Sahabat

Memaparkan catatan dengan label Kita Prihatin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kita Prihatin. Papar semua catatan

Isnin, 1 Ogos 2011

Tol

Source : Google
Salam friendsss... hehe. Kali ni nak buat citer pendek je. Hehe.. meh nengok betapa pendeknya.

Beberapa hari yang lepas daku memang seperti biasa bila pergi kerja tu kena lalui tol. So sampai kat tol ni harganya RM1.30 tapi daku takde duit syiling maka daku beri RM2.00. Petugas tol pada masa tu ialah seorang lelaki. Wajah dia memang wajah "know nothing" and "I don't care". Daku tak kisah sebab daku bukan nak tengok muka dia pun... yang penting duit daku dipulangkan.

Bila dia terima duit daku dia terus mengira seperti biasa dan memulangkan duit baki. Masa pulangkan duit baki tu daku tadah tapak tangan.. dia perlu letakkan duit atas tapak tangan daku. Ntah kenapa tetiba duit tu bley plak jatuh kan. Adeh... ni yang maleh ni.. nak bukak pintu pastu amik duit. Adoii. Mulanya daku nak hangin la jugak dengan budak tu.. nak je cakap.. takleh ke bagi elok2. Pastu cepat2 daku muhasabah diri.. dia tak sengaja kot... takkanlah dia sengaja. Tak baik berburuk sangka. Daku pun tenangkan hati dalam masa yang singkat sambil buka pintu untuk ambil duit.

Bila daku tengok je kat tempat duit daku jatuh... tersangatlaaaaa terkejutnya. Balance daku hanya 70 sen.. ada 50 sen sekeping dengan 20 sen sekeping. Tapi kat situ ada beberapa keping syiling 10 sen. Daku terberhenti sekejap sebab pelik. Pastu daku fikir.. apa kisah. So daku kutip duit yang lain2 tu juga dan cuba serahkan kepada petugas tol. Yang buat daku lagi cam skeptik gitu kan sebab dia tak hirau pun daku ni tengah kutip duit ke apa ke.. dia buat bodoh je. Sampai masa nak bagi duit2 lain tu pun daku kena panggil dia. Daku kata.. "dik.. ooo dik. ADIK. Ambik ni duit orang yang tercicir".. sambil letak atas tapak tangan dia.. pastu terkebil2 dia tengok daku sambil senyum sikit dan kata.. "terima kasih".

Maknanya dah banyak orang yang duitnya tercicir tapi maybe malas nak ambik so diorang biarkan aje. Adooiiyyaiii.

Isnin, 27 Jun 2011

Boikot Astro

Salam friendsss.

Hari ni masa menonton berita ada tertarik pada satu isu ni. Iaitu pengguna di ajak memboikot Astro dengan tak membayar bil selama 3 bulan. Tindakan ini adalah berikutan tindakan Astro menaikkan chargesnya.

Daku tak kisah kalau para pelanggan nak boikot ke taknak ke.. sebabnya daku memang tak guna Astro pun. Bukan sebab apa cuma daku rasa daku tak sempat pun nak tengok channel yang banyak2 tu. Heheh. Sedangkan yang ada 6 channel free ni pun daku tak sempat2 nak tengok. That's why I am being selective on the program yang daku nak tengok. Hehe.

Sebenarnya yang lebih buatkan daku tercuit hati ialah bila daku fikirkan.. betapa bersungguh-sungguhnya masyarakat Malaysia nak mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan hiburan yang berpatutan. Tapi bila diajak boikot dengan matlamat untuk meletakkan pressure kepada penyumbang dana kepada zionis agar menghentikan sumbangan tu yang akhirnya akan mencipta masalah "cashflow" kepada zionis demi membela saudara2 seIslam kita di Palestin... semua diam dan beri all possible excuses. Boleh bayar bil Astro RM100++ sebulan tapi tak boleh sumbangkan separuh dari amaun tu kepada tabung Palestin atau setidak2nya spent duit tu untuk beli barang2 tempatan yang dibuat oleh orang Islam yang CONFIRM takde sumbang kepada zionis.

Daku betul2 rasa kecewa dengan masyarakat Malaysia yang begini. Namun dalam masa yang sama daku tahu.. "ini adalah hak masing2". So true. Dan dalam masa yang sama juga daku tahu.. tak semua rakyat Malaysia begitu mementingkan diri.. dan masih ada yang prihatin dan berusaha.. bukan sekadar berdoa dan bertawakkal "bagi pihak" saudara2 kita di Palestin.

Kalau ada yang sebelum ni tak pernah ambil tahu.. dan kini tergerak hati untuk ambil tahu apakah barang2 yang boleh diboikot serta tindakan2 lain yang boleh dilakukan sebagai tambahan kepada boikot.. silalah ke website INMINDS.

Wallahu'alam.

Syahid!!!

Salam frens.

Hari ni daku menonton siri NCIS. Kisah kali ni ada membabitkan keturunan raja Arab. Memang cerita ni best.. dand aku suke sangat citer ni.. sebab banyak buat kita berfikir. Cuma ada satu benda yang daku takleh blah dalam kisah kali ni.

Ketika anak kepada raja Arab tu terbongkar rahsianya rupa2nya dia yang merancang pembunuhan ke atas adik kandungnya sendiri NCIS pergi berjumpa dengan raja Arab tu. Kemudian mereka ceritakan semuanya dan raja tu dengan tenang kata anaknya dah mengaku. Dan anaknya sekarang dalam jet peribadi untuk balik bersama2 dia ke Arab. Bila NCIS tanya kenapa anaknya rancang nak bunuh anaknya yang seorang lagi.. dia bagi statement.. "dia rasakan cara hidup adiknya akan memalukan keluarga kami. Dan kerana itu dia rasakan adalah lebih baik kalau adiknya mati syahid".

What??? Mati Syahid? Kerana apa? kerana dibunuh abang sendiri? Atas sebab apa? Sebab dia suka berfoya2 dan memalukan keluarga? Hmmmm.... penulis skrip atau cerita episod kali ni maybe typical American yang tak berapa nak pandai. Kalau tak tau next time jangan la pandai2 je sebut syahid. Kenapa cerita omputeh ni selalu kaitkan "penjenayah2" mereka yang berbangsa Arab dan beragama Islam ni dengan pergerakan "jihad" dan juga "mati syahid". Kemudian memperlihatkan yang "jihad" tu adalah perbuatan membunuh tanpa sebab yang waras. Jihad yang diorang tunjukkan dalam cerita2 begini sebenarnya Jihad dalam "definisi" dan pemahaman omputeh2 yang tak berapa nak pandai tapi olok2 pandai ni.

Daku rasa irritate betul dengan pandangan diorang yang dangkal tu.

Cerita tu pun bagi daku hanya cerita yang cuba menyampaikan mesej yang baik dengan menggunakan contoh yang salah. Tapi apa yang PASTI ialah.. mereka ni orang2 yang bodoh sombong... "tak tahu" tapi pura2 tahu dan tak mahu pula belajar bagi betul2 tahu. So.. kekal lah mereka sebagai orang yang "pandai" dalam khayalan mereka sendiri. Muahahahahaha

Rabu, 22 Jun 2011

Tak Terbayang Kedukaannya

Source : HowMuchShouldANewBornEat
Salam friends. Hari ni daku nak kongsi something yang tak siapa pun menyangka. Seperti yang diketahui daku kan kena tukar ke department baru dan reporting to a new bos. Memang banyak kali keluar masuk  bilik dia untuk bincang tentang kerja yang sedang melambak dan perlukan perhatian. In other words, we need all the help that we can get at the moment. So, ada sekali tu seorang staff masuk dan bercakap dengan bos baru. Dia ada beritahu tentang betapa hectic nya ketika month-end closing hingga ketika dia sarat mengandung pun dia kena balik lewat.

Daku tersenyum mendengar ceritanya. Dalam kepalaku terbayang mesti penat dia kena bekerja sampai lewat malam dalam keadaan sarat mengandung. Then, untuk menyenangkan hatinya daku katakan.. "then baby awak mesti bijak sebab tolong mak dia buat closing masa dalam perut". Dia senyum dan kemudian berkata.. "baby saya dah meninggal".. erk.. daku rasa macam salah dengar dan tanya lagi.. "apa dia?".. then dia ulang lagi.. exactly the same statement yg daku "rasa" daku dengar. Terus je daku terdiam. Well what you expect.. I was thinking to cheer her up but end up.. mencungkil pula kisah sedihnya.

Isnin, 20 Jun 2011

Sempurnakah Anda? - Part 2

Source : http://www.sharenator.com
Yang paling tak boleh blah bila dia dengar pasal seorang kawan ni.. terus je dia percaya. Hukum kawan dia tanpa usul periksa. Well.. apa kita boleh expect dari orang macam ni kan.. the brain doesn't function well.

Daku cuma nak dia tanya diri dia sendiri... "sempurna ke daku ni?".. "daku tak pernah ke buat salah?".. "cantik sangat ke daku ni sampai nak kutuk orang lain?"... "pandai sangat berfesyen ke daku ni sampai nak kutuk fesyen orang lain?"... the ultimate question... "sempurnakah aku pada pandangan Allah hingga daku tak kisah untuk membetulkan diri sendiri dan sibuk memperkatakan tentang keburukan orang lain?".

Well wahai orang2 yang bersikap begini.. as far as I am concern.. you are so weak and have no self confidence that you need to spell out other's flaw just to cover yours and you are brainless.. you mouth work much faster than your brain.

Finally.. pergilah kau cermin diri kau dulu. Aku dah muak. Dan daku tak mahu dengar apa2 lagi. Anything comes out from your mouth are negative and you have become a negative energy to the people around you.

Secondly daku nak cerita tentang orang yang suka cari kesilapan orang lain dan tak nampak2 kebaikan yang orang tu dah buat. Ni pun banyak yang daku jumpa. Orang2 yang begini memang heartbreaking. All your effort will go unnoticed.. instead.. dia akan ungkit kisah2 yang lalu kamudian jadikan bahan untuk membuktikan kita salah dan dia betul. Yang lebih pathetic.. bila kisah2 yang dia ungkit tu takde satu pun yang membuktikan kita salah.. tapi dia dapat jadikan seolah2 memang kita bersalah. Hahah.. complicated kan.. tapi orang2 macam ni pun banyak yang ada.

Ahad, 19 Jun 2011

Hari Bapa....

Source : Enigmaphotos(Flickr)
Salam All.

Sebenarnya bukanlah nak cerita pasal hari bapa sangat. Cuma nak kongsi sikit apa maknanya hari bapa pada daku. Sebenarnya "hari" atau "tarikh" nya tu takdelah significant pun dalam hidup daku ni. Cuma yang membuatkan "hari bapa" ni effect hidup daku ialah kerana "mengingatkan".

Well.. daku tak segan nak mengaku.. daku sangat jarang melihat orang lelaki sebagai "bapa" pada hari2 biasa daku melihat mereka.. tak kisahlah siapa pun.. hubby ku ke.. bapa ku ke (allahyarham).. pakcik2 daku ke.. datuk2 ku.. atau sesiapa pun lelaki yang dah menjadi bapa. Daku jarang sekali menghargai mereka sebagai seorang bapa. Maybe sebab daku terbawa2 dengan diriku sebagai seorang ibu.. hahaha. So selfish kan.. macam lah daku sorang je jadi ibu.. orang lain tak jadi bapa. Muehehehe.

So.. bila nampak je iklan2 hari bapa baru daku teringat.. ramai bapa2 di sekelilingku yang daku jarang hargai tanggungjawab mereka sebagai seorang bapa. Bila tengok iklan2 tu buat daku teringatkan mereka2 ni.. dan mula menghargai mereka sebagai bapa. Walaupun diorang selalu nampak cool.. jauh sekali nak menangis macam ibu2 (orang perempuan lah katakan).. tapi jauh di sudut hari mereka.. mereka pun fragile juga macam kita.. mereka pun sayang anak dan keluarga mereka. Cuma mereka do not know how to express their emotion or materialize it.

Tanggungjawab dan beban yang mereka pikul tu kita pun tak berapa nak faham. Maklumlah.. perempuan tak dapat nak faham macamana cara orang yang monotrekking ni berfikir kan kan. Hehehe.

Well kepada semua bapa2 di luar sana.. teruskan menjadi bapa yang hebat dalam cool.. bimbinglah keluarga ke jalan yang diredhai Allah.. we all (kids and wife) sangat menyayangi anda dan menghargai anda.. walaupun adakalanya terlupa.. hehehe. Semoga Allah memberkati kita semua. Amiiin.

Al-Fatihah untuk semua bapa2 yang telah tiada.. termasuk bapaku (Mat Dzid Jamil), pakcik ku (Salam Rahmat), datukku (Abdul Majid Daan & Sahat Sidek).

Sempurnakah Anda? - Part 1

Source : http://www.azzle.com
Salam friends...

Just wanna share few things which I have been observing for quite long and now do not know how to hold it inside. Ini kan tentang sikap manusia. Orang yang jauh dan orang yang sangat dekat dengan kita. Maybe diri kita sendiri pun ada bersikap begini tanpa kita sedari.

Mula2 nak bercakap tentang orang yang suka mengutuk. Selama hidup ni daku banyak memerhatikan orang yang suka mengkritik orang lain tanpa had. Memulakan perbualan dengan topik mengutuk orang lain. Sebenarnya kan friends... kalau nak cari silap orang lain... terlalu banyak yang boleh kita jadikan cerita untuk mengutuknya dan menjatuhkannya. Tapi untuk apa ye? What are we trying to proof by doing all that? Why putting so much effort to find ones flaws to tell it to others?

Adakah ia membantu anda untuk membina keyakinan diri??? dengan merendah2kan orang lain membuatkan anda rasa anda sangat mulia? Well friends.. you are so wrong. Kalau orang2 yang tak matang bolehlah kau gula2kan dan pengaruhi minda mereka dengan cara pemikiran yang tak membina tu. Tapi kalau kau try it on me.. the only thing I will be thinking off is "what is wrong with you?"... in malay.. "apa kena dengan kau ni?".. takde kerja lain ke asyik2 nak kutuk orang.. gosip pasal orang... mengumpat pasal orang.

Khamis, 16 Jun 2011

Jom Boikot

Salam kengkawan. Bagi kengkawan yang dah lama kenal daku tentu tahu tajuk yg memang dah sinonim dengan daku neh. Heheh. Yes... boikot. Kalau orang yang belum kenal mesti ada yang menggambarkan daku sebagai seorang yang negatif.. sebab perkataan "boikot" adalah perkataan yang berunsur negatif sama seperti "jangan", "tidak". Well.. apa pun pandangan korang.. daku terima je la.. tapi marilah baca dulu before making any assumptions okeh bebeh.

Dah bertahun2 daku memboikot ni. Boikot yang daku maksudkan di sini ialah Boikot Ekonomi.. kepada siapa? Kepada Israel dan sekutu2nya.. Kenapa? Untuk menekan mereka agar menghentikan sumbangan kewangan kepada Yayasan Israel supaya yayasan itu lumpuh dan tak mampu lagi membiayai serangan ke atas saudara2 seIslam kita di Palestin. Bunyinya dengar mudah je kan. Tapi sebenarnya dalam hati daku ni sangat berat. Bukan berat nak boikot.. tapi berat perasaan memikirkan apa yang berlaku kepada saudara2 kita di Palestin. Sedang daku tak mampu mengangkat senjata dan berperang bersama mereka. Memang daku tak terdaya.

Daku percaya korang pun tak terdaya nak tinggalkan keluarga di sini dengan anak2 yang masih kecil, dengan kerjaya yang korang bina, dengan ibu bapa yg masih memerlukan kita. Mula2 dulu daku rasa hopeless bila fikirkan "aku tak mampu nak angkat senjata bersama mereka". Tapi daku percaya bahawa kekuatan itu tidak datang dalam bentuk fizikal sahaja. Kekuatan mental juga perlu untuk berjaya. Maka sejak hari itu.. daku kuatkan hati untuk memboikot. Biar banyak mana pun barangan yang perlu diboikot.. daku akan boikot. Tak ada satu pun akan terlepas.

Isnin, 14 Februari 2011

Kita Prihatin : Qistina Balqis Maisarah

Qistina Balqis Maisarah, mungkin beliau bukanlah sepopular kanak-kanak yang menang anugerah Bayi Comel Pa&Ma dan sebagainya…
qistina balqis maisarah
Di sebalik matanya yang bersinar, Qistina Balqis Maisarah menyimpan 1001 rasa yang tak mungkin dapat dikongsi dengan sesiapa..
Inilah Qistina Balqis Maisarah Mohd Zuhairi
Dilahirkan pada 16 September 2010 di Hospital Manjung, Perak
Menderita masalah jantung, cleft, jangkitan paru-paru dan beberapa penyakit yang masih dalam pantauan
Berada di hospital sejak lahir hingga kini
Kini berada di Hospital UKM, Kuala Lumpur
Qistina Balqis Maisarah baru saja menjalani pembedahan jantung. Daripada ibunya, Puan Mai, saya quote dari Group FaceBook ‘Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisarah:
hari ni balqis masih tido..doc x bg kacau dia..syukur alhamdullillah respon pembedahan smlm sgt cpt doktor kata..pernafasan dia dah stabil..bila tgk kt dada dia dah x berombak lg pernafasannya..pernafasannya dah normal spt baby normal..denyutan jantung dia pun dah normal..mmg aku nmpk sgt perubahan pada dadanya..dulu dia bernafas laju dan dadanya turun naik masa bernafas..kini dah normal…bersyukur sgt pada yg maha esa kerana mendengar doa2 kami..harap2 balqis cepat sembuh dan sihat..sbb mama dah x sabar nak balik rumah kita di manjung sayang… :)
Sertai group FaceBook yang dibina khas untuk Qistina Balqis Maisarah. Semoga perhatian dan keprihatinan yang kita tunjukkan dan sumbangkan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban anak kecil ini serta keluarganya.
Jom bersama-sama kita sertai kempen

 

Untuk Qistina Balqis Maisarah.

Sebagai tanda keprihatinan kita terhadap penderitaan anak kecil ini dan keluarganya.
Doakan bersama-sama agar Baby Balqis dapat menjalani detik-detik ini dan membesar seperti anak-anak kita yang lain, cergas, sihat, pintar… Doakan juga ketabahan kedua ibu bapanya dan ahli keluarganya dalam menghadapi dugaan ini. Semoga rezeki yang lebih besar terbentang luas buat mereka.


Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:

NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL
CIMB AKAUN NO. 08040000972202
MBB AKAUN NO. 114160850396

ARTIKEL DIAMBIL HASIL IHSAN : mysuperkids.net : rm1 untuk qistina balqis maisarah




Mama Syadiyah : Jom kawan2 kita menderma sekadar yang termampu. Jangan lupa juga berdoa.. semoga Allah makbulkan. Allah Maha Mengetahui.

Sabtu, 1 Januari 2011

Bias ke Daku?

Salam semua. Hehe.. dah start bersawang dah blog ni. Hari ni terasa nak bercerita lagi.

Kalau korang masih ingat dengan "kakak siput sedut" yang pernah daku sebutkan dalam cerita daku dulu kan. Hehehe. Kali ni nak bercerita kisah dia juga lah. Daku berkali2 muhasabah diri daku tapi masih juga daku bias dengan kakak tu. Pandangan daku pada dia tu sentiasa je tak berapa nak positif. Bukan daku tak cuba. Daku cuba sedaya upaya. Bagi mereka yang kenal dengan daku pasti tahu daku ni bukan jenis yang suka simpan dalam. Tak suka buat musuh. Benda remeh daku selalu lupakan je.

Kalau ikutkan apa yang kakak ni buat pun sebenarnya remeh je sebab takde effect pun pada daku. Tapi sejak kebelakangan ni lain pulak dia punya sikap. Daku tak berapa nak kisah kalau dia suka memasak untuk "orang yang mendatangkan faedah" pada dia. Itu hak dialah kan nak pilih siapa yang dia nak masakkan. Daku sikit pun tak tersinggung walau dia tak pernah pun masakkan untuk daku. Cuma semakin hari daku tengok dia macam tak berapa sensitif dengan perasaan orang sekeliling dia.

Dia masak makanan kegemaran orang yang dia suka tu la. Bagi satu tupperware besar letak atas meja orang tu. Pastu orang2 lain yang seangkatan dengannya ni nampak. Then ada yang bersuara "tak pernah pun akak nak masakkan untuk kita". Dia kata "alah.. apalah ko ni.. nanti hari Jumaat ni akak masakkan eh". Bila sampai hari Jumaat orang itu suka2 je menuntut janji.. dia boleh kata.. "eh mana ada.. mana ada janji.. tipu.. takdelah". Daku yang mendengar ni berbulu je.

Daku terasa ringan je mulut nak cakap.. "kak.. masakkan orang tu bukan satu kesalahan tapi bila dah janji jangan lah jadi munafik. Tak nak mengaku pulak. Cuba akak fikir balik.. akak meninggal nanti.. kami2 ni lah yang akan tolong bacakan Yasin.. bukan yang akak beri makanan tu". Tapi daku tak berapa nak ambil berat sebabnya daku tahu bercakap dengan dia memang macam mencurah air ke daun keladi.. setitik pun tak lekat. So.. lebih baik diam dari mengeruhkan keadaan.

Baru2 ni dia potongkan kek dan hulur pada semua orang tapi pada daku dia tak hulur. Daku tak kisah pun sebenarnya. Cuma daku kesahkan sikapnya.. dia tengah pegang kek tu menghulur2 kat orang2 di sekeliling. Bila dia pusing dan ternampak daku.. mukanya terus masam pastu pusing balik semula. Punyalah nampak taknak bagi kat daku. Daku tak kebulur pun nak makan kek dia tu. Tapi tak payahlah buat perangai budak2 macam tu. Umur dah lanjut, dah pergi Umrah tapi perangai macam budak2.

Sebelum tu dia ada suarakan kat salah seorang budak tu intention dia nak belanja dia makan. Budak yang dia berbual tu selalu keluar dengan daku dan beberapa kawan lain. Dia sebut nak belanja seorang dua.. pastu budak tu sambung.. "dengan kak Ifah n kak S sekali?"... terus je dia buat muka. Daku tak kisah kalau taknak belanja but AGAIN.. tak payahlah buat perangai budak2. Benda2 kecik macam tu buat orang hilang hormat pada dia sebagai seorang yang dah berusia. Tambah pula dia tu seorang yang sangat kuat beribadah (well korang pun tau ni kan). Bila budak tu cerita kat daku.. member yang nama S ni berubah muka terus je daku cakap.. "takpelah S.. kita tak mati kebulur pun kalau tak makan belanja dia tu". Terus semua senyap. Adoi.. kan sudah.. daku kalau dah bersuara sarcastic ni memang confirm ramai yang terdiam.

Baru2 ni juga daku ada buat kutipan derma untuk majlis kat sekolah anak.. daku tak mau nampak sangat daku pergi kat semua orang tapi tak pergi kat dia padahal daku cuma tak minta pada non-muslim sahaja. Daku pergi kat dia terus je airmuka dia berubah.. dengan senyum kelat dia kata.. "hmmm.. ok.. tapi akak tak bawak duit hari ni".

Daku nak tanya korang.. daku ni budak2 bodoh lagi hingus ke sampai tak faham apa maksud dia? Maksudnya dia taknak bagi. Daku tak kisah.. daku berlalu sambil kata.. "oh ye ke.. takpe.. tak kisah.. terima kasih kak". Ada ke orang pergi kerja tak bawa duit? Dia ada kereta. Hari tu baru je dapat gaji. Hahaha. Alasan yang sangat tak sesuai. Tapi takpe.. at least dia cari ayat cover kan. Daku hargai tu. Cuma daku fikir.. kalau dia letak 10 sen sekali pun tak menjadi masalah.. yang penting ikhlas.

Semakin lama daku tengok kakak ni makin menjadi2 pulak cuba menyakitkan hati daku. Mungkin dia rasa dia berjaya menggores hati daku. Sebenarnya takdelah menggores hati cuma buat daku terfikir kenapa seorang wanita yang tak tinggal solat dhuha yang sentiasa bercakap tentang agama , tentang halal haram, yang berani menegur orang yang membuat silap, sudah menunaikan umrah boleh punya perangai yang begitu? Kalau benarlah solatnya itu tak mendatangkan kesan pada akhlaknya.. kesianlah dia.. daku simpati. Semoga kakak tu sedar.

Pakaiannya pun sekarang makin sendat dan singkat berbanding dulu. Daku masih ingat dulu bila dia menegur seorang kawan tentang aurat.. dengan kuat dia bercakap.. "berdosa kau". Tapi sekarang bagaimana jadinya?

One more thing.. dalam Islam kata.. kalau kita memasak dan baunya sampai rumah sebelah harus kita kongsikan makanan tu dengan jiran. Apa yang dia bawa untuk org yang dia suka tu menjadi bualan orang sekeliling yang melihat dan ada yang terliur nak sangat rasa siput sedut dia tu.

Cuba korang nasihatkan daku ni.. kenapalah bias sangat fikiran daku dengan kakak ni. Sila sila.

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...