Source : Enigmaphotos(Flickr) |
Sebenarnya bukanlah nak cerita pasal hari bapa sangat. Cuma nak kongsi sikit apa maknanya hari bapa pada daku. Sebenarnya "hari" atau "tarikh" nya tu takdelah significant pun dalam hidup daku ni. Cuma yang membuatkan "hari bapa" ni effect hidup daku ialah kerana "mengingatkan".
Well.. daku tak segan nak mengaku.. daku sangat jarang melihat orang lelaki sebagai "bapa" pada hari2 biasa daku melihat mereka.. tak kisahlah siapa pun.. hubby ku ke.. bapa ku ke (allahyarham).. pakcik2 daku ke.. datuk2 ku.. atau sesiapa pun lelaki yang dah menjadi bapa. Daku jarang sekali menghargai mereka sebagai seorang bapa. Maybe sebab daku terbawa2 dengan diriku sebagai seorang ibu.. hahaha. So selfish kan.. macam lah daku sorang je jadi ibu.. orang lain tak jadi bapa. Muehehehe.
So.. bila nampak je iklan2 hari bapa baru daku teringat.. ramai bapa2 di sekelilingku yang daku jarang hargai tanggungjawab mereka sebagai seorang bapa. Bila tengok iklan2 tu buat daku teringatkan mereka2 ni.. dan mula menghargai mereka sebagai bapa. Walaupun diorang selalu nampak cool.. jauh sekali nak menangis macam ibu2 (orang perempuan lah katakan).. tapi jauh di sudut hari mereka.. mereka pun fragile juga macam kita.. mereka pun sayang anak dan keluarga mereka. Cuma mereka do not know how to express their emotion or materialize it.
Tanggungjawab dan beban yang mereka pikul tu kita pun tak berapa nak faham. Maklumlah.. perempuan tak dapat nak faham macamana cara orang yang monotrekking ni berfikir kan kan. Hehehe.
Well kepada semua bapa2 di luar sana.. teruskan menjadi bapa yang hebat dalam cool.. bimbinglah keluarga ke jalan yang diredhai Allah.. we all (kids and wife) sangat menyayangi anda dan menghargai anda.. walaupun adakalanya terlupa.. hehehe. Semoga Allah memberkati kita semua. Amiiin.
Al-Fatihah untuk semua bapa2 yang telah tiada.. termasuk bapaku (Mat Dzid Jamil), pakcik ku (Salam Rahmat), datukku (Abdul Majid Daan & Sahat Sidek).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan