Sahabat

Sabtu, 2 April 2011

Bahasa Melambangkan Bangsa.. err Agama?

Sumber Gambar : Google
Daku suka join blog2 dan forum2. Selain dari berkongsi pendapat dan informasi, dapat juga tengok sikap dan gaya bahasa seseorang yang dikenali di alam "maya". Hehehe. Bermacam-macam isu yang diutarakan mengundang pelbagai reaksi, komen dan emosi dari pembaca dan pengomen. Banyak yang menarik perhatian untuk daku bicarakan di sini. Tapi buat masa ini rasanya cukuplah membawa satu isu sahaja.

Antara isu-isu yang sering mengundang reaksi hangat dan beremosi ialah yang berkaitan dengan agama. Sebagai muslimah, daku juga tak ketinggalan merasa hangat hati apabila agamaku dihina, dikutuk.. amalan dalam Islam juga tak kurang dijadikan isu untuk dihina dan dikutuk. Baru2 ini isu seorang wanita yang mengutuk amalan hidup Islam. Antaranya mengenai solat. Setiap inci perbuatan dalam solat dipersoalkan dan dijadikan bahan senda. Pemunya profil itu sendiri "kononnya" beragama Islam.

Daku juga tertarik untuk membaca apa yang ditulisnya. Sememangnya setiap statusnya menghina agama Islam dan off course menyakitkan hati. Apabila daku baca lagi komen2 yang sangat banyak hasil dari statusnya yang menggegarkan jiwa dan perasaan itu.. daku rasa kecewa. Kecewa bukan kerana orang2 Islam yang cuba mempertahankan agama.. tapi kerana semuanya menjadi ironi. Ironinya ketika mereka mempertahankan agama Islam dan mengatakan bahawa Islam tidak menyokong kebiadapan dan keganasan tapi bahasa mereka sendiri sudah cukup biadap dan ganas. Sangat ironi. Memang inilah matlamat pembuat isu itu.. maka berjayalah dia untuk merendahkan martabat orang2 Islam. Tak perlu dia berusaha untuk membuktikan. Sekadar satu "ayat" sudah cukup mengundang "bukti" betapa rendahnya "moral" orang2 yang mendakwa dirinya penganut Islam agama yang lemah lembut dan aman.

So kengkawan.. apabila ia berkaitan dengan agama... ia bukan perkara remeh-temeh dan bahan gurauan. Sekiranya kita tidak mampu untuk menanganinya dengan berhemah, adalah lebih baik kita mendiamkan diri. Membenci di dalam hati perbuatan mereka itu bukankah selemah2 iman? Lebih baik daripada kita sendiri memalukan agama tanpa kita sedari. Sudah cukuplah apa yang berlaku hari ini apabila begitu ramai orang Islam sendiri menolak cara hidup Islam. Jangan pula kita yang menjadikan islam sebagai Ad-Din ini menambahkan lagi sebab untuk Islam ditolak.

Bagi diriku sendiri, daku lebih suka memberikan reaksi berdasarkan kepada situasi. Contoh dalam situasi di atas.. daku lebih suka berdiam diri. Kenapa? Kerana sudah terang lagi bersuluh.. pemunya profile tersebut cuba untuk membangkitkan kemarahan. Sedangkan tuduhan2 yang dia lemparkan itu sejak berdekad sudah diketahui umum termasuk non-muslim yang ianya tidak benar. Pelbagai kajian secara ilmiah sudah dilakukan membuktikan dia hanya cuba mereka-reka fitnah. Mengapa kita perlu masuk ke dalam perangkapnya dan jadi sama je macam dia... the mouth work much more faster than the brain. Tambahan kita pun tak tahu siapa pemilik profile yang sebenar. Di alam "maya" ini, pelbagai penipuan dan penyamaran boleh dilakukan.

Yang baik itu datang dari Allah dan yang tidak baik itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga Allah memelihara kita dari perkara2 yang tidak diingini dan semoga Allah tetapkan hati kita semua agar berpegang teguh dengan Islam secara 100%. Insya-Allah.. aaamiiiiiin.

3 ulasan:

  1. forum apa tu? nak gak join berdiskusi.. bagi link sikit..

    BalasPadam
  2. Hasliza.. nak link forum yang daku join ke? Antaranya:

    http://www.ratuhati.com
    http://www.melurjelita.com
    http://www.jiwang.org

    Kalau yang lain2 tu jarang daku masuk. Selalunya yang 2 teratas tu je. Sila sila.

    BalasPadam
  3. ok tq! yg 2 di atas mmg aku dah register, cuma tak aktif jer. hehehe

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...