Source : HowMuchShouldANewBornEat |
Daku tersenyum mendengar ceritanya. Dalam kepalaku terbayang mesti penat dia kena bekerja sampai lewat malam dalam keadaan sarat mengandung. Then, untuk menyenangkan hatinya daku katakan.. "then baby awak mesti bijak sebab tolong mak dia buat closing masa dalam perut". Dia senyum dan kemudian berkata.. "baby saya dah meninggal".. erk.. daku rasa macam salah dengar dan tanya lagi.. "apa dia?".. then dia ulang lagi.. exactly the same statement yg daku "rasa" daku dengar. Terus je daku terdiam. Well what you expect.. I was thinking to cheer her up but end up.. mencungkil pula kisah sedihnya.
Daku bertanya apa sebabnya anak dia meninggal. Katanya ini kisah yang dimasukkan ke dalam dada2 akhbar baru2 ni.. mengenai baby yang meninggal kerana tersedak susu. Ya Allah. Memang daku ada baca kisahnya tapi tak baca in detail sampai tak tahu bahawa one of the parent of the poor child is actually my officemate! Ya Allah.. masa tu daku terus rasa serba salah. Daku cuma dapat utter... "Innalillahiwa inna ilaihi roji 'un... macam tu rupanya". Hei Zalifah.. itu je ke yg ko dapat cakap. Addoii.
Then startlah dia bercerita macamana kisahnya ia berlaku. Masa dia bercerita tu wajahnya relax je dan sangat tenang.. sentiasa senyum walaupun sedang menceritakan kisah yang menyayat hati seorang ibu. Daku ni pulak memang sensitif benda2 macam ni.. dan as I expected.. airmata pun bergenang2 kat mata daku. Adoiii.. macamana ni... daku taknak dia sedih tapi daku pulak yang sedih. Lebih ironinya.. daku menepuk2 belakang tangannya dan kata.. "sabar ye.." tapi masa menepuk2 dan kata "sabar ye.." tu.. airmata daku sendiri yang mengalir2 laju. Adeiii. Then daku kata.. "maaf ye.. saya tak boleh tahan.. memang macam ni.. cannot stand something yg ada kaitan dengan anak2". Dia senyum je.
Pastu bos daku yang baru habis jawab telefon terpinga2 kata.. "ha.. apasal ni.. apasal".. then my colleague tu kata.. "I bagitau dia pasal my baby". Bos baru daku tu kata dia ada pergi sampai bilik mayat tapi bila dia nampak je jenazah.. terus je dia keluar balik.. sebab dia tak boleh tahan.. nanti nangis. There are few things yang dia cakap buat daku semakin lebat... takleh tahan. Apa yang dia cakap???
- Saya duduk kat meja dan pandang PC tapi sebenarnya saya menangis
- Setiap petang selepas ada anak saya balik mesti on time.. tapi sekarang... bila tiba 5.30.. saya tercari2 apa yang saya nak buat sebab anak saya dah takde.
- Baju yang anak saya pakai kali terakhir tu yang saya cium dan peluk tiap2 hari untuk lepaskan rindu pada dia.
Pastu sempat lagi bos baru daku tu mengusik.. "Zalifah.. nanti orang masuk tengok you macam ni.. orang ingat I torchure you pulak..".. muehehehe.. hampeh tol.. orang tengah sedih dia leh buat kelakar pulak. Sepanjang dia bercerita tu daku agak speechless la sebab tak tahu nak kata apa.
Cuma daku kesal dengan babysitter tu sebab bila ditanya dengan tiada rasa bersalah dia menjawab.. "ntah tak tahu.. di taknak minum susu". Dan dia tak pernah datang minta maaf pada my colleague. Sekarang kes masih dalam siasatan polis sebab ada few things yang daku takleh cakap kat sini sebab dia sendiri pun dilarang cakap apa2 selagi siasatan masih berjalan.
Kepada babysitter2 di luar sana.. tolonglah.. extra caution bila jaga baby. Memang kematian tu suatu yang dah Allah tentukan dan pasti... tapi elakkan ia dari berlaku kerana kecuaian anda. Dapat ke anda tidur knowing that you have killed a child walaupun tak sengaja. Little negligence can result in fatal accident.
Kepada ibu bapa yang pernah kehilangan anak.. daku nak ambil kesempatan ni untuk express rasa simpati daku dan percayalah daku pun rasa kesedihannya cuma tak sehebat yang you all lalui. Daku doakan semoga semua anak2 berada dalam lindungan Allah dari semua perkara2 yang tidak diingini. Selepas daku dengar kisah colleague daku tu.. terus je daku rasa nak balik jumpa Syadiyah. Huhu.
To my colleague.. semoga terus tabah dan sabar. Daku kagum dengan ketabahan hatimu melalui dugaan Allah ni.
Al-Fatihah.
sebak kak... apa2 yang berkaitan dengan anak ke, suami ke.. aku memang sebak habis.
BalasPadamYe Najihah. Memang sebak kan kalau berkaitan dengan budak2 kecil ni. Suami tu ada kureng sikit.. muehekekekekeke
BalasPadam