Picture Source : Simply Just Me |
Seperti kebiasaan daku... memang suka memerhati orang dan perangai2 orang sekeliling ni. Yang kanak2, yang orang dewasa... orang tua2 pun ada. Dalam ramai2 tu tak terlepas dengan orang2 yang meminta sedekah atas sebab kecacatan, usia... dan yang paling menarik tu yang meminta sumbangan atas nama pusat tahfiz. Daku seperti biasa juga... lekas2 je nak keluarkan duit untuk sumbangan. Suami pulak hanya perhati.
Daku sampai ke tempat sumbangan untuk pusat Tahfiz pulak. Orang tu berserban dan berjubah.. dia memandang daku dan tersenyum sambil memerhati tangan daku masuk dalam beg untuk keluarkan duit yang nak disumbangkan. Suami daku tarik tangan daku. Terus je dia bawak daku berjalan lebih ke depan.
Daku ni rasa cam nak hangin la jugeeekk.. awak taknak sumbang takpe lee.. tapi saya nak sumbang jangan le pertikai. Kan kan. Pastu suami pandang daku dan terus je buka mulut...
"cuba awak tengok sekarang ni pukul berapa"
daku jawab "pukul 8 lebih"
"waktu isya' kan sekarang ni?"
" ya bang"... daku ingat dia nak bising daku merewang tak ingat waktu solat.. huhu
"awak tengok orang tu pakai baju apa? minta sumbangan untuk apa?"
"pakai jubah dan serban, minta sumbangan untuk pusat Tahfiz"
"Saya bukan tak bagi awak nak sumbang ikhlas. Tapi cuba bagitau saya.. ada ke orang tahfiz duduk di tengah2 pasar malam memerhati orang lalu lalang, memerhati perempuan yang tak menutup aurat, tersenyum dengan perempuan, dengan lagu2 dipasang kuat2, pada waktu solat pulak. Awak ada nampak mulut dia terkumat kamit ke berzikir?"
"takde bang...." hmmm.. ye juga kan apa suamiku cakap tu. Daku pun ada anak2 saudara dan sepupu sepapat yang menjadi Hafiz dan Hafizah.. daku tahu macamana mereka menjaga pergaulan, pandangan mata, pendengaran telinga... rasanya pasar malam bukan tempat pilihan mereka.
Suami daku sambung lagi... "Fah.. kita pernah pergi melawat sekolah2 Tahfiz.. ada nampak tak mereka letak tabung untuk sumbangan?"
"Takde bang"...
"Jadi awak rasa sekolah Tahfiz ni meminta2 ke? Dah banyak dah sumbangan orang bagi pada sekolah2 tu. Orang yang memberi sumbangan tu pergi terus ke sekolah Tahfiz kalau dia nak sumbang.. takde pulak dia pergi pasar malam".
Adeiii suamiku berkhutbah sudah. Muahahaha.
Sedikit sebanyak aku dapat buka lagi mata... think outside of the box... dan fikirkan bukan setakat apa yang kita nampak.. but beyond it....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan