Salam kengkawan. Bagi kengkawan yang dah lama kenal daku tentu tahu tajuk yg memang dah sinonim dengan daku neh. Heheh. Yes... boikot. Kalau orang yang belum kenal mesti ada yang menggambarkan daku sebagai seorang yang negatif.. sebab perkataan "boikot" adalah perkataan yang berunsur negatif sama seperti "jangan", "tidak". Well.. apa pun pandangan korang.. daku terima je la.. tapi marilah baca dulu before making any assumptions okeh bebeh.
Dah bertahun2 daku memboikot ni. Boikot yang daku maksudkan di sini ialah Boikot Ekonomi.. kepada siapa? Kepada Israel dan sekutu2nya.. Kenapa? Untuk menekan mereka agar menghentikan sumbangan kewangan kepada Yayasan Israel supaya yayasan itu lumpuh dan tak mampu lagi membiayai serangan ke atas saudara2 seIslam kita di Palestin. Bunyinya dengar mudah je kan. Tapi sebenarnya dalam hati daku ni sangat berat. Bukan berat nak boikot.. tapi berat perasaan memikirkan apa yang berlaku kepada saudara2 kita di Palestin. Sedang daku tak mampu mengangkat senjata dan berperang bersama mereka. Memang daku tak terdaya.
Daku percaya korang pun tak terdaya nak tinggalkan keluarga di sini dengan anak2 yang masih kecil, dengan kerjaya yang korang bina, dengan ibu bapa yg masih memerlukan kita. Mula2 dulu daku rasa hopeless bila fikirkan "aku tak mampu nak angkat senjata bersama mereka". Tapi daku percaya bahawa kekuatan itu tidak datang dalam bentuk fizikal sahaja. Kekuatan mental juga perlu untuk berjaya. Maka sejak hari itu.. daku kuatkan hati untuk memboikot. Biar banyak mana pun barangan yang perlu diboikot.. daku akan boikot. Tak ada satu pun akan terlepas.
Sebagai manusia biasa adakalanya daku terasa mahu mengalah terutama when it comes to produk yang harganya murah dan berkualiti. Tapi untuk menguatkan kembali semangat daku agar tidak tunduk pada "sedikit kesusahan melawan nafsu juga keperluan" daku pasti terbayang semula wajah2 anak2 yang tidak berdosa yang mati ditembak oleh tentera Israel. Tanpa sebab, tanpa belas, tanpa kewarasan.. mereka menembak bayi2, kanak2, remaja2, wanita2. Membunuh mati seorang anak di hadapan ibunya... pernah tak korang bayangkan betapa peritnya perasaan ibu itu? Kemudian ibu itu pula diperkosa dan kemudian disiksa. Pernah tak korang cuba untuk membayangkan perasaannya?
Daku tak mampu nak bayangkan pun kerana bayangan sahaja sudah cukup untuk buat dadaku sesak dan sebak. Daku tahu kita tak mampu nak angkat senjata tapi ingatlah.. duitlah yang menjadi pemangkin kesinambungan kekuatan yahudi laknatullah untuk terus menzalimi dan membunuh saudara2 kita di Palestin. Saudara2 kita diperlakukan seperti sampah.
Dulu ketika daku bercerita mengenai hal yang sama.. pernah seorang sahabat berkata... "apa agaknya diorang buat sampai Allah jadikan negara diorang macam tu?". Layak kah kita mempersoalkannya? Cuba letakkan diri dalam tempat mereka pula.. apa rasanya bila ada yang mengeluarkan ayat yang sama? Ingatlah.. "what goes around comes around"..
Oleh itu kawan2.. kalau kita tak mampu untuk mengangkat senjata bersama mereka, kalau kita tak mampu untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka, kalau kita tak mampu untuk bersuara mempertahankan hak2 mereka.. sekatlah kekuatan musuh yang zalim. DUIT... hentikan penyaluran DUIT kepada Israel laknatullah. Bagaimana?? Boikot... hentikan pembelian barang2 yang dikeluarkan oleh syarikat2 yang menyumbang terus kepada yayasan Israel.
Rasa rugi ke bila tak dapat minum starbuck? Lebih rugi dari terlepas peluang membantu menyelamatkan satu nyawa? Kalau bahasa kasarnya.. "mati kehausan ke kalau tak minum air tu?".. "mati kebulur ke kalau tak makan McD?".. "dah kurang makanan dah ke kat Malaysia ni?".
Again.. marilah kita boikot kengkawan.. jangan hanya berdegar2 memaki hamun, menyumpah2 marah dan menitis airmata tatkala menyaksikan gambar2 dan video2 kezaliman kepada anak2 Palestin... tapi kemudian berpaling dan mengeluarkan duit membeli burger McD yg kemudiannya disumbangkan kepada Israel membeli sebutir peluru kemudian menembak mati seorang kanak2 yg wajahnya mirip wajah anak2 kita. Boikot habis-habisan. Jika ada kemampuan berikan sumbangan kewangan kepada saluran yang sepatutnya. Setelah semua usaha dilakukan.. barulah penghujungnya.. berdoa kepada Allah agar saudara2 kita diselamatkan dan dipelihara dari kekejaman Israel.
Apakah barangan2 yang perlu diboikot? Mari ke laman web INMINDS Web ini sentiasa update apa2 barangan dan syarikat pengeluar yang perlu diboikot. Beserta dengan bukti2 bahawa mereka memang menyumbang kepada Israel. Juga disertakan banyak cara untuk bersama berjuang secara intelek.
Biar kita terasa apa yg kita lakukan itu kecil.. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Semoga Allah memberkati usaha kita untuk membantu saudara2 kita di Palestin. Aamiiin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan