Salam friends. Hari ni nak citer sikit pasal apa yang berlaku pada hari bapa yang lepas. Kelakar pulak bila difikir2kan. Daku dan hubby ke Giant nak beli barang2 sikit untuk repair rumah baru tu.. nak kasi cantik lagi la kunun okeh. Then tetiba terpandang satu booth handphone ni yang memang sangat banyak. Tapi kat Giant Melawati tu hanya satu je kat escalator. So.. daku pun cakap minta dengan hubby nak singgah.. ayat standard daku.. "singgah jap bang.. nak tengok2 je".
Kemudian tetiba en hubby ku bertanya kepadaku handphone mana yang daku sebut2 sangat2 nak hari tu. Daku cakap lah modelnya dan siap tunjuk yang ada kat dalam cermin display tu. Dia pun minta jurujual tu keluarkan. Kami pun membeleklah. Kemudian bertanya harga.. seperti biasalah.. tanya itu ini kan kan. Hehe. Kemudian daku katakan pada hubby.. "bang.. dia jual murah sikitlah dari tempat lain". Then dia tanya berapa murah.. daku kata doploh hengget murah. Pastu dia mula bargain. Budak tu kata.. "abang betul2 nak beli ke.. hari ni jugak?". Hubby ku kata.. "iya".. adoi.. bila masa pulak daku kata nak beli.. seramnyeeeee...
Pastu tak disangka2.. budak tu bagi diskaun yg lebih banyak.. huhuh.. sangat peluang.. wuhuuu. Then terus je hubby ku ke atm dan keluarkan duit. Pastu dia terus bayar... CASH!!!!.. OMG.. biar betul hubby ku ni. Daku kata padanya.. jangan lah.. nanti bayar hutang kereta, rumah dulu.. beli barang2 lain dulu.. hp boleh tunggu.. tapi dia kata.. "takpe.. ini bukannya kita tukar hari2.. ni boleh pakai bertahun2. Kalau awak yang pakai.. lagilaaa saya confirm takkan rosak".. heheh.. is that suppose to be flattering ke atau kutuksskan? hehehe.
Then terus je dia kata lagi.. "yg lama tu bagi saya pakai".. wehehehe. Pastu daku dengan adik yg jual hp tu kata.. "hari bapa tapi ibu yang dapat hadiah".. muahahahaha. Kat bawah ni hadiah "fathers day dari suamiku untuk daku".. erk... janggal bunyiknya.. hehehe
Terima kasih bang. :)
Isnin, 25 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan