Salam frensss.
Hari ni mood tak berapa nak baik. Ntahlah kenapa atau apa sebabnya tapi cukup membuatkan daku kembali baran untuk seketika setelah sekian lama.
Tadi semasa pulang dari kerja dan dalam perjalanan nak ambil Syadiyah daku kena lalu jalan yang memang jem. Daku tak kisah pun pasal jem. Lumrah la dok kat KL kan. Kalau tak jem tu tak berapa nak "KL" bak kata mak daku. Muehehehe.
Tengah memandu daku nak ubah lane ke kanan.. daku nampak ada kereta kat belakang. Dia slow.. daku pun perlahan2 gerakkan kereta ke kanan. Dia pun lajukan lagi kereta dan masuk ke lane yg lebih kanan sebab masa tu kedua-dua lane ni kosong. Daku nampak dia melajukan kereta. Tak kisahlah.. daku biarkan je laaa sambil perlahan2 manouver kereta daku masuk ke lane tengah. Bila kereta tersebut dah seiring dengan kereta daku tetiba je dia bunyikan hon macam nak accident je gamaknya.
Daku yang tengah tak berapa nak baik mood tu terkujat la. Sebabnya daku rasa takde sebab untuk dia buat macam tu... dan tambahan mood daku tak berapa nak baik. Bila dia dah hon tu dia tekan lagi minyak sampai mengaum keretanya terus je masuk depan daku. Tak jauh lepas tu dia kena berhenti sebab dah sampai kawasan yang jem. Daku pun beratur sama kat belakang dia. Daku memang nak terus.. so daku bagi signal dan masuk ke lane kiri. Bila sampai je sebelah kereta dia daku terus pusing kepala dan pandang dia.. dia pun pandang daku balik.. daku jegilkan bijik mata dan cakap pelan2.. yela.. kalau daku jerit pun bukan dia dengar.. sama2 tutup tingkap.. muehehehe.
Apa daku kata????
"Apa masalah ko ni? Stupid". Masa tu dia tengok daku dalam keadaan rambut dia yang serabai. Pastu daku sempat pusing lagi sekali kepala.. dan tunjuk signal pusing2 kat kepala dan cakap.. "gila". Masa tu dia masih tengok daku. Huh.. panas betul hati daku masa tu. Apa masalah dia sampai nak hon2 orang tak buat salah. Hon macam nak gila pulak tu. Seb baik je mood daku masih boleh nak kawal.. kalau ikutkan hati mau je daku kejar dan potong pastu dah duduk depan dia daku brek emergency. Biar dia langgar belakang. Hampeh betul. Heheh.. itu perangai masa daku muda2 dulu la eh. Walaupun tak pernah buat sampai kena langgar tapi pernah lah daku kejar kereta orang.. hot punya pasal.
Bila daku fikir balik daku kata.. "apalah nak jadi dengan daku masa tu".. hehehe.
Apa sebenarnya moral of the story today? Takde apa2 lah kot.. cuma nak kasitau.. daku lemao dan moody hari neh. Ekekekeke.
Sabtu, 2 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan