Sahabat

Selasa, 14 Jun 2011

Mathematic.. anyone?

Source : Google
Salam friends...

Hari Sabtu yang lepas daku dan hubby ada pergi ke kedai hardware untuk cari few items untuk rumah kami yang baru. Salah satunya tu ialah hose dan regulator untuk memasak. So kami pun mulalah survey harga. Masa tu kami berada di kawasan rumah lama iaitu di Ukay Perdana. Cuma ada 2 - 3 je kedai hardware di kawasan tu so takdelah susah sangat nak compare harga.

Masuk kedai pertama.. suamiku bertanya pada seorang budak lelaki cina.. terus je dia tunjukkan satu plastik set hose, regulator dan 2 clip. Hubbyku tanya harga.. katanya RM35.00. Hubbyku kata.. "kenapa mahal sangat?".. budak tu kata.. "ini baik punya.. kalau mahu murah punya ada.. amik satu satu la.. hose amik murah punya.. kepala hose pun amik yang ini murah punya.. senang rosak". Hubby ku kata....''ok takpe.. terima kasih ye". Kemudian kami keluar dari situ. Daku tahu dari riak muka hubbyku dia tak puas hati.

Masuk kedai yang kedua pembantu kedai terus tunjuk set hose dan regulator tu. Belek punya belek.. nampak ok.. so kami tanya harga.. dia kata harga RM32 tapi boleh bagi RM31.00. Hubbyku terus je sengeh. Kemudian dia mulakan kata2... "hanya hose tak sampai satu meter, kepala dan 2 pin berharga RM35.00?". Kemudian pembantu kedai tu jawab.. "ye la bang.. ini jenis yang baik punya.. mahal punya".. pastu daku mencelah.. "bang.. yg ini jenis yang sama kat kedai mula2 tadi kan.. maknanya sini lebih murah lah...".. hubbyku jawab.. "yang macam ni.. kat pasar malam pun ada jual"...

Tak pasal2 si pembantu kedai menyampuk.. "mana ada jual kat pasar malam bang.. tak dapat la kat pasar malam"... hubbyku sambung lagi.. "saya kata ada kat pasar malam... tak percaya?".. pembantu tu menjawab.. "mana ada.. tak adalah bang".. akhirnya suamiku berkata.. "awak orang mana? saya orang mana? saya orang sini.. saya tau pasar malam ada jual".. terus je pembantu kedai tu tersipu2 dan berkata.. "oh ya ye.. saya dari mana kan.. hehehe.. saya dari Timor Timor". Muekekekeke.. kenalah sejibik itu orang.

Kemudian hubbyku terangkan padaku yang harga benda tu tak sepatutnya sampai RM31 pun. Dia mula bertanya kepada pembantu kedai.. "ini hose 1 meter berapa ringgit?"... terus pembantu kedai pergi ke kawasan hose dan berkata.. "ini jenis yang sama bang.. 1 meter 5 ringgit"..

"1 meter 5 ringgit? yang dalam plastik ni tak sampai 1 meter pun kan?"
"ya bang"
"ok, kepala gas ni berapa ringgit pulak?"
"Yang jenis ini RM15 bang"
"yang clip ini satu berapa?"
"Yang ini satu 80 sen bang"
"Ok.. sini ada dua.. maknanya 1 ringgit 60 sen"
"5 ringgit campur 15 ringgit campur campur 2 ringgit berapa?"
Daku menjawab.. "22".

Hubby daku senyum sambil melihat pembantu kedai dan berkata.. "so.. macamana set ni boleh jual 9 ringgit lebih mahal? jom kita balik"... pembantu kedai tersenyum2 dan berkata.. "ye lah kan bang".. muehehehe

Kemudian kami terus menuju pulang ke rumah dan singgah di kedai di kawasan puncak jalil berdekatan rumah baru. Masuk kedai pertama je mereka tunjukkan jenis yang sama.. kandungannya pun sama dengan kualiti yang sama dengan kedai di Ukay Perdana tadi.. harganya???? RM21.00!!!! wekekekekeke.

Daku bingung sket la.. then hubby ku kata.. "Fah.. kat Ukay Perdana orang kaya2.. diorang tak tanya harga betul2. Sebab tu pekedai sana main hentam je harga."

Heheh.. gitu erk. Hmmmm...

2 ulasan:

  1. ekekekeke...lain tempat lain rega lah ifah
    hubby ko sama ngan hubby aku lah
    pening kepala kalo ikut dia beli barang
    lagi2 dia jenis tau semua kualiti
    adoyaiiii...aku ni dari berkira tenaga dan minyak semua tu aku rembat je...ekekeke

    BalasPadam
  2. Has.. itula pasal Has. Kalau ikut daku.. daku bayo je tanpa tawar menawar pun.. tapi kalau dengan hubby daku memang dia tau macam2.. maka kenalah follow jer.. hehehehe

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...