Sahabat

Ahad, 21 Ogos 2011

Kemalangan Tepi Jalanraya - Final

sambungan... daku tanya dia..

"eh berapa sebenarnya"
"40 kak"
"tadi awak kata 25"
"akak salah dengar.. saya kata Mines pergi Serdang Jaya 15.. Serdang Jaya pergi sini 25.. 15 + 25 = 40".
"awak tak cakap macam tu pun.. awak cuma kata 'kalau macam tu RM25'.. takde pulak awak cakap 15 + 25".
"taklah kak.. memang 40 kak"


Masa ni kan.. ketenangan dan kesabaran daku yang genuine sejak dari pagi sudah tercabar dan terpalit dengan debu.. debu yang datang dari sisa2 kebakaran.. kebakaran yang datang dari hatiku yang SANGAT PANAS OKEH. Lalu daku pun membebel tak hingat...antara statement2 daku yg masih daku ingat..




"korang ni kan.. lintah betul"
"aku dah susah korang tekan lagi bagi susah"
"korang gile ke dekat macam ni je 40 inggit"
"ko ingat kalau kereta aku ok, aku hingin sangat ke nak naik kete ko yang buruk ni"
"hati perut kaudu betul korang ni, pencekik darah betul"
"korang ni kalah la yahudi"
"ni dah kira melampau.. kurang ajar.. penipu"
"ko tunggu la.. siap kau aku buat report.. tunggu je eh"
"aku tak halal duit tu.. makanlah duit haram".. padahal dia tu bukan muslim pun. Adoiyai Zalifah.


Driver tu boleh pandang straight ke depan dengan muka tak bersalah. Masa ni juga daku ada terasa nak baling je kasut aku kat kepala dia. Tapi sempat lagi daku berfikir.. kalau daku baling kasut sebelah ni dan dia bawak lari.. kasut daku yg lagi sepasang ada dalam kereta yang kat workshop tu.. nanti esok pi kerja pakai selipar pulak. So aku kensel.. tak jadi baling. Kalau tidak.. memang free je dia dapat "suwey" dari aku.

Bila dia reverse teksi.. aku berdiri depan kereta dia dan baca no plat keretanya satu persatu sambil daku buat amaran tangan "ko siap eh.. tunggu aku report". Seb baik amaran tangan.. bukan "isyarat tangan". Sambil mendaki tangga rumah daku membebel2. Syadiyah yang berjalan depan daku kata.. "mama.. sabar eh mama"... daku kata.. "Syadiyah.. dia tipu mama tau.. kamu jalan terus".. dia kata.. "malas nak layan mama kalau tengah naik angin".. erk.. gitu plak. Dia terus menonong naik tangga. Bebelan daku masih tak reda.. ada jugak daku sebut.. "terbalik kereta kau baru tau".

Bila sampai kat dalam rumah daku tengok hubby daku ada. Dengan tercungap2 penat naik tangga daku tak kira apa dah.. daku terus kata.. "abang.. besok confirm abang kena pergi pecahkan satu teksi". Hubby daku punya bulat bijik mata terkejut tengok daku marah. Maklumlah dah lama tak marah.. tinggi suara pun dah lama tidak.. tetiba je macam naik hantu.. mau dia tak terkejut. Dia kata... "awak ni kenapa". Daku pun cerita lah. Dia kata.. "kenapa tak call saya turun bawah".. daku marah dia balik.. "tadi masa call dalam teksi kita tak sempat habis tanya abang kat mana abang dah letak.. mana kita tau abang dah ada kat rumah".

Wah wah wah.. petang tu marah daku memang all out. Memang macam orang tak betul. Marah betul aku.

Bila aku fikir semula esoknya.. apalah nak jadi dengan aku ni.. kenapa tak terima itu sebagai satu ujian dari Allah. Kenapa daku tak terfikir.. dari pagi selepas subuh pukul 6.30 pagi daku dah mula diduga.. sampailah ke petang beberapa minit sebelum berbuka. Kemudian daku insaf kerana terlalu ikutkan amarah. Syaitan takde dah menghasut tapi amarah daku tu tetiba pulak lebih hebat dari hasutan syaitan. Aduhai.

Sebenarnya kan kengkawan.. masa accident daku tak marah sebab daku fikir ini adalah dugaan Allah untukku dalam bulan ramadhan dan mana ada orang sengaja nak accident kan. Takde siapa yang mahu atau minta accident. Tapi daku marah sangat pasal tambang teksi tu sebab daku rasa dia mengambil kesempatan dan menipu. Dia pilih untuk menipu. Dahlah tak pakai meter.. itu dah tipu.. tapi kalau dia berterus terang.. takdelah daku marah sangat. DIA PILIH UNTUK MENIPU... the fact that make me so angry. Tak boleh digest.

Seb baik tak terkeluar dari mulut ku perkataan "kaf lam ya nga" dan "pa alif ro ya alif". Huhu.

Hmmm.. rasa fail la pulak. Tapi memang maksimum daku marah petang itu. Bawah ni gambar accident.
Nampak tak kucing comei tu kat tayar tu. Sejak mula accident sampai dah siang dia bising aje non-stop.






Nampak budak perempuan baju kuning tu.. dia la yg langgar daku.
Cuba bagi komen sikit hai kengkawan.

1 ulasan:

  1. Salam Ifah jelita,
    nak komen apa? Benda dah jadi...alhamdulillah selamat diri dan keluarga...pasal kereta tak apa, barang kan, boleg repair atau beli Porsche..he he he
    Teksi yang menipu tu biasa la...sabar je la

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...