam air teh bunga dah sebagainya. Tapi memang extreme dia punya dahaga. Daku memang terkejut.



Daku mula rasa curiga dan suarakan padanya. "Bang.. cuba abang pergi klinik dan check.. sebab setahu kita, orang yang kerap pi buang air ni ada masalah buah pinggang". Dia kata.. "ye ke.. takde laa.. saya cuma rasa tak sihat sikit je.. agaknya dah makin berusia".. hehehe.. tau pulak dah makin tua yeeee.. ngeh ngeh ngeh. "Abang ni penat sangat ke kerja? Sampai macam ni sekali jadinya.. tak sampai seminggu perut pun dah flat. Teruk sangat ke kerja tu bang.. kalau sampai macam ni takyah kerja pun takpe laaaa.. risau pulak tengok abang jadi macam ni". Dia balas.. "alah nanti lagi 2 - 3 hari elok la ni. Oklah.. untuk kali keduanya daku terima je penafian encik suami tu. Maklumlah.. badan dia.. dia tau leee.



Kemudian selepas sehari dua lagi.. daku lihat mukanya semakin cengkung.. pipi yang memang tak berapa nak kembung macam perutnya (dulu) terus je termasuk ke dalam.. "adei.. ini sudah lain ni.." ku kata dalam hati. Daku tanya lagi... "bang.. abang ni ok ke tak.. cuba kasitau betul2. Risau la kita tengok abang ni.. macam dah tak hidup lama dah ni".. suami ku terus je termenung sekejap pastu dia berkata.. "ntah la eh.. saya ingat makin lama nanti ok la.. tapi sekarang ni makin teruk.. pergi toilet jangan cakap la.. pastu haus memang tak pernah hilang.. air saya minum sebotol macam tu je.. sekarang ni mata saya dah tak berapa nampak muka orang pulak. Nampak bentuk.. tapi tak nampak detailnya macam mata, mulut semua tu".


Hah sudah.. ini sudah kes lain ni. Pastu daku kata.. "jom laaaa pergi check kat klinik.. dari hari tu ajak tak mau.. degil sangat.. kita tau la kalau ada perubahan pada abang.. ketegak kemain.. kata dia kata dia je.. boleh tak dengar cakap kita pulak. Pergi check laaaa.. jadi kalau ada penyakit cepat2 detect dan boleh cari penawar lekas2.. kalau lama2 nanti dah takleh ubat. Bila dah usaha.. kalau mati pun lepas tu tak sia2.. adalah usaha".. suamiku tersenyum. Dia kata.. "nak check kat mana?". Waima mendengar je persetujuan dia tu daku terus berkata.. errr.. lebih kepada membebel.. "hmmm.. kalau GH mesti ramai orang.. apa kata kita pi spital Sg Buloh.. kurang orangnya..". Suamiku tanya pula.. "bila nak pergi?".. eh tanya pulak dia.. "sekarang le bang.. nanti esok dah kerja".. kebetulan hari tu hari Ahad.


Maka pergilah kami bertiga ke hospital Sg. Buloh. Seperti biasa.. bila sampai tu mesti ada ujian saringan dulu selepas pendaftaran kan. Selepas pendaftaran.. kami menunggu nama suamiku dipanggil.. berdebar jugak menunggu. Wajah suami pun nampak macam pucat lesi.. hmmm.. ntahlah kerana apa.. kerana memang takut nak menunggu pemeriksaan atau memang dah pucat lesi sebab tak sihat.. hehehehe.. padan muka dia.. sape suruh taknak pi check awal2.. ni mata dah blur baru nak pergi check. Dalam kepala hotak dia mesti yang buruk2 je la kan. Tapi daku tak pulak.. daku take it positif.. daku kata padanya.. "bang.. kalau sakit buah pinggang.. nanti tak boleh nak kerja sangat laaa.. sebab cepat letih.. pastu kena buat dialysis selalu.. takpe nanti kita usaha cari ubat.. mesti ada ubatnya.. ubat kampung laaa kan". Suamiku mengangguk-angguk dan terkelip2 je memandang daku yang sedang bercakap tak kira perasaan dia tu. Hehehehe..


Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...