Salam friends...
Hari ni tak berapa ada mood nak bercerita panjang2. Tapi kalau daku kata pendek pun korang masih akan membaca sebuah karangan yang panjang. Muahahaha.
Pada hari Khamis yg lepas 4hb Ogos = 4 Ramadhan... pagi2 seperti biasa daku hantar Syadiyah untuk naik van sekolah di sebuah kawasan ni. Kawasan menunggu tu ada surau, dewan serbaguna dan juga sebuah restoran. Kebetulan pada hari tu ada banyak kereta di kawasan tu sebab kat surau tu ada tazkirah. Jadi daku tak dapat parking ke dalam sikit seperti biasa. Daku parking je di sebelah salah sebuah kereta. Tapi itu pun masih lagi di luar kawasan jalan raya.
Daku menunggu van sekolah Syadiyah sambil membaca email kat hp. Sambil2 tu buka la FB. Heheh. Seperti biasa daku tunggu dalam kereta la sambil enjin terpasang dengan aircond. Syadiyah tengah tidur di seat belakang. Kesian dia kena bangun pagi2 hanya sebab nak bersekolah di sekolah yg jauh dari rumah. Tak sampai sepuluh minit daku menunggu, tetiba daku terdengar bunyi ngauman enjin. Bunyinya adalah bunyi pedal accelerator yang ditekan tapi gear tak masuk.
So, daku pandang ke bahagian sebelah kanan sebab di situlah jalanraya. Jantungku berdegup laju bila tengok ada sebuah kereta dari arah belakang tu dah melintang kat jalan raya tu dalam keadaan bergerak. Dah macam ketam berjalanlah kiranya kereta tu. Yang lagi panic.. dia melintang tu.. dia menghala ke arah aku.
Lampunya menyuluh mata daku. Masa tu daku cuma tergamam. Tak sampai 3 saat pun atau mat saleh selalu kata.. "in a split second".. kereta yang mengetam tu menghala ke arah aku dan melanggar bonet kereta ku dengan kuatnya. Bila bucu kirinya melanggar bucu kanan keretaku.. kereta tu berpusing kemudian melanggar divider tepi untuk pejalan kaki tu kemudian terlompat masuk ke dalam longkang lalu dia park elok je kat longkang tu. Masa ni kedudukan kereta tu dah songsang habis... bodynya menghala ke arah kereta daku.
Seperti biasa.. ayat standard yang keluar dari mulut daku bila terkejut.. "Ya, Allah.. engkau ni dah kenapa". Pastu daku terkebil2 kat seat. Tetiba Syadiyah yg terbangun bersuara.. "mama... kenapa ni mama.. Syadiyah takut la mama". Bila perkara2 yang ada kaitan dengan anak ni.. daku ni memang control abes.. so daku control keayuan dan kata.. "takyah takut la... takde apa2.. mama tak takut, so Syadiyah tak payah takut". Syadiyah tengok daku cool maka dia pun kata.. "ok mama"... sambil memandang ke kereta yang dah tersadai tu. Masa tu waktu adalah 6.37 minit pagi.
Bila Syadiyah dah tegur tu baru daku terjaga dan normal balik. First thing daku buat daku matikan enjin sebab bila kena je langgar enjin daku terus mengaum tak henti2... kemudian.. daku kata padanya.. "Syadiyah tunggu kejap.. mama nak keluar ok".. "Ok mama". Pastu daku bergerak keluar dari kereta dan berdiri di depan kereta yg tersadai tu.. agak jauh sikit lah. Di tangan memegang handphone dan letakkan di telinga.. menunggu panggilanku berjawab... tapi daku takde dail nombor sesiapa pun.. muahahahaha. Mamai daku dah masa tu.. takde dail tapi letak kat telinga beriya tunggu orang jawab aku nye call. Wehehehe.
Sambil tu jantung daku berdebar sebab daku tengok kat tempat pemandu tu takde pergerakkan. Adoi. Masa tu Allah je tahu perasaan daku. Daku sempat lagi berkata dalam hati sambil dada turun naik.. "ya Allah.. janganlah sampai ada yang terkorban ya Allah.. hari ni kan Ramadhan.. selamatkanlah ya Allah".
Dalam pada mamai dan berdebar2 tu daku tengok ada anggota bomba dari stesen bomba terletak diseberang jalan tempat daku menunggu tu berlari keluar dan meluru ke arah kereta yg kat longkang tu. Anggota tu buka pintu dan tanya.. "awak ok ke".. daku pun terus meluru ke sebelahnya nak tahu juga.. "saya ok". Fuh lega daku dengar suara dia dan tengok muka dia yang panic.. seorang gadis cina. Muda lagi budaknya. Oleh kerana keretanya dah senget.. dan pintu pemandu tu dah terhempas ke dinding longkang... maka dia perlu memanjat sedikit untuk keluar dari kereta melalui tempat penumpang depan. So ahli bomba tu hulurkan tangan dan tarik dia keluar.
Masa tu daku pandang ke arah kereta daku. Terkejutnyaaaa daku.. sebab di bawah kereta ada kebocoran dan cecair meleleh dengan banyaknya.. daku pun berlari ke arah kereta.. pastu daku tarik Syadiyah dan kata.. "Syadiyah.. jom keluar cepat".. dia pulak sibuk nak ambik kasut. Adoii anakku. Pastu daku bawak dia jauh2. Bila pasti takde apa2.. daku letakkan dia di sebelah pagar dewan.. kemudian daku dekat sikit dengan kereta. Masa tu daku dah nak tergelak pun ada.. dalam hatiku berkata.. "apalah bodohnya daku jadi bila dah panic.. mana ada tangki minyak dok depan.. tangki minyak Avanza kat belakang la dei".... muahahahaha.
Lepas tu baru daku perasan bahagian depan kereta tu rosak teruk. Nombor plate dah entah ke mana. Lampu pecah, chasis dah bengkok, radiator pecah.. (ini yg meleleh tadi tu... air radiator). Nak tau cemana keadaannya kereta daku? meh nengok gambar bawah ni...
Nak tau cemana keadaannya kereta yg langgar daku tu? Tengok ni pulak..
Kalau korang tengok keadaan kereta yang langgar daku ni tanpa lihat kereta daku mesti korang ingat kereta daku lagi teruk kan kan. Alhamdulillah.. atas kebesaran Allah.. hanya bahagian depan kereta daku je yang teruk akibat dari pelanggaran yang turut mengakibatkan "drift" tak dirancang kepada kereta that girl.
Kejap lagi tu seorang demi seorang sampai ke tempat daku kemalangan tu.. ada yg berhenti sebab nak tengok.. ada yang berhenti sebab nak bertanya.. ada yang berhenti sebab nak ambik kesempatan.
Bersambung...
Sabtu, 6 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
aikkkkkk...sambung pulak! habis kan la ..grrrrrrrrr
BalasPadamhehehe. Kak Melur Jelita.... bukan ASST je bley sambung2 tau.... kisah benar camni pin bley sambung2 gak. hehehehe
BalasPadam