Sahabat

Selasa, 1 Mac 2011

My Clumsy Week aka Minggu Lemao Ku

Salam all,

Kali ni nak kongsi kisah yang sangat membuat daku rasa cam serba tak kena. Kalau dah serba tak kena tu confirm laaaa bila buat apa2 serba tak jadi. Huhu.. I don't know.. but this might be the clumsiest week I've ever been through. Hmmm. Bukan sikit2 benda yang buat daku rasa clumsy.. semuanya daku sentuh serba tak kena.. semua yang daku buat serba tak jadi. Hmmm... pastu mengeluh tak sudah2.. apa nak jadi ni Ifah oii..

Bukan kali pertama daku rasa macam ni. Seumur hidup ni dah ada lah beberapa kali tapi takdelah yang seteruk ini. Yang paling extreme tentang ke"clumsy"an daku kali ini ialah sampai tahap daku terseret kereta orang. Muahahahaha.. waima terseret je kereta orang itu.. daku boleh dok termenung dalam kereta sambil tunggu tuan punya kereta tu nak buat apa. Otak macam mintak time-off sambil berkata.. "kasik aku rehat minggu ni buleh ka? Kalau ko nak fikir.. pakai lutut la".. adei. Memang mata daku pandang sehala je masa kena tu.. dan otak pulak taknak memberikan jawapan logik kepada persoalan utamaku.. "apa aku nak buat ni eh" (lepas langgar kereta orang). Huhuhu.. boleh tak korang imagine.



Bila isteri orang yang daku langgar keretanya tu keluar dari kereta dan datang ke keretaku.. daku buka tingkap.. tak dapat nak turun sebab di situ sangat jem dan bila nak buka pintu je motor hon daku bagai nak gila. Maka daku buka tingkap je lerrr. Dia bertanya dengan nada yang lembut.. "tak nampak ke dik".. daku jawab.. "nampak.. mana boleh tak nampak.. tapi.. entah laa".. hahahaha.. jawapan paling tak bersemangat daku pernah berikan. Pastu bagi dia no phone dan nama sekali.

Masa on the way ke office tu rasa semakin blur. Masa tu dok terfikir.. lebih baik jangan fikir macam2.. dibuatnya otak jem je kat tengah2 jalan tu.. haaa.. bape banyak lagi kereta daku nak langgar ni. Maka daku memberikan "time-off" kepada emosi panik ku. Panik la bila dah langgar kereta orang kan. Muahahahaha.

Pastu kat office pulak bila bos panggei dan tanya itu ini.. rasa cam tak jumpa perkataan sesuai untuk menjawabnya. Hwaaaa... apa jadi dengan aku neh. Sampai bos pun mula nak naik angin. Officemate pulak terlanggar daku yang sedang pegang air milo panas.. habes tertumpah kat baju daku... dia tak kena pulak.. waaaaaaaa.... apesal neh.. teruk betul daku minggu ni.

Sebab tu la kalau korang perasan.. daku dah beberapa lama ni tak update blog ni dan juga tak masuk FB mahupun bermain game FB. Hehehehe.. sebabnyaaaa ialah.. minggu ni daku rasa lemao.

Ada ke sesiapa yang ada doa untuk menghadapi keadaan2 begini? Marilah kongsi dengan daku kat sini. Takleh blah laaaa kalau kena keadaan macam ni. Rasa cam takde makna je hidup dalam satu hari tu... takde added value.. hehehehe.

4 ulasan:

  1. Salam Ifah Jelita,
    dah berapa kali cuba masuk akhrinya baru berjya.

    ini doanya ya..simple je..tapi selalu orang pandang enteng...susahnya nak tulis kot rumi

    Rabbana atina fid dunia hasanah
    wa fil akhirati hasanh
    wa qina azabbannar

    BalasPadam
  2. Kak Melur Jelita.. mekasih bebanyak. Ini doa yang paling sesuai ye. Ok kak.. mekasih. Doa lepas solat pun baca ni.. tapi sebab tak berapa nak tau makna.. so bila akak bagitau ni barulah rasa cam budus. Hehehehe. Mekasih kak.

    BalasPadam
  3. Ya,,semua doa sesuai Ifah jelita..tapi Ifah jelita perasan tak doa ini tidak pernah ditinggalkan dlam setiapa doa - doa kita...mesti ada di hujung2 doa tu kan..harap faham ya..hehehe

    Anyway, jom la join segmen jelita akak itu

    BalasPadam
  4. Ye kak.. betul tu. Penghujung doa mesti ada doa ni.

    Nak join la ni.. sat no.. sat gi nooo. :)

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...