Sahabat

Sabtu, 1 Januari 2011

Bias ke Daku?

Salam semua. Hehe.. dah start bersawang dah blog ni. Hari ni terasa nak bercerita lagi.

Kalau korang masih ingat dengan "kakak siput sedut" yang pernah daku sebutkan dalam cerita daku dulu kan. Hehehe. Kali ni nak bercerita kisah dia juga lah. Daku berkali2 muhasabah diri daku tapi masih juga daku bias dengan kakak tu. Pandangan daku pada dia tu sentiasa je tak berapa nak positif. Bukan daku tak cuba. Daku cuba sedaya upaya. Bagi mereka yang kenal dengan daku pasti tahu daku ni bukan jenis yang suka simpan dalam. Tak suka buat musuh. Benda remeh daku selalu lupakan je.

Kalau ikutkan apa yang kakak ni buat pun sebenarnya remeh je sebab takde effect pun pada daku. Tapi sejak kebelakangan ni lain pulak dia punya sikap. Daku tak berapa nak kisah kalau dia suka memasak untuk "orang yang mendatangkan faedah" pada dia. Itu hak dialah kan nak pilih siapa yang dia nak masakkan. Daku sikit pun tak tersinggung walau dia tak pernah pun masakkan untuk daku. Cuma semakin hari daku tengok dia macam tak berapa sensitif dengan perasaan orang sekeliling dia.

Dia masak makanan kegemaran orang yang dia suka tu la. Bagi satu tupperware besar letak atas meja orang tu. Pastu orang2 lain yang seangkatan dengannya ni nampak. Then ada yang bersuara "tak pernah pun akak nak masakkan untuk kita". Dia kata "alah.. apalah ko ni.. nanti hari Jumaat ni akak masakkan eh". Bila sampai hari Jumaat orang itu suka2 je menuntut janji.. dia boleh kata.. "eh mana ada.. mana ada janji.. tipu.. takdelah". Daku yang mendengar ni berbulu je.

Daku terasa ringan je mulut nak cakap.. "kak.. masakkan orang tu bukan satu kesalahan tapi bila dah janji jangan lah jadi munafik. Tak nak mengaku pulak. Cuba akak fikir balik.. akak meninggal nanti.. kami2 ni lah yang akan tolong bacakan Yasin.. bukan yang akak beri makanan tu". Tapi daku tak berapa nak ambil berat sebabnya daku tahu bercakap dengan dia memang macam mencurah air ke daun keladi.. setitik pun tak lekat. So.. lebih baik diam dari mengeruhkan keadaan.

Baru2 ni dia potongkan kek dan hulur pada semua orang tapi pada daku dia tak hulur. Daku tak kisah pun sebenarnya. Cuma daku kesahkan sikapnya.. dia tengah pegang kek tu menghulur2 kat orang2 di sekeliling. Bila dia pusing dan ternampak daku.. mukanya terus masam pastu pusing balik semula. Punyalah nampak taknak bagi kat daku. Daku tak kebulur pun nak makan kek dia tu. Tapi tak payahlah buat perangai budak2 macam tu. Umur dah lanjut, dah pergi Umrah tapi perangai macam budak2.

Sebelum tu dia ada suarakan kat salah seorang budak tu intention dia nak belanja dia makan. Budak yang dia berbual tu selalu keluar dengan daku dan beberapa kawan lain. Dia sebut nak belanja seorang dua.. pastu budak tu sambung.. "dengan kak Ifah n kak S sekali?"... terus je dia buat muka. Daku tak kisah kalau taknak belanja but AGAIN.. tak payahlah buat perangai budak2. Benda2 kecik macam tu buat orang hilang hormat pada dia sebagai seorang yang dah berusia. Tambah pula dia tu seorang yang sangat kuat beribadah (well korang pun tau ni kan). Bila budak tu cerita kat daku.. member yang nama S ni berubah muka terus je daku cakap.. "takpelah S.. kita tak mati kebulur pun kalau tak makan belanja dia tu". Terus semua senyap. Adoi.. kan sudah.. daku kalau dah bersuara sarcastic ni memang confirm ramai yang terdiam.

Baru2 ni juga daku ada buat kutipan derma untuk majlis kat sekolah anak.. daku tak mau nampak sangat daku pergi kat semua orang tapi tak pergi kat dia padahal daku cuma tak minta pada non-muslim sahaja. Daku pergi kat dia terus je airmuka dia berubah.. dengan senyum kelat dia kata.. "hmmm.. ok.. tapi akak tak bawak duit hari ni".

Daku nak tanya korang.. daku ni budak2 bodoh lagi hingus ke sampai tak faham apa maksud dia? Maksudnya dia taknak bagi. Daku tak kisah.. daku berlalu sambil kata.. "oh ye ke.. takpe.. tak kisah.. terima kasih kak". Ada ke orang pergi kerja tak bawa duit? Dia ada kereta. Hari tu baru je dapat gaji. Hahaha. Alasan yang sangat tak sesuai. Tapi takpe.. at least dia cari ayat cover kan. Daku hargai tu. Cuma daku fikir.. kalau dia letak 10 sen sekali pun tak menjadi masalah.. yang penting ikhlas.

Semakin lama daku tengok kakak ni makin menjadi2 pulak cuba menyakitkan hati daku. Mungkin dia rasa dia berjaya menggores hati daku. Sebenarnya takdelah menggores hati cuma buat daku terfikir kenapa seorang wanita yang tak tinggal solat dhuha yang sentiasa bercakap tentang agama , tentang halal haram, yang berani menegur orang yang membuat silap, sudah menunaikan umrah boleh punya perangai yang begitu? Kalau benarlah solatnya itu tak mendatangkan kesan pada akhlaknya.. kesianlah dia.. daku simpati. Semoga kakak tu sedar.

Pakaiannya pun sekarang makin sendat dan singkat berbanding dulu. Daku masih ingat dulu bila dia menegur seorang kawan tentang aurat.. dengan kuat dia bercakap.. "berdosa kau". Tapi sekarang bagaimana jadinya?

One more thing.. dalam Islam kata.. kalau kita memasak dan baunya sampai rumah sebelah harus kita kongsikan makanan tu dengan jiran. Apa yang dia bawa untuk org yang dia suka tu menjadi bualan orang sekeliling yang melihat dan ada yang terliur nak sangat rasa siput sedut dia tu.

Cuba korang nasihatkan daku ni.. kenapalah bias sangat fikiran daku dengan kakak ni. Sila sila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...