Antara episod paling sedih dalam hidupku datang lagi. Hari ini Boboi dah diambil oleh owner barunya. Sejak daku diberitahu oleh hubby yang ada orang akan ambil Boboi, daku dah tak mahu lagi lihat dia. Daku tak mahu bermesra lagi dengannya. Panggilan2nya pun daku buat tak tau je. Sesekali bila ku pandang wajahnya yang memanggilku, dia buat wajah kesian kemudian menjeling padaku seperti marah bila tak dipedulikan.
Apa dayaku Boboi. Ikutkan kata hati hendakku halang kau daripada diambil orang tapi syurga seorang isteri adalah pabila patuh pada suaminya. Daku cuba untuk merelakan. Tapi hatiku sering menangis sejak daku tahu kau akan pergi. Daku tak mahu kehilanganmu Boi. Kalau boleh, daku ingin kau ada bersama kami hingga ke akhir hayat. Tapi.. apa dayaku.
Tadi ketika owner barumu datang, daku cuba untuk senyum dan ramah seperti biasa. Tapi daku tak dapat sembunyikan kesedihan hati. Ketika menuruni tangga, kau menjerit2 seperti memberitahuku yang kau tak mahu ke mana2.. kalau dibiar duduk dibalkoni rumah pun tak mengapa.. kau takkan nakal lagi.. yang penting jangan bawa kau pergi.. yang penting jangan kau dibuang. Ketika dalam kereta mereka kau tak mahu keluar dari carrier.
Boboi.. kalau Boboi tahu.. mama pun tak rela. Mama tak kisah kalau kau nakal, tak kisah kalaupun kau suka membebel, tak kisah walau kau menjeling bila Mama marahkanmu. Tapi Boy.. apakan daya. Mama tak dapat sediakan tempat tinggal yang sesuai untuk keselesaanmu dan penghuni dalam rumah ini. Akhirnya.. Boboi lah yang terpaksa pergi.
Boy.. jangan lupakan Mama ye. Teruskan dengan bebelan pagimu.. teruskan dengan dengungan rungutanmu.. buat mereka sayang padamu.. seperti Mama sayangkanmu. Boy.. semoga kita berjumpa lagi. Jangan lupa.. kalau ada anak nanti.. layan mereka seperti Boy layan adik2 yang lain.. susukan mereka walaupun Boy memang tak akan ada susu.. sayang mereka seperti mana Boy sayang pada BB, Manja, Gebu dan Comel dulu. And stop being a bully ok even actually I don't really mind. Sayang Boboi.
Ahad, 17 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan