Sahabat

Isnin, 27 Jun 2011

Boikot Astro

Salam friendsss.

Hari ni masa menonton berita ada tertarik pada satu isu ni. Iaitu pengguna di ajak memboikot Astro dengan tak membayar bil selama 3 bulan. Tindakan ini adalah berikutan tindakan Astro menaikkan chargesnya.

Daku tak kisah kalau para pelanggan nak boikot ke taknak ke.. sebabnya daku memang tak guna Astro pun. Bukan sebab apa cuma daku rasa daku tak sempat pun nak tengok channel yang banyak2 tu. Heheh. Sedangkan yang ada 6 channel free ni pun daku tak sempat2 nak tengok. That's why I am being selective on the program yang daku nak tengok. Hehe.

Sebenarnya yang lebih buatkan daku tercuit hati ialah bila daku fikirkan.. betapa bersungguh-sungguhnya masyarakat Malaysia nak mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan hiburan yang berpatutan. Tapi bila diajak boikot dengan matlamat untuk meletakkan pressure kepada penyumbang dana kepada zionis agar menghentikan sumbangan tu yang akhirnya akan mencipta masalah "cashflow" kepada zionis demi membela saudara2 seIslam kita di Palestin... semua diam dan beri all possible excuses. Boleh bayar bil Astro RM100++ sebulan tapi tak boleh sumbangkan separuh dari amaun tu kepada tabung Palestin atau setidak2nya spent duit tu untuk beli barang2 tempatan yang dibuat oleh orang Islam yang CONFIRM takde sumbang kepada zionis.

Daku betul2 rasa kecewa dengan masyarakat Malaysia yang begini. Namun dalam masa yang sama daku tahu.. "ini adalah hak masing2". So true. Dan dalam masa yang sama juga daku tahu.. tak semua rakyat Malaysia begitu mementingkan diri.. dan masih ada yang prihatin dan berusaha.. bukan sekadar berdoa dan bertawakkal "bagi pihak" saudara2 kita di Palestin.

Kalau ada yang sebelum ni tak pernah ambil tahu.. dan kini tergerak hati untuk ambil tahu apakah barang2 yang boleh diboikot serta tindakan2 lain yang boleh dilakukan sebagai tambahan kepada boikot.. silalah ke website INMINDS.

Wallahu'alam.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Boikot! boikot! Jom nengok TV alhijrah ;)

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...