Sumber Gambar : Google |
Pada hari Isnin iaitu selang sehari tu, daku perlu hantar dan temankan emak yang ada urusan di bandar JB. Temujanjinya ialah pukul 9.30 pagi. Maka pukul 7.30 kami gerak dari rumah. Bila sampai je ke jalan utama untuk ke bandar JB tu terkejutnyaaaa daku melihat kesesakan lalulintasnya. Waduh waduh.. ini JB ke? Buat ku fikir sejenak.. adakah aku bermimpi ni.. inikah Johor Bahru? Dulu tak pernah2 jem macam ni. Teruknyaa jem.. mengalahkan KL pulak. Sampai daku terasa stress pulak dengan kesesakan lalulintasnya yang tak hengat tu. Fuh. Lemas betul. Maklumlah.. itulah satu2nya jalan yang ada untuk ke JB. Bila dah sampai kat Bandar Baru Uda nanti barulah jalan berpecah dua untuk ke bandar JB.. satu mengikut tepi laut aka Danga Bay, dan satu lagi mengikut jalan ke Larkin. Huhu. Ni nak menyampai kat BBU pun sesaknyaaa.. berkilo-kilometer jauhnya. Adoi.. berapa jam nak sampai daaaa. Kalau cenggini gayanya.. kena keluar 6.30 pagi baru sempat. Hmmm..
Ketika tersangkut dalam kesesakan lalulintas tu daku nampak banyak kereta bernombor pendaftaran Singapura.. hmm.. inilah rupanya salah satu penyumbang kesesakan lalulintas kat JB ni eh. Orang sibuk2 nak pi kerja.. awak sibuk2 nak balik Singapore.. jalan yang sama yg perlu di gunakan kan.. maka bertembung dan berkesesakan lah akhirnya. Hmmm. Pastu daku perhatikan juga.. banyak lori2 yang membawa muatan yang sangat berat.. majoriti lorinya ialah lori 14 tan. Menambah lagi kesibukan. Dalam pada tu nampaklah ada 3 - 4 motor polis trafik yang lalu lalang. Maybe sebab nak bantu smooth kan lalulintas. Semuanya daku cuba digest, cuba perhatikan di mana datang masalahnya dan juga cuba mencari apakah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ni.
Sumber Gambar : Google |
Daku teruskan je la perjalanan seperti biasa dalam men"digest" semua yang sedang berlaku pagi itu. Kemudian di depan tu daku jumpa lagi satu motor polis menahan 2 kereta dan motor.. ntah atas kesalahan apa daku tau la kan. Cuma daku terfikir, seandainya mereka ditahan sebab menggunakan lorong yang kat tepi tu pada daku tak perlulah nak saman. Contohnya di KL ni kalau waktu2 peak hour, gunakan lorong kecemasan pun polis tak kisah sebabnya dapat memaksimumkan penggunaan jalanraya dan mengurangkan kesesakan jalanraya.. ini di kawasan2 tertentu la.. adalah sebabnya dibenarkan kan. Malah ada kawasan tu polis pulak yang panggil pemandu2 untuk gunakan lorong kecemasan.. well... pagi2 kan.. semua orang nak pi kerja.. so polis pun sangat memahami la nampaknya. Tapi kat JB mungkin belum memahami seperti polis kat KL kot.. hehehehe.
Daku teruskan lagi perjalanan. Depan sedikit je ada satu lagi motor polis menahan sebuah kenderaan. Daku boleh nampak la pemandu kenderaan tu adalah cina, di dalam keretanya ada beberapa orang lelaki. Kereta iswara warna ala2 kelabu tu. Dari gaya daku dapat rasakan kereta tu adalah kereta kontraktor.. hehehe. pepandai je. Masa daku nampak tu, polis tu sedang mengangguk2 sambil berlalu pergi menuju ke motornya yang terletak di belakang kereta. Ketika dia berjalan menuju ke motornya daku perhatikan dia membuka buku samannya (agaknya la) dan kemudian menutup semula dengan kuat sambil tersenyum. Ketika dia tutup bukunya sambil tersenyum tu dia dah pun memandang ke hadapan... tiba-tiba.. daku nampak sehelai kertas jatuh berterbangan dari dalam buku dia tu. Bila perhatikan betul2.. sah.. RM50 hengget. Duit tu berterbangan ditiup angin dan angin kenderaan yang lalu lalang dengan slow tu.. dan masuk ke bawah kereta cina yang ditahan tu sebab kereta tu belum bergerak.
Tiba2 emakku bersuara.. "Fah.. duit la Fah yang terbang tu.. 50 inggit." Daku kata. "takpe la mak.. biarkan je.. bukan hak dia pun dari awalnya... dasar orang tak reti halal haram. Dia punya pasal nanti semua polis dapat nama busuk".
Pernah satu ketika dulu daku hendak beli barang di Jalan Tunku Abdul Rahman. Jalan masuk tu jem pulak. Jadi keretaku berhenti betul2 di hadapan gerai2 yang berderetan di antara Wisma Yakin dan masjid India tu. Tersekat lama jugak kat situ. Sambil tu daku dan suami perhatikan DBKL yang buat operasi di situ. Lama jugak kami dapat perhatikan.. tersekat tahap maksima kat situ masa tu.. huh. Dalam pada mengeluh tu sempat la perhatikan setiap pergerakan operasi DBKL tu. Then tetiba mata daku dan suami tertangkap satu aksi.. seorang peniaga mengeluarkan sesuatu dari poket dan digenggam erat.. lalu dia salam dengan petugas DBKL yang berpakaian seragam tu.. salam kaut orang Johor panggil. Hehehe. Pastu petugas DBKL tu dengan selamba buka tangan dia dan tengok.. kami nampaklah ada duit kat tangan dia.. berhelai2.. tapi tak tau berapa. Kemudian dia tutup semula tangan dan simpan dalam poket sambil tersenyum. Masa dia senyum tu dia "ter"pandang ke arah kami yang sedang memerhati. Terus je airmuka nya berubah jadi serba salah. Tambah pulak daku dan suami terus je memandang dia.. kami langsung tak alih pandangan. Biarkan dia rasa bersalah. Kemudian dia serba tak kena dan akhirnya bergerak ke tempat yg lebih dalam, menghilangkan diri di celah2 orang ramai.
Well kengkawan.. inilah senarionya di Malaysia.. penjawat awam yang suka sangat salah guna kuasanya dan memperolehi imbuhan yang tidak sepatutnya dia dapat menggunakan kuasanya sebagai penjawat awam. Daku tahu tak semuanya begini.. ada juga penjawat awam yang sangat jujur. Tapi nak buat macamana.. disebabkan sikap2 segelintir yang suka makan rasuah ni.. mereka yang baik pun dapat nama sama. Bak kata pepatah.. kerana kerbau seekor habis terpalit lumpur sekandang. Err... betul ke tu.. lebey kurang laaa.. hehehehe
Cuma yang daku kesalkan.. semua yang pernah daku saksikan dengan mata kepala sendiri berbuat begini adalah orang Melayu yg confirmnya Islam lah kan. Sangat dukacita bila daku lihat ia berlaku di depan mata. Tanpa rasa bersalah.. mentang2lah takde orang nampak.. bila dia tahu orang nampak baru nak rasa bersalah.. kalau tak senyum sampai telinga gamaknya. Dia tak belajar agama ke agaknya? Dia lupa ke bahawasanya Allah itu Maha Melihat setiap apa yang kita buat? Dia lupa ke, makan benda2 yang haram, neraka tempatnya? Dia tak kesian ke melihat anak dan isterinya makan dari sumber yang haram? Bagaimana agaknya anaknya bila dah besar nanti kerana dibesarkan atas hasil yang haram? Na'udzubillahi mindzalik.. semoga Allah lindungi daku dan keluargaku dari perkara2 begini. Aaamiiiiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan