Sambungan....
Bila sudah berakhir kisah daku dengan that company daku ingat sudah sampai di situ sahaja daku kena tackle benda ni. Rupa2nya ada lagi. Kali ni lebih kelakar.
Salah seorang vendor yang memang sangat baik dan berbudi pekerti.. memang salute dia ni kalau banding dengan vendor lain. Masa daku lalu nak ke office di tingkat atas ternampak dia duduk di sofa menunggu seseorang. So.. as usual daku menyapa dia..
"Encik Abu.. assalamualaikum... apa khabar? You tunggu siapa ni?"
"Oh.. saya tunggu sipolan dan sipolan".
"Ye ke.. dah ada orang yang panggil diorang ke?"
"Dah ada dah".. dalam pada tu dia membuka2 diary nya. Kemudian dia menghulurkan satu sampul kepada daku.
Bila daku pegang terasa keras.. so daku tahulah itu kad raya. Maklumlah dah dekat nak raya.
"Terima kasih encik Abu. You tau.. inilah satu2nya kad raya yang saya terima tahun ni. Maklumlah sekarang ni semua cyber je.. kad raya pun cyber jugak.. dah takde orang hantar kad raya lagi"
"Ha'ah.. betul tu.. kad raya tu"... hmmm statement dia ni macam ada something kan.. tapi sebab daku tahu dia orang yang sangat berhemah tinggi maka daku takde lah risau sangat. Kemudian daku masuk bilik daku dan letak sampul tu atas meja dan keluar semula untuk meneruskan niat mula2 untuk naik ke office tingkat atas.
Bila dah selesai urusan daku di tingkat atas tu so daku baliklah semula ke bilik daku. Masa lalu kat sofa tu nampaknya encik Abu dah takde... dah baliklah agaknya kan.
Masuk dalam bilik daku terus lah belek2 sampul yang dia bagi. Bila daku pusingkan saja sampul tu dan tengok belakangnya.. tertulis "PARKSON" besar2. Berderau darah den. Hmm.. daku dah boleh agak apa yang ada di dalamnya. Bila daku kira ada voucher parkson bernilai RM200 dalam tu.
Terus je daku letak balik dalam sampul dan simpan dalam laci. Masa tu berfikir2 macamana nak buat. Kalau daku pulangkan semula.. tak sesuai pulak pada pandangan orang Melayu. Tapi kalau daku amik.. tak sesuai pula pada pandangan orang Islam. Hmm. Daku balik ke rumah dan ceritakan dengan keluarga dan minta diorang bagi suggestion macamana nak tolak pemberian tu.
Esoknya daku call Encik Abu dan sampaikan hasrat hati...
"Assalamualaikum En. Abu"
"Wa'alaikummussalam.. ye apa boleh saya bantu?"
"Macam ni En. Abu.. sebenarnya berat hati saya nak cakap ni. Saya tak mahu perhubungan baik kita terjejas hanya kerana apa yang saya nak cakap ni.. so saya minta maaf awal2 sebelum beritahu dan minta you jangan salah sangka"
"Ok...." ada nada kebimbangan dalam suaranya..
"Ini berkaitan dengan voucher yang En. Abu beri pada saya. Honestly saya ingat itu kad raya. Sebenarnya saya tak boleh terima voucher tu. Rasa2nya En. Abu pun faham kenapa kan?"
"Oh.. ok.. saya faham.. saya faham".
"Saya pun dah fikir En. Abu. Saya tahu niat you baik dan pemberian you ikhlas. Cuma dari pihak saya ni saya tak boleh terima. Then.. saya pun fikir juga.. kalau saya pulangkan pada you sangatlah tidak sopan. Jadi.. saya nak minta persetujuan you untuk saya berikan voucher ni kepada mereka yang lebih memerlukan iaitu orang2 yang termasuk dalam asnab. Saya akan serahkan pada mereka atas nama syarikat you. Kiranya saya sebagai orang tengah yang menyampaikan sahaja. Boleh ke En. Abu?"
"Oh.. boleh sangat Puan.. boleh.. saya takde masalah.."
"Dan macam yang saya cakap tadi En. Abu.. saya taknak hubungan baik kita terjejas. Jadi saya harap En. Abu tak kecil hati dan tak menganggap negatif pada saya".
"Oh.. tidak tidak.. saya tak kisah. Yang penting saya ikhlas dan Puan pun ikhlas".
"Betul tu En. Abu. Terima kasih sebab faham situasi saya.. dan saya akan sampaikan voucher ni kepada mereka yang berhak.. terima kasih En. Abu".
Hmm.. begitulah ramadhan yang daku lalui kali ini... tahun ini.
Semoga Allah berikan lebih kekuatan kepada daku untuk hadapi benda2 begini.
Kalau ada yang kata daku extreme... katalah. Daku tak kisah. Ada yang berkerut dahi bila daku beritahu jawapan apa yang daku buat dengan pemberian yang begini... selain berkerut dahi dia kata "apa salahnya"...
Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan