Sahabat

Ahad, 8 Mei 2011

Kepura-puraan!? Hipokrit!?

Gambar : Istockphoto
Salam semua.. hari ni daku nak citer pasal daku sendiri... ada kaitan dengan kepura-puraan atau pun boleh juga dipanggil hipokrit. Huhu. Kalau nak diikutkan.. daku memang tak suka pura-pura atau hipokrit. Kalau daku diam tak berkata iya atau tidak.. bermakna daku tak sependapat cuma daku tak suka membangkang sebab daku tak suka cipta suasana tegang.

Selalunya kalau berkaitan keluarga daku dapat elakkan kepura-puraan daripada berlaku. Daku lebih suka berterus-terang. Kalau nak marah marahlah masa tu.. kalau nak hangin.. hanginlah masa tu.. pastu cepat2 cool.. sebab daku sayang keluarga daku.

Tapi lately banyak betul yang berlaku yang buat daku langsung tak terkata2. Daku sayangkan mereka2 ni.. tapi daku tak nampak di mana ruangnya untuk daku give them a piece of my mind... bukan untuk marah tapi untuk beri nasihat. Daku kenal mereka tapi daku tak dapat yakinkan diri untuk percaya yang mereka akan terima nasihatku. Daku takut. Takut????!!!! Daku??? Takut???.. adoii.. apa dah jadi ni.. daku takut.. ish ish..

Memang itulah yang daku sedang alami. Daku takut kalau mereka yang daku sayang menjauhkan diri sebab daku bersuara. Memang takut. Daku amat sayang mereka ini. Tapi dalam masa yang sama.. kasih sayang daku pada mereka juga buat daku rasa hopeless bila tak dapat bersuara.. daku ingin sangat bersuara... hmmm.. bagaimana.

Sabtu, 7 Mei 2011

Pengalaman Kemalangan

Gambar : Google
Hari ni daku tetiba pulak teringat tentang kisah kemalangan yang pernah berlaku dalam hidupku. Ada beberapa kemalangan tapi yang paling dahsyat sekali adalah kemalangan kereta dan motor di Tongkang Pecah. Daku, bapak dan emak dalam perjalanan pulang ke Lumut Perak dari Singapura. Sampai saja di simpang tiga di sebuah kawasan bernama Tongkang Pecah, Johor tiba-tiba sebuah motor melanggar kereta kami dari depan.

Sebenarnya ada 7 - 8 biji motor yang ingin keluar simpang. Pada ketika tu kereta kami sudah berada hampir dengan simpang... ketika tu kumpulan motor tu tak sabar2 juga nak keluar simpang.. mereka terus juga keluar simpang secara tiba2. Motor yang kedua akhir yang ikut bersama2 tu tak mampu untuk melepasi kereta kami.. lalu dia melanggar bucu kiri depan kereta kami. Bonet kereta tu kemek dan ternaik macam bukit dari bucu kiri sampai ke tengah kereta.

Masa motor tu menghentam kereta kami, penunggangnya melambung dari bucu kiri depan ke bucu kanan belakang kereta kami. Maknanya dia terbang melintas bumbung kereta kami dan terdampar di tengah2 jalanraya. Manakala pemboncengnya yang perempuan pula tercampak ke sebelah kiri di atas rumput.

Bila dah kena tu bapak tak dapat gerakkan steering sebab bucu yang kemek tu menekan tayar kiri depan dan menghala ke kanan. Maka bapak hidupkan hazard lamp dan bunyikan hon pastu mengikut je kereta yang bergerak ke kanan.. sampailah kereta kami tiba di bahu jalan sebelah kanan. Masa dentuman berlaku, daku tersembam ke kerusi emak dan terus terperosok kat belakang sit dia. Daku termasuklah sikit bawah kerusi dia. Emak pulak terhantuk kepalanya ke windscreen. Bila dah kereta dah berhenti di bahu kanan jalan tu barulah daku terhegeh2 melepaskan diri dari kerusi emak. Bapak pulak keluar dari kereta dan cuba buka pintu mak. Pintu mak tak boleh buka sebab tekanan di bucu kiri tu terlalu kuat.

Bila daku keluar tu daku nampak darah bersepah kat tengah jalan. Ramai orang yang datang dan cuba membantu kami dan juga penunggang tu. Daku cuma nampak penunggang motorsikal yang tak sedar diri dan perempuan tu yang terlentang tak sedar diri. Aku nampak sebelah high heels nya kat atas rumput  tak jauh dari tempat dia terbaring.

Tak banyak yang daku ingat sebab bapak cepat2 suruh daku masuk dan tunggu dalam kereta dengan emak. Emak ku lagi la bapak tak bagi keluar sebab dia tu ada kecut sikit tengok benda2 macam ni. Lepas tu kami pergi balai polis dengan menaiki tow truck yang tarik kereta kami. Pastu kami tumpang di rumah saudara yang terdekat dengan daerah tu.

Selama beberapa tahun daku dah tak dengar cerita berkaitan dengan kemalangan tu. Tiba2 satu hari bapak kata dia dapat surat untuk naik mahkamah kes kemalangan tu. Sebab sampai kena naik mahkamah.... sebab penunggangnya meninggal dunia. Sedih daku dengar rupa2nya dia meninggal. Yang lebih menyedihkan kejadian tu berlaku pada awal Aidilfitri.

Bapak tak kena tindakan apa2 sebab terbukti penunggang motorsikal tu yang bersalah. Sampai sekarang daku tak tau siapa penunggang tersebut, siapa keluarganya dan siapa wanita yang diboncengnya.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh penunggang motor tersebut.

Hari Ibu

Dulu ketika Syadiyah masih dalam kindergarten di tadika Atfal, satu hari tu dia bawa balik something... apa bendanya?? ni ha gambarnya kat bawah ni...

2009 - depan

2009 - Belakang

2010

Tanda ingatan sempena Hari Ibu yang dia buat sendiri ketika di sekolah. Hehehe.. so touching.. pastu belanja dia ngan ayah dia mamam kat luar. Hehe.. Hari Ibu patutnya derang belanja ai.. tapi ai belanja diorang.. sebab hati senang dan terharu punya pasal.. hehehe.

Kepada anak2 yang masih punya ibu di luar sana.. bukan wang ringgit yang ibu harapkan.. tapi tanda anda mengingati mereka. Sudah saban hari dilupakan.. tak salah kalau sekali sekala kita tunjukkan tanda ingatan yang lebih dari biasa... semoga ibu rasa bahagia walau dengan hanya panggilan telefon. Semoga Allah memberkati semua ibu2 serta mereka yang ingin menjadi ibu tapi masih belum dimakbulkan Allah... Amiiiin.

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...