Sahabat

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kemalangan Tepi Jalanraya - Part 3

Masa daku tengah melayan pertanyaan seorang makcik dari surau tu suamiku pun sampai. Pastu daku minta diri dari makcik2 tu terus je salam suamiku. Pastu daku cerita sikit lebih kurang dan tunjukkan bapa girl yang langgar kereta daku tu. Pastu hubby terus je pergi jumpa dia dan berbincang apa yang patut.

Lepas tu hubby ku datang padaku dan kata.. "ok.. kita tunggu dia punya tow truck datang. Dia nak hantar ke bengkel kawan dia". Masa tu jugak the indian guy yang datang padaku tadi terus je datang berbual dengan suamiku. Daku malas nak layan so daku duduk di tepi balai raya. Tak dapat pujuk suamiku.. tetiba kejap lagi tu ada kereta myvi pulak datang.. siap pakai siren polis.. bawak laju2 dan berhenti macam emergency gila gamaknya. Oh.. chinese guy pulak. Dia pun pujuk hubbyku supaya guna tow truck dia dan hantar ke bengkel dia. Hubby ku seperti biasa.. dia adalah dia.. katanya adalah keputusan muktamad... kalau nak ubah.. dia je boleh ubah tapi bukan atas desakan siapa2. So.. kecewa je dua2 mamat tu daku tengok.

Kejap lagi tu datang pulak sebijik lagi kereta toyota pulak.. indian guy.. kali ni dia nak "try" jugak.. tapi hubby ku terus kata.. "sorry eh.. saya tak mau dengar". Huhu. Sape laaa berani nak membangkang hubby ku.. tengoklah muka dia. Wehehehe.. sorry eh bang.. ni bukan ngumpat.. ni puji ni.. abang hencem je pada pandangan saye. Hehe.

Setelah tow truck datang kami ke balai polis trafik berhampiran untuk membuat laporan. Selesai membuat laporan kami pun mengikut tow truck dengan menaiki kereta ejen tow truck tu untuk dibawa ke bengkel. Beberapa dokumen diperlukan. Daku janji nak bagi esoknya which is hari Jumaat.



Bila dah selesai semua urusan org bengkel tu hantar daku ke office. Sambung kerja half day. Pastu daku terfikir cemana nak balik nanti. Hehehe. Nak kena ambil Syadiyah pastu baru bley balik rumah terus. Daku teringat ada sekali tu daku naik teksi sebab kereta hubby pakai. So.. daku minta bantuan officemate untuk drop me kat depan Mines shopping complex. Masa dia drop daku kat depan Mines tu dah pukul 6 lebih jugak pastu hujan renyai2 yg berpanjangan... sama seperti paginya ketika berlaku kemalangan tersebut.

Daku masuk ke teksi yang pertama.. daku tanya.. "bang.. nak pergi ke Serdang Jaya boleh?". Dia kata.. "boleh.. tapi RM15 tau". Daku kata.. "nanti dulu bang.. saya nak pergi Serdang Jaya ambil anak pastu terus balik ke Bukit Jalil". Dan dan dia kata.. "Bukit Jalil? Jem tu dik.. balik nanti dahlah jem.. kosong pulak". Itu statement standard yang daku biasa dengar dari driver teksi yang nak "try". Daku tanya.. "so.. berapa abang nak charge?". Dia kata.. "RM40".

Umangaaiiiiiii.... bia bona kau ni jang. Tokojut borok den dibuek eh. Seb baik sompek istighfar lai lam hati ni ya ha. Amboi2... terus daku kata.. "mahal sangat tu bang.. agak2 la bang. Saya dulu ambik teksi kat sini jugak.. sama jugak pergi amik anak dulu pastu balik bukit jalil.. pakai meter baru 12 hengget bang.. saya bagi dia 20 hengget. Takkan abang nak charge sampai 40 hengget. Mahal sangat". Dia terkejut dan kata.. "ok.. Rm35..". Daku kata.. "takpe la bang.. saya tak mampu nak bayar banyak tu.. tu bukan lebih sikit.. tu dah double namanya". Dia kata.. "ok.. kalau cam tu.. saya cadangkan adik cari teksi lain yang pakai meter sebab abang memang tak pakai meter". Daku kata.. "ok bang.. terima kasih".. sambil melangkah keluar dan menutup pintu saya cakap.. "terima kasih ye bang... selamat berbuka". Terus dia pandang daku dengan pandangan terkejut.

Pastu daku berjalan kaki dalam 50 meter ke depan untuk ambil teksi lain dalam hujan renyai2 tu. Habis lencun baju ku basah. Daku tengok teksi ada.. tapi driver mana. Rerupanya drivernya sedang bergebang kat tengah2 divider kat sana tu. Daku lambai tak nampak2. Dalam 5 minit baru dia nampak. Adoi nak bawak teksi ke nak gossip neh.

Daku tanya yang sama.. "saya nak pergi Serdang Jaya..."... tak habis daku cakap dia pun buka harga RM15. Pastu daku kata.. "nanti dulu.. saya bukan nak pergi Serdang Jaya je.. pergi Serdang Jaya ambil anak.. pastu terus balik Bukit Jalil". Dia kata.. "kalau macam tu RM25". Hmm.. ok la daripada kena bayar RM40 kan. So daku ok.

Dah ambil anak semua dah sampai rumah siap.. daku pun hulur not 50 kat dia sebab daku takde duit kecik. Dia pulangkan RM10 SAHAJA!!!!! Daku tanya dia..

Bersambung................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...