Sahabat

Ahad, 20 Mac 2011

Rinduku Padanya.....

Beberapa hari lagi akan tiba April.. dan hari ulangtahun kelahiran Allahyarham bapaku Mat Dzid. Kemudian daku terkenang semula sejak pemergiannya beberapa tahun selepas itu berturut-turut orang2 lelaki yang daku sayang dalam hidupku mengikut jejaknya. Kesemuanya dengan kisah tersendiri.

Allahyarham bapaku.. Mat Dzid bin Jamil meninggal dunia beberapa hari selepas hari lahirnya.. meninggal akibat "Acute Myeloid Leukaemia" pada 26 April 1998 manakala lahir pada 2 April. Sepanjang hidupnya beliau tidak pernah jatuh sakit. Memang kagum sangat melihat dia. Sakit seperti selsema, batuk pun sangat2 jarang. Tapi beberapa tahun sebelum beliau meninggal, beliau telah disahkan menghidap diabetes. Sebagai seorang tukang masak kapal tentera laut, tidak ada yang mengejutkan kalau beliau menghidap penyakit itu. Cuma yang mengejutkan bagi daku sebab beliau seorang yang sangat menjaga makan. Suka makan ulam-ulaman, petai, jering.. pendak kata semua yang pahit2 tu boleh dimakan selamba je.


Kali pertama beliau diserang Leukaemia, berbulan-bulan beliau terpaksa duduk di hospital dan kemudian berulang alik ke hospital Kuala Lumpur dari rumah di JB sudah menjadi satu kebiasaan padanya. Ketika ini jugalah pelbagai ujian datang. But now bukan nak cerita tentang tu semua. Hanya nak mengimbas kembali rentetan peristiwa sebelum beliau kembali kepada Pencipta.

Dan setelah beliau pergi, sebahagian dari diriku dirasakan hilang. Hilang terus.. tak dapat kutemui lagi.. sampai hari ini.. the missing pieces won't recover and forever lost. Hinggakan bila ada yang bertanya walau sedikit pun tentang dirinya.. membuat kerinduan dalam hatiku menunjukkan diri lagi.. sampai termimpi2. Ketika inilah juga perasaan yang sama yang ku alami pada 26 April 1998 menjelma kembali.. seperti baru saja berlaku. Cuma bezanya daku tak lagi demam panas seperti waktu itu setelah jenazah beliau selamat disemadikan.

Setiap kali daku menziarahi kuburnya.. perasaan rindu itu juga datang. Terutamanya bila Syadiyah banyak betul bertanya itu dan ini mengenai atuknya. Sampai sekarang kalau balik JB dan Syadiyah nak ziarah pusara atuk.. dia akan kata.. "Mama.. bila kita nak ziarah rumah atuk mama?".. hehehe.. Anak oh anak.. kamu yang tak pernah jumpa atuk pun rindu nak bertemu.. apa pula mama kamu ni yang hidup dengannya selama 21 tahun.

Ya Allah.. tempatkanlah Allahyarham Bapaku bersama kekasih2Mu dan hamba2Mu yang beriman. Sesungguhnya dialah bapa yang terbaik. Hanya Kau tahu mengapa dia bapa yang terbaik buat diriku. Al-Fatihah untuk Mat Dzid bin Jamil.

Bila sebut rindu ni teringat kat lagu Rindu...

Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani, punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahgiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran, kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang Mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh, isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia..........

.....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...