Masa daku cakap dalam phone tu daku kata.. "bang.. kita accident".. dia panic.. "hah??? teruk ke?"... daku jawab.. "teruklah kereta"... dia kata "cemana boleh accident"... daku jawab.. "kita tengah tunggu van Kak Ummi kat dewan ni.. dah park dah.. tetiba kereta terbabas dan langgar kita. Abang datang tau bang.. tonto pun dah ada ni.. nanti karang kita termakan pujuk rayu diorang ni... kalau abang keras banyak.."... katanya.. "OK.. TUNGGU SAYA DATANG".. wah wah wah.. garang bunyiknya. Adei. Tapi dia tak lupa tanya.. "Syadiyah mana..".. "ada kat sini.. tengah main dengan anak kucing.. tengah tunggu kak Ummi ni".
Kejap lagi tu van sekolah Syadiyah datang.. daku naikkan Syadiyah ke van dan pesan seperti biasa.. peluk cium macam biasa jugak.. Kak Ummi tu sibuk tanya.. sebabnya masa daku baru kena tu dia ada lalu.. memang dia lalu situ 1st round pukul 6 lebih.. pastu ambik Syadiyah masa 2nd round pukul 7.10. Pastu sebelum bergerak Syadiyah sempat berpesan yang membuat hatiku terasa hiba.. "mama.. jaga diri elok2 tau". Huhu anakku.
Korang nak tau tak.. kat kawasan daku kemalangan tu semua ada.. complete.. ada surau, dewan raya, restoran, balai bomba, balai polis, balai polis trafik... semua ada.. hehehe. Bomba dengan balai polis & polis trafik tu satu deret je. Balai polis trafik tu je yg paling jauh antara 3 balai ni.. dalam 600 meter.
Ni kalau korang nampak org2 baru keluar surau kat sebelah kereta daku. |
Kemudian tu bapa girl tu sampai. Bapa dia pergi dapatkan anak dia yang dari tadi duduk mencangkung kat sebelah kereta dia. Budak tu terus je peluk bapak dia sambil airmata bercucuran. Kalau korang nak tahu cemana emosinya daku tengok keadaan dia tu.. seolah2 dia dah rasa macam tak dapat jumpa bapak dia lagi dah masa accident tu.. sebab tu dia peluk bapak dia kuat gila. Pastu bapak dia bawak dia duduk dalam kereta yg bapa dia pandu.
Sambil daku melayan makcik2 dari surau yang bertanya itu dan ini tu tetiba ada seorang lelaki menyapa. Seorang lelaki India. Biasalah.. rasanya korang pun tahu.. dia ni dari bengkel kereta. Dia nak offer tow truck dan settle kan insurance bagai. Satu je statement yg keluar dari mulut daku.. "takpe.. saya tunggu suami saya.. ok". Dia kata.. "hah.. ok kak. Bagus kak tunggu."
Selepas sejam barulah kereta polis yang duduk lebih kurang 600 meter dari tempat kejadian tu datang. Hmmm.. dah ramai yang tanya.. "dah call polis ke".. jenuh jugak daku menjawab.. "dah.. kejap lagi sampai la tu". Pastu daku sempat lagi cakap dengan anggota bomba tu.. "saya kemalangan call polis.. tapi bomba yang sampai dulu". Anggota tu punyalah gelak.. dia kata.. "iye laa.. kan depan ni je sebab tu kami cepat".. muahahaha.
Makcik2 ada kata.. "nasib baik awak takde apa2 ye nak". Saya kata.. "yelah makcik.. Alhamdulillah". Ada yang berpesan.. "nanti balik jangan lupa buat sujud syukur".. daku kata... "insya-Allah makcik".. dalam hati pulak berkata.. "postpone dulu la ye.. daku baru je hari ni choti puasa".
Polis yang baru datang tu tanya siapa yang call polis.. daku katalah daku yang panggil.. pastu dia minta ceritakan kejadian. Daku ceritalah mana yang termampu. Dalam pada tu daku tengok girl tadi tu masih menangis dalam kereta bapak dia. Pastu bapak dia datang padaku dan kata.. "puan.. macamana sekarang.. nak pergi balai polis dulu ke apa".. daku kata.. "takpe.. kita tunggu my husband kejap ye".. dia kata.. "boleh boleh.. takde masalah".. pastu dia sempat pandang daku seketika dan kata.. "aiya.. so sorry la puan".. daku kata padanya.. "encik.. tak mengapa.. saya dengan anak saya selamat pun dah bersyukur sangat. Anak you pun ok saya tambah syukur. Yang penting nyawa. Siapa mau accident kan?". Dia terus je angguk2 dan senyum.
Daku sempat berpesan padanya.. "tadi anak you kereta dia tu bang the drain wall dengan sangat kuat. Cuba you check dia ada nausea ke, ada sakit mana2 ke. Kalau ada cepat2 pergi hospital dulu untuk check. Luar takde cedera.. dah ok.. tapi takut dalam cedera kita tak nampak". Dia angguk2 dan kata.. "ya ya.. terima kasih". Terus je dia meluru kat anak dia tanya itu dan ini.
Bersambung....
ayarkkkkkkkkkkk sambung lagiiiiiiii
BalasPadam