Sahabat

Isnin, 1 Ogos 2011

Tol

Source : Google
Salam friendsss... hehe. Kali ni nak buat citer pendek je. Hehe.. meh nengok betapa pendeknya.

Beberapa hari yang lepas daku memang seperti biasa bila pergi kerja tu kena lalui tol. So sampai kat tol ni harganya RM1.30 tapi daku takde duit syiling maka daku beri RM2.00. Petugas tol pada masa tu ialah seorang lelaki. Wajah dia memang wajah "know nothing" and "I don't care". Daku tak kisah sebab daku bukan nak tengok muka dia pun... yang penting duit daku dipulangkan.

Bila dia terima duit daku dia terus mengira seperti biasa dan memulangkan duit baki. Masa pulangkan duit baki tu daku tadah tapak tangan.. dia perlu letakkan duit atas tapak tangan daku. Ntah kenapa tetiba duit tu bley plak jatuh kan. Adeh... ni yang maleh ni.. nak bukak pintu pastu amik duit. Adoii. Mulanya daku nak hangin la jugak dengan budak tu.. nak je cakap.. takleh ke bagi elok2. Pastu cepat2 daku muhasabah diri.. dia tak sengaja kot... takkanlah dia sengaja. Tak baik berburuk sangka. Daku pun tenangkan hati dalam masa yang singkat sambil buka pintu untuk ambil duit.

Bila daku tengok je kat tempat duit daku jatuh... tersangatlaaaaa terkejutnya. Balance daku hanya 70 sen.. ada 50 sen sekeping dengan 20 sen sekeping. Tapi kat situ ada beberapa keping syiling 10 sen. Daku terberhenti sekejap sebab pelik. Pastu daku fikir.. apa kisah. So daku kutip duit yang lain2 tu juga dan cuba serahkan kepada petugas tol. Yang buat daku lagi cam skeptik gitu kan sebab dia tak hirau pun daku ni tengah kutip duit ke apa ke.. dia buat bodoh je. Sampai masa nak bagi duit2 lain tu pun daku kena panggil dia. Daku kata.. "dik.. ooo dik. ADIK. Ambik ni duit orang yang tercicir".. sambil letak atas tapak tangan dia.. pastu terkebil2 dia tengok daku sambil senyum sikit dan kata.. "terima kasih".

Maknanya dah banyak orang yang duitnya tercicir tapi maybe malas nak ambik so diorang biarkan aje. Adooiiyyaiii.

2 ulasan:

  1. Apa yang baiknya kak Melur Jelita? Takat tak sampai singgit.. kalau banyak tak tau la.. muahahahahaha

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...