Untuk beberapa tahun kebelakangan ni daku selalu rasa sedih, selalu rasa risau, selalu rasa "very unlucky me".. lebih kurang begitu la perasaan sayeeee. Selalu juga rasa tertekan sebab semua perasaan2 itu. Hari2 buat benda yang sama.. takde peningkatan pun.
Kemudian kelmarin daku bertemu seorang sahabat yang boleh dikira senang juga la.. seronok daku tengok dia. Kebetulan dia baru berpindah ke rumah baru.. sangat besar rumahnya.. rumah idaman ku.. hehehe. Then kami bercerita. Dari ceritanya rupanya dia pun ada alami perkara yang sama macam daku alami.. tapi daku rasa dia lebih teruk sebab dia ada 4 orang anak sedangkan daku hanya seorang anak.. hehehe.. itu pun dah takleh nak cope hahahahaha. So.. di dalam kisah dia tu dia juga berkongsi pengalaman dia sendiri menghadapi perkara2 macam ni.
Apa yang dia kongsi tu soooo true.. sebab daku pun pernah lakukan benda yang sama dan alami perasaan yang sama.. cuma kali ni daku alpa dan leka.. sampai lupa pada jalan terbaik yang pernah daku pilih dulu. Apakah dia.. ketika dalam kesusahan dan kesukaran.. janganlah meminta kepada manusia atau mengeluh.. YAKINLAH.. semuanya dari Allah lalu mintalah kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Then ada satu doa yang dikongsikan.. doa yang diberikan oleh Rasulullah kepada Abu Umamah ketika dia dilanda kerisauan disebabkan beban hutang. Doanya..
Ruminya :
Allahumma Inni a'udzubika minal hammi walhazan, wa a'udzubika minal 'ajziwalkasal, wa a'udzubika minal jubniwalbukhl, wa a'udzubika min ghalabatid daini waqohrir rijaal.
Arabnya tak dapat nak letak sini sebab daku takde keyboard huruf arab neh. Hehehe. Nanti kalau dah scan daku up di sini ye.
Maknanya :
"Ya Allah, aku berlindung dari keresahan dan kesedihan, dari sifat lemah dan malas, dari sifat takut dan bakhil, dari bebanan hutang serta tekanan dari manusia".
Pesan Rasulullah supaya amalkan doa ini setiap pagi dan petang.
Dia juga berkongsi denganku satu CD ceramah Ustaz Badrul Amin yang berkaitan dengan doa ni. Salah satu yang Ustaz pesankan ialah... laaaaa tahzan... jangan bersedih. Janganlah bersedih atas sesuatu perkara yang menimpa kerana sesungguhnya setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.
Dalam ceramah itu juga Ustaz menyentuh mengenai antara sebab2 manusia bersedih. Antaranya apabila manusia kehilangan anak... kata Ustaz... jangan bersedih.. ketahuilah sesungguhnya anak itu milik Allah.. kita hanya meminjam.. sudah menjadi satu kemestian dan adat meminjam.. apa yang dipinjamkan itu dipulangkan semula. Walau kita kata kita ini pemegang amanah.. menjadi kewajipan pemegang amanah untuk memulangkan kepada yang berhak apabila tiba masanya.
Aduh... bila sebut pasal anak ni kan.. daku dah bergenang airmata.. tentunya sukar sekali untuk tidak bersedih apabila kehilangan anak. Adalah sangat mustahil. Daku pernah mendengar cerita dan pernah melihat orang yang kehilangan anak.. tak mungkin sama dengan orang yang mengalaminya sendiri. Tapi daku juga percaya bahawasanya sebenarnya tidak ada yang mustahil. So.. dalam hati daku tiada komen dengan statement ustaz ni.. tak boleh kata tak setuju.. tapi kalau setuju.. mampukah daku berperangai seiring dengan apa yang daku setujukan tu. Aduuhaii. Semoga Allah memelihara hati kita semua.
Untuk pengtahuan, artikel ni dah setahun lebih daku tulis cuma tak publish je. Dan selepas beberapa bulan daku amalkan doa ni.. Alhamdulillah... daku semakin tabah, semakin redha dan lebih yakin.. yakin bukan terhadap diri sendiri tetapi yakin kepada janji2 Allah. Sebelum ni daku pun yakin juga cuma daku tak punya cara yang tepat untuk meletakkan keyakinan kepada ketentuan dan janji2 Allah. Sekarang tidak lagi. :)
Sekarang daku tidak lagi mudah bersedih. Melalui pengalamanku sendiri.. kunci kepada tidak bersedih adalah sabar, kunci kepada sabar adalah redha, kunci kepada redha adalah bersyukur, kunci kepada syukur adalah yakin, kunci kepada yakin adalah iman. Semuanya bersangkut paut. Sangat sangat susah untuk ditundukkan oleh itu perlu dididik hati ini dengan doa-doa, zikir, selawat.
Percayalah.. tidak ada yang mustahil pada Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)
Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.
Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.
1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.
Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan