Semalam tiba2 encik suamiku membebel. Teruk betul membebelnya.. dah ngalahkan orang pompuan. Hehehe. Ingatkan kenapa.. rupa2nya ada kaitan dengan peraturan yang orang paksa dia untuk ikut. Dari bebelannya tu bila daku digest betul2.. memang betul sangat lah. Cuma selama ni kita tak sedar yang ianya satu kesalahan.
Kalau korang nak berurusan di bangunan2 di bandar Kuala Lumpur ni majoritinya akan meminta korang tinggalkan korang punya I/C kan. Contohnya macam Standard Chartered kat Jalan Sultan Ismail tu. Dahlah kena jalan jauh ke belakang nun untuk ke kaunter pas masuk.. pastu kena tinggalkan I/C pulak. Cuba korang tengok pulak kebanyakan pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk meminta korang tinggalkan I/C korang tu... majoritinya adalah pendatang aka pekerja asing. Yang bangla ada, vietnam pun ada.. pendek kata.. "macam2 ada".. Malaysia lah katakan.. MAJMUK.
Kita selalunya tanpa banyak soal akan tinggalkan I/C kita kat kaunter tu untuk ditukarkan dengan satu pas pelawat. Korang tau tak betapa besarnya risiko korang bila meninggalkan I/C di kaunter tu? Tak kisahlah yang jaga tu orang tempatan ke, asing ke, separa warga ke.. risikonya sangat tinggi. Antaranya.. hanya dengan fotostat I/C korang berpeluang untuk menjadi peminjam rasmi di bank2. Tak caye? Dah banyak yang berlaku pada kengkawan daku. I/C juga boleh dipalsukan ye jangan lupa... dah banyak sindiket.
Pernah dulu daku dengar mak kata. I/C ni ibarat nyawa ler.. kalau hilang susah. Memang betul kata2 mak tu.. tapi zaman sekarang ni bukan susah sebab hilang.. kena clone, kena fotostat pun susah. Berbaloi ke korang tukarkan I/C korang tu dengan pas pelawat.. hehehe.. sama ke nilainya.
Lagipun.. memegang I/C orang lain adalah menjadi satu kesalahan undang-undang. Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 79), di bawah Peraturan 8A, Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 78) adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.
Jadi ketahuilah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Siapa ke mamat bangla dan vietnam tu nak arahkan kita agar serahkan I/C kita pada diorang. Ada jaminan ke yang ia akan selamat? Nak amik risiko?? Naa.. I don't think so. Even orang Malaysia sendiri pun takde hak nak paksa kita. Hanya pihak yang diberi kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN sahaja yang boleh simpan kad pengenalan kita.
Sekiranya ada pihak yang berdegil mahu menyimpan I/C kita.. mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. So.. jangan sekali-kali tinggalkan I/C korang kat pondok keselamatan. Mereka hanya boleh periksa dan kemudian pulangkan semula kepada kita. Ingat tu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan