Selepas seminggu bercuti, Syadiyah kena bertempur di medan peperiksaan pulak. Peperiksaan bermula pada hari ini 22 Mac 2010 hingga 25 Mac 2010. Hehehe. Seperti biasa.. sejak dari dulu masa Syadiyah tadika.. dia yang nak exam daku yang berdebar-debar. Mengalahkan masa nak duduk exam masa buat degree dulu. Hehehe.
Ini adalah kali pertama Syadiyah menduduki peperiksaan sejak kali pertama menjejakkan kaki di dalam darjah satu. Hari ini peperiksaan berkaitan subjek Bahasa Arab, Tasawwur Islami dan English. Hoho.. daku yang berdebar2. Malam tadi dah buat revision dan berikan sedikit latihan ingatan untuk Syadiyah. Dia tu geram betul lah.. malas nak mengingat.. bila kita suruh dia ingat Almaktabah tu apa.. dia jawab.. "entah.. tak ingat".. adoooiii.. langsung taknak try. Tu yang geram tu. Hehehe.
Balik je dari sekolah tadi daku dah tanya.. "macamana exam hari ni Syadiyah".. seperti biasa jawapannya.. "ok Mama". Daku kata apa yang ok... boleh jawab ke.. katanya.. boleh. Bila daku tanya apa yang ditanya.. dia kata... "ntah.. lupa".. wah wah wah ini anak.. jawapan yang selalu menyakitkan hati daku.. itulah yang dia sebut juga.. rasa nak cubiiiit aje.. tapi apa boleh buat.. dah dia memang macam tu.. sabar jeee laaa mama ni Syadiyah.
Esok ada exam Bahasa Melayu dan Matematik. Dalam pemerhatian daku terhadap Syadiyah ni.. Bahasa Melayu dan Matematiknya takde masalah.. tapi bila daku tengok buku latihan dia.. benda yang senang2 pun salah.. ini menunjukkan dia tak check betul2 jawapan dia tu betul ke salah. Hmmm.. Syadiyah ooo Syadiyah. Lain betul sikap kamu dengan mama masa mama sekolah dulu eh. Mudah-mudahan semakin kamu meningkat dewasa, sikap kamu akan jadi lebih positif dan lebih baik dari mama dulu ok sayang.
Errr.. tadi dia kata.. "pemadam Syadiyah dah habis mama".. hahaha.. daku tak pernah lagi dengar pemadam dah habis. Daku masa sekolah pun pemadam tak pernah habis. Tahan la setahun tu tak tukar pemadam lain.. kecuali hilang. Hehehe. Syadiyah boleh pulak pakai pemadam sampai "habis". Ntah apa yang dia padam sampai habis pemadamnya tu. Hmmm.. Syadiyah oh Syadiyah.
Salah satu masalah Syadiyah ni ialah huruf dan nombor terbalik. Huruf dan nombor yang dia selalu terbalik ialah s, b, d, 5, 3, 7.. hehehe. Dari pembacaanku, perkara2 terbalik ni menunjukkan kepada satu penyakit yang dinamakan "disleksia". Daku sedang memerhatikan Syadiyah dengan lebih teliti. Memerhatikan semua simptom2 yang ada padanya. Walaupun fakta mengatakan adalah normal bagi kanak2 berusia 7 - 8 tahun menulis huruf2 yang terbalik tapi daku tak boleh pandang remeh. Daku terus memerhatikan jika ada simptom2 lain pada Syadiyah. Jika ada.. daku taknak tunggu sampai umurnya 8 tahun baru nak ambil tindakan. Daku lebih selesa kalau ada early detection dan early cure.
Mudah-mudahan Syadiyah baik2 je dan takde masalah padanya. Macam yang daku selalu katakan pada Syadiyah... "Syadiyah.... yang penting kita gembira... yang penting kita bahagia... yang penting kita hamba Allah yang beramal soleh...". Semoga berjaya dalam peperiksaan Syadiyah. Mama doakan Syadiyah berjaya dengan cemerlang. Muah muah muah... semoga Allah berkati Syadiyah dari dunia hingga akhirat. Aaaamiiiiiiiiin.
................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
wow! memang ibunya akan terlebih debar bila anak2 nak exam... apapun semoga syadidah berjaya dan dapat A dalam semua subjek. insyirah lak tengah tunggu result... pun berdebar2 juga....
BalasPadamHehehe.. Hasliza,, itu la pasal.. anak yang exam.. mak yang lebey. Hehehe. Terima kasih sebab doakan Syadiyah.. aaaamiiiiiiin. Insyirah dah ada track record baek punya.. takde la nak takut sangat.. hehehe.. ni yang belum ada track record ni yang buat berdebar2 neh.. hehehehe
BalasPadamGempa bumi bakal melanda di Malaysia jugak? Nauzubillah...
BalasPadamKIAMAT SEMAKIN DEKAT DENGAN KITA