Sahabat

Sabtu, 5 Mac 2011

Temasya Sukan Jubli Perak Pusat Pendidikan Al-Amin - 05.03.2011

Stadium Saidina Hamzah UIA Gombak
Hari ni ada Temasya Sukan sempena sambutan Jubli Perak Pusat Pendidikan Al-Amin. Kalau tak silap dah 25 tahun PPAA. Yang menariknya ia menggabungkan 3 buah sekolah Al-Amin iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL), Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG) dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG). Bila dah sampai sana barulah tahu SMIAAG pun terbabit sama sebab Mokde ku call dan tanya daku ada di mana. Hehehe.. maknanya cousin ku Saiyidah Hanisah pun ada di situ.

Syadiyah berada dalam rumah kuning SRIAAKL manakala Hanisah pula rumah biru SMIAAG. Hehehe. Memang seronok tengok budak2 ni beratur. Teringat semula zaman2 sekolah dulu berpanas di tengah2 padang berpeluh2 tapi kerana semangat kesukanan dan semangat patriotik sekolah... ditahankan juga kepanasan dan kehausan itu. Hehehe. Ok laa... sebenarnya daku mengikuti ni tak sampai habis pun sebab tak tahan. Lagipun Syadiyah pun takde ambil bahagian dalam acara2 lain selain dari perarakan/perbarisan.

Jom kita tengok gambar2 dulu:



Tengok gambar Syadiyah ni... pagi2 dah siap. Bersemangat dia nak pergi sukan. Hari2 dia berlatih kat rumah.. berlatih bukan berlatih sukan.. tapi berlatih nyanyi.. sebab ada banyak lagu kena nyanyi. Hehehe. Lagu Kebangsaan, lagu SRIAAKL, lagu tema sukan 2011.. dan beberapa lagi.. daku pun tak berapa nak ingat. Hehehe.

Syadiyah rumah kuning kan. Dia komplen.. "mama boleh tak nak tukar rumah lain.. dari sekolah Atfal dulu asyik rumah kuning je.".. hehehehe Syadiyah.. dah jodoh ngan rumah kuning.. nak buat cemana kan. hehehe. Terima je la dengan redha.

Ini gambar pelajar2 rumah kuning Al-Amin Gombak.. menarik.. temanya lebah. Bak kata Ustaz yang jadi pengacara tu.. hari ni lebah berkeliaran di sana sini.. hehehe

Ha... yang ini rumah kuning Al-Amin KL tempat Syadiyah bersekolah. Comei2 sungguh budak2 rumah kuning dia ni.. semua metot2 jee.. hehehe.. tak sangka darjah satu erk. Daku mula2 tengok terus je kata.. "alalalala comeiiinyeeeee". Memang comei semuanya.



Hehehe.. ini ayah Syadiyah.. emosi betul. Nak jugak dia enterprem. Seronok Syadiyah bila nampak ayah dia. Masa mula2 ayah dia ambil bendera tu dia bising dengan ayah dia.. pastu bila mama kata.. "ok ready nak amik gambar.." terus je peluk sambil senyum simpul. Hehe
Tak ingat pulak ini dari sekolah mana. Tapi rasanya Al-Amin Gombak.




Ini kontinjen rumah kuning sekolah Al-Amin KL.



Nampak tak budak kecik comei tu yang jalan dengan bersemangat tu. hehehe.. tak pandang kamera langsung... komited.



Ini kontinjen rumah biru Al-Amin KL. Comei jugak kan. Ada seorang bapa yang sedang ambil gambar rumah biru pastu tetiba rumah kuning datang masuk barisan.. terus je dia pusing belakang sambil kata pada wifenya.. "hah.. yang ini lagi comei comei,, kecik halus je".. hehehe.. dia terpandang Syadiyah masa tu. Adei.. anakku memang halus. Wekekekeke


Ini pun dari Al-Amin KL.



Ini rumah hijau dari Sekolah Menengah. Motonya : Failure is Not an Option.

I like la motonya tu.


Ini rumah merah sekolah Menengah. Kumpulan Aulad. Temanya cam pancaragam gitu kan. hehehehe.



Ini kontinjen rumah merah sekolah Menengah kumpulan Banat.



Kontinjen rumah kuning sekolah menengah kumpulan Aulad. Yaaaa Syeikhhh... siap serban tu memang tak tahan.


Daku suka sangat yang ini.. suka betul dengan temanya... srikandi Islam.. berpurdah sambil memegang pedang. Huhu.. jangan memain ok.


Ini kontinjen rumah biru sekolah Menengah. Temanya Tentera Laut la kot. Hehehe.. nampak tu siap bawak bot Navy ok. Best laaa encik kapten tu kena tolak dalam bot tu. Hehe.


Ini group Banat rumah biru sekolah Menengah. Yang tersenyum simpul tu la my cousin. Hehehe...
My Cousin : Saiyidah Hanisah

Anak dara den sedang bersemangat marching.



Ini masa dah selesai marching. Makanan dan minuman untuk diagih2kan. Cikgu2 berkata.. "buat dua barisan".. murid2 tanpa berkata apa2.. buat2 takde barisan. Hehehe. Akhirnya cikgu Marina (cikgu kelas Syadiyah) kata.. "dah takleh kawal la kalau macam ni"... daku kata dalam hati.. "iye la cikgu.. dah takleh buat apa".. hehehehe






Anak dan ayah sedang sibuk makan dan minum. Time off.


Pertunjukan kawad dari TKS Sekolah Al-Amin Gombak. Memang menarik. Tapi daku dah tak tahan nak ambik gambar.. penat dah weh.. panas pun iye.. hehehehe.










Budak yang bernama Syadiyah ni memang suka dapat berlari laju2 turun dari lereng bukit tempat mama ngan ayah rehat. Hmmm... layankan je laaa.. dah macam home alone dah emosinya masa ni. Hehehehe.

Ingatkan Syadiyah je "jakun" ngan lereng bukit ni.. rupa2nya ramai lagi yang sukeeee. Hah.. layankan je la ye parents.. sekali sekala anak2 nak membahayakan diri. Wehehehehe.









Parent yang memberikan sokongan

Semangat kesukanan sampai dok berkelah

Ramainya di stadium


Well.. itu je ler gambar yang daku boleh tunjuk. Tak larat nak upload semua.. yang penting2 je yang tunjuk.

Doaku semoga PPAA terus maju jaya dengan mengekalkan keunikannya dalam mencapai matlamat melahirkan pelajar Soleh Wa Musleh. Semoga semakin kukuh kedudukan demi memperjuangkan pendidikan berteraskan Islam. Semoga semua anak2 didikan Al-Amin akan menjadi insan yang berguna dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Insya-Allah.

2 ulasan:

  1. Setiap kali nama Al Amin disebut hatiku terguris...lukanya dalam sekali..

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...