Sahabat

Isnin, 13 Jun 2011

What Goes Around Comes Around - Part 2

Dah kecoh tentang dia punya rating yang tak berapa nak bagus tu.. dia minta dengan kitorang nanti kalau bos dia panggei, jawablah apa yang patut. Heheh.. apa kes... dia selalu buruk2kan staff kat bos.. pastu nak kitorang  backing dia pulak. Tapi sebagai orang Islam kan tak baik berdendam. Ayat poyo daku ini. Hehehe

Source : Google
Tak habis dengan kekecohan yang satu ni dalam department kami, tiba2 the whole group of companies ni buat organizational restructuring. Korang boleh imagine... public listed company yang ada berapa banyak subsidiaries dan related company ni buat restructuring. Masa tu kami takdelah rasa apa2 pun. Sedikit demi sedikit bermula penghujung tahun 2010 ada "usikan2" yang berlaku dalam department kami. Mulanya bos daku tu membebel sebab ada bos2 baru yang fresh dan jauh lebih muda dari dia yang baru je masuk terus je nak minta itu dan ini selain bias terhadap dia. Bos2 yang baru tu semuanya ladies.

Kemudian setelah few weeks mendengar bebelan bos daku tu tiba2 company buat massive restructuring. Lagilah bos daku tu membebel. As usual, human are reluctant to changes. Aku dah tahu dah apa dia akan kata tentang restructuring tu.. "they are from different background, suddenly came in and want to change according to their understanding.. how come".. hmmm. Kat belakang diorang tu which is di depan aku lah dia kata macam tu.. tapi bila jumpa the lady bosses tu senyum meleret.. hipokrit nan terserlah. Kiranya daku ni dah jadi macam tempat bercerita ketidakpuasan hati dia lah.




Finally a month and a half ago... department daku pulak diberitahu akan dibubarkan. Banyak kisah yang daku dengar daripada orang2 yang selalu ikut bos daku meeting dengan lady bosses tu. Dia kena "shut up", dia diquery.. "your department cuma buat ini dan itu.. why do we need a senior manager like you in the department?". Heheh. Dah bermula la era keseraman dalam hidup dia di company ini. Semenjak itu semakin dia takde menjerit.. yang ada cuma senyum, gelak ketawa. Kemudian dia meluahkan rasa hati pada daku.

Daku faham apa yang dia alami dan daku turut simpati. Tapi apa yang boleh daku buat.. ini semua adalah tidak dirancang. Untuk pengetahuan korang.. staff2 dalam dept kami ni dibahagi2kan mengikut kesesuaian oleh bosses baru tu berdasarkan kepada dept2 baru yang diorang set up. Ada juga yang masih buat portfolio yg sama cuma reporting to a new bos who handle new dept with a new name.

Ada satu waktu tu dia pergi meeting bersama dengan all the lady bosses untuk pembahagian staff dari 2 - 3 existing dept ke dept yg baru. Setiap kali ada keputusan dengan segera dia update asst mgr nya melalui sms. Masa tu dah tau lah nama siapa akan pergi ke mana. Kecohlah semua sampaikan ada sorang bos baru tu tersengeh bertanya.. "what's happening?".. maklumlah.. dengan adanya bos macam bos daku tu siapa berani bising.. dia sorang je yang boleh membising.. jadi tiba2 pada hari tu semua staff dept kami buat bising.. terkejutlah org2 dept lain.. hehehe. Kelakar pun ada masa tu. Bos daku pun ada buat kelakar dalam SMS nya.. kononnya dia ni macam CNN melaporkan secara live. Hehehehe.. kitorang semua gelak besar. Dah ada +ve changes dalam diri bos daku tu. Alhamdulillah.. suka juga tengok perubahan dia tu.

Sampai ke pengakhir meeting tu nama daku dah few other staff masih takde. Kami menanti sampai keesokan harinya. Esoknya dia cuti la pulak. Adei.. saja je nak bagi orang berdebar ni. Ada few staff yang dah lama dengan dia dah mula rasa sedih sebab rasa tak dihargai. Kenapa rasa tak dihargai? sebab dah beberapa tahun dengan dia tapi dia tak "rebut" pun untuk masukkan dalam department baru bersama2 dengan yg nama dah disebut. Pada mereka nama2 yg dah disebut tu adalah orang2 yang penting2 sebab tu semua bos2 tu berebut2 nak ambil diorang.

Bagi daku? Bagi daku pula.. takde sedikit pun rasa kecewa. Sebabnya? Sebabnya.. semua bos2 yg berebut tu (yg lama dan yg baru) tak kenal pun semua staff yang tinggal ni. Maybe a few dia kenal lah.. tapi macam daku yg baru join ni dengar nama pun tak pernah. Hehehe. So.. daku takde la rasa tak berharga. Lagi satu sebab.. daku gembira kalau tak masuk dept yang baru tu sebabnya dept itu masih ada kaitan dengan bos daku tu. Masih duduk di tingkat yg sama, kawasan yang sama dan reporting kepada big  bos yang sama. Yang paling utama yang buat daku tak kisah.. daku percaya ada hikmah disebalik semua ni... who knows ada yang lebih baik untukku yang Allah dah rancang dalam dept lain? Who knows ada perjuangan yang lebih hebat menantiku dalam dept baru (yg belum diketahui ketika itu) yang akan lebih mencabar daku lebih dari bos yg sekarang ni. By the end of the day.. apa2 pun yang Allah dah tetapkan.. daku percaya daku akan jadi jauh lebih baik dari semalam. I will be a better person.

Bos daku tu sendiri diletakkan dalam dept yang sama dengan ex staff2 dept dia... tapi semua staff reporting to senior mgr yg lain.. dan bukan dia. Setiap senior mgr tu ada portfolio project yg hebat2.. tapi bos daku ni dapat "pool" project. Bukan daku nak perlekeh tapi nampak sangat what is happening pada dia.

Satu hari bos daku meluahkan isi hatinya lagi pada daku.. masa ni baru daku dapat confirmkan sesuatu yang memang daku dah agak.. cuma tak confirm je.

Sambung kejap lagi erk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...