Sahabat

Isnin, 13 Jun 2011

What Goes Around Comes Around - Final

Source : Google (ni senyum ikhlas namanya.. hehehe)
Seperti mana2 restructuring, it takes time. So.. system dan structure baru ambil masa untuk dilaksanakan sepenuhnya. Semuanya dibuat step by step. Tapi bagi orang yang tak puas hati dan mahu melihat kegagalan perubahan yang cuba dilakukan, mestilah diorang sengaja cari segala yang possible untuk menggagalkan perancangan yang dah dilakukan. The same goes dengan bos daku. Setiap hari ada sahaja cerita yang dia sampaikan kepada staff2. Kalau dengan daku.. daku beri feedback yang sama jeeee.. which dia tak mahu feedback yang macam tu. So.. dia citer la dengan staff lain.

As expected, staff lain memang termakan sangatlah dengan cerita2 yang dia reka. Bermacam2 cerita yang keluar.. bos baru daku takut la.. sebab dia masih muda la.. tak banyak pengalaman la. Staff2 yang lain ni tukang sebar cerita. Daku tukang dengar dan senyum. Mudah betul diorang ni lupa. Lupa siapa bos kami tu. Dah lupa ke selama beberapa lama kerja dengan dia.. semua yang dia janjikan dan dia ceritakan.. semuanya tak boleh pakai dan tak boleh percaya.



Selepas setahun lebih dengan dia daku dah kenal mana kelebihan dan "keburukan" bos daku tu. 2 yg dia cakap.. 1 pun belum tentu boleh percaya. Kecuali bila dia berdebat. Dia kalau menyerang peluru tak pernah kosong. Dia bercakap dengan bukti.. so tiada siapa pun boleh patahkan hujahnya. Even big bosses pun tak boleh pertikai. Itu daku memang respek lah. Daku juga belajar tentang manusia yang menjatuhkan orang lain dengan sangat mudah. Tak perlu susah payah.. create satu cerita yang "hangat"... orang yang mudah termakan akan mempercayai dan menjaja.. kemudian down kan diri sendiri.

Cukuplah apa yang daku belajar di company yang lama dulu. Daku dah masak dengan sikap yang begini. No more. Enough is enough. I learnt from mistake. Bila daku dengar cerita2 begini.. yang tak mendatangkan faedah or in other words.. "no value added".. tak perlu susah payah fikir logik bagai.. LUPAKAN saja. Tak payah layan. So.. bos daku ni nampak yang daku ni tak boleh dipengaruhi. Daku adalah daku. Walau dia pernah layan daku dengan buruk.. daku layan dia seperti biasa... seperti tiada apa2 yang berlaku.. walau dia cuba berbaik denganku dan konon2nya berada di pihakku dan memikirkan kebaikanku.. daku tak telan bulat2 je.. dan daku masih layan dia seperti biasa... tak lebih dan tak kurang.

Untuk pengetahuan korang tanpa daku sangka2... bos baru ni melantik daku untuk ketuai salah satu centralised unit yang menguruskan proses yang sama untuk 2 business unit. Kalau sekarang daku in charged untuk 1 business unit.. tapi next daku akan in charge 2 business unit. Tapi selepas ni the word "in charge" betul2 bermakna "in charge".. dan bukan seperti yang berlaku sekarang. Haha.. macam korang tau la kan.. ex bos yang amalkan monotonous system.. semua orang buat benda yang sama dan report kepada orang yang sama.. iaitu dia.. takde hierarchy.

Walaupun bos baru pilih daku for reason hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.. namun begitu daku masih tak lupakan "keadilan" serta colleague daku yang lain. Dengan tanggungjawab baru.. daku sudah ada plan untuk colleague daku yang sama2 akan ke dept yang sama walaupun dalam business unit yang berbeza. Selain tu daku emphasize kan kepada bos baru bahawa ada seorang lagi Senior Exec yang akan bersama2 pergi ke dept yang sama yang mana dia pun dah lama berkhidmat untuk company berbanding daku. Masa tu bos baru tersedar dan kata... "oh ye ke.. I see.. it's ok.. nanti I'll think of something". Daku tahu bos baru cuba untuk menjadi bos yang adil. At least she tried to proof that in the very early stage.

Daku akan berikan sokongan kepada bos baru. Bukan kerana dia give more meaning to my responsibility.. tapi sebab dia adalah seorang bos yang dalam masa yang singkat telah buktikan yang dia cuba buat yang terbaik. Staff2 yang sebelum ni termakan cerita bos lama daku tu sekarang slowly realize. Masa ni lah daku kata.. "so.. never listen to rumours.. be fair".

Ketika ni juga semakin jelas daku nampak sikap orang2 Melayu yang sangat fragile dan memudahkan orang2 lain untuk menjatuhkan mereka. Tak perlu susah payah.. create a spark.. mereka akan jatuh menjatuhkan sesama sendiri thinking that diri mereka dan pendapat mereka adalah yang paling betul. Without knowing mereka sebenarnya tertipu... terlalu mudah.

Well kawan2.. perjalanan daku masih jauh. Doakan daku berjaya. Daku bersyukur kepada Allah kerana kesabaran daku selama ni membuahkan hasil. Apa tidaknya cuba korang fikir sendiri.. dulu daku tak pernah terfikir yang bos daku tu akan digugat oleh sesiapa sehinggakan HR pun ikut je cakap dia untuk menggugat daku. Setelah berapa lama dia bekerja dalam company ni.. daku fikir tak akan ada perubahan dalam dept yang dia handle dan daku terpaksa terima and live with it untuk beberapa tahun lagi hingga tiba masa dia retire. Daku terfikir.. tidak ada cara untuk ubah dept tu selagi bos daku di situ... so daku sendiri perlu keluar dari dept kalau inginkan sesuatu yang berbeza.

Suddenly.. dengan kuasa Allah.. bukan sahaja dept.. tapi the whole organisational structure mengalami perubahan. Dept yang bos daku bangga2kan dan jadikan sebagai kubu pertahanan dia dalam company tu musnah dan dibahagi2kan begitu saja.. tanpa kesusahan pun. One rumor saja yang daku dengar.. and then tup2.. realised. It actually happened. Maha Besar Allah.. semuanya berlaku atas kehendakNya. Walaupun dulu daku fikir sangat mustahil untuk menggegarkan dept ini.. tapi Allah telah tunjukkan lagi.. apa yang daku fikirkan sangat mustahil itu sebenarnya jauh dari "mustahil"..  bukan dept change tapi the whole group change.

Setidak2nya rintihan2 dan kesabaran staff dan daku sendiri membuahkan hasil. Even kami cuma "sabar" saja.

Kengkawan.. daku akan update lagi jika ada kisah menarik untuk diceritakan. Kisah2 yang daku ceritakan ni datang hanya sekali dalam beberapa bulan.. sebabnya.. daku lebih suka beritahu kepada semua kisah kejayaan dari satu perjuangan dan keazaman. Kalau tak berjaya seperti kisah dalam drama tv.. setidak2nya ada perubahan kepada yang lebih positif. Semoga kisah2 yang daku ceritakan selama ni dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua perbaiki diri.

I am not perfect but I am trying my very best to become one.. walaupun impossible. At least kalau dapat near to perfect pun dah bersyukur. Tapi kalau gagal pun.. sekurang2nya masih lagi positif... pun daku bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...